AKPK Sedia Bantuan Awal Menghadapi Pasca Moratorium

Pemberian enam bulan moratorium yang bermula pada April 2020 merupakan antara insentif Covid-19 yang memberikan banyak manfaat kepada masyarakat terutamanya golongan terjejas yang kehilangan sumber pendapatan. Walaupun hanya bersifat sementara, pemberian moratorium ini dilaksanakan pada masa yang tepat dan dapat membantu masyarakat meringankan bebanan kewangan mereka di saat menghadapi keadaan sukar.

Ianya membantu isirumah terjejas meneruskan kehidupan tanpa perlu risau memikirkan komitmen hutang.

Pelaksanaan moratorium ini yang telah berjalan selama tiga bulan bakal berakhir pada 30 September 2020. Bagi golongan yang pendapatannya tidak terjejas tetapi tetap memilih untuk menerima moratoritum dijangka tidak mempunyai masalah untuk membayar semula pinjaman setelah tamat tempoh moratorium.

Namun, bagi mereka yang masih terkesan dari segi kewangan dan menempuh saat sukar diseru agar mendapatkan bantuan awal dengan menghubungi institutsi kewangan masing-masing atau AKPK. AKPK bersedia untuk memberi khidmat nasihat serta penjadualan semula hutang kepada individu yang berdepan masalah pembayaran hutang pasca moratorium.

Berikut merupakan panduan bagi membantu masyarakat membuat persediaan mengharungi cabaran kewangan pasca moratorium:

(1) Bersedia dari segi mental dan emosi bahawa tiada lagi penangguhan bayaran selepas 30 September 2020. Peminjam perlu membuat persediaan membayar hutang seperti sediakala.

(2) Jangan tunggu saat akhir. Tunaikan tanggungjawab sebagai peminjam. Rancang awal pembayaran pinjaman sebelum moratorium berakhir. Hubungi AKPK untuk mendapatkan khidmat nasihat pengurusan wang dan hutang.

Jangan bertangguh kerana lagi lama kita tunggu, lagi sedikit pilihan yang ada untuk mencari jalan penyelesaian.

(3) Ketahui Ansuran bulanan terkini – Jangan lupa untuk menghubungi institusi kewangan bagi mendapatkan maklumat berhubung ansuran bulanan terkini yang harus dibayar selepas tamat moratorium.

Kemungkinan terdapat pertambahan bayaran bulanan pinjaman

(4) Semak semula kedudukan kewangan terkini. Nilai semula kedudukan kewangan terkini dengan mengemas kini penyata kewangan seperti penyata nilai harta bersih dan penyata aliran tunai yang dapat memberi gambaran terkini kedudukan kewangan masing-masing. Penyata nilai harta bersih memberi gambaran jelas mengenai kedudukan hutang dan juga harta yang ada.

Manakala penyata aliran tunai menunjukkan sumber pendapatan dan aliran tunai keluar. Penyata kewangan ini dapat membantu kita untuk merangka langkah-langkah yang perlu diambil contohnya keperluan mencairkan sebahagian daripada aset dan sebagainya.

(5) Kaji semula bajet bulanan – Kita berada pada waktu mencabar yang menuntut pengurusan kewangan dibuat dengan lebih cermat, teliti dan mengambil kira kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku dalam tempoh krisis Covid-19 ini seperti pemotongan elaun, gaji dan mungkin juga pemberhentian kerja.

Pentingnya untuk mengkaji semula bajet bulanan pasca moratorium bagi memastikan kita mampu membayar hutang selepas tamat tempoh moratorium. Dahulukan perbelanjaan penting seperti pembayaran hutang, bil, sewa rumah dan lain-lain. Tangguhkan perbelanjaan yang tidak penting seperti makan di luar dan hiburan bagi menjana aliran tunai positif.  

(6) Jana Pendapatan Baru – Cuba cari jalan untuk menjana pendapatan baru bagi menggantikan sumber pendapatan yang hilang. Sentiasa berusaha dan jangan cepat berputus asa.

(7) Reskilling/ Upskilling/ Belajar benda baharu – Tingkatkan pengetahuan dalam bidang sedia ada/ bidang baru yang memungkinkan kita medapat peluang pekerjaan yang lebih cerah.

Terdapat banyak seminar dalam talian yang boleh didapati secara percuma atau dengan bayaran yang minima sepanjang tempoh PKP.  

(8) Pakej insentif Covid 19 – Jangan lupa untuk meneroka pakej insentif covid-19 yang disediakan Kerajaan sama ada bantuan tunai secara one-off, bantuan bagi mereka yang diminta mengambil cuti tanpa gaji sepanjang PKP mahupun bantuan kepada peniaga perusahaan kecil dan sederhana.

Bantuan tidak akan datang bergolek tanpa kita berusaha mendapatkannya.

(9) Jangan terjebak dengan skim penipuan kewangan yang sentiasa mengambil kesempatan atas individu yang terdedah.

AKPK boleh dihubungi di talian khidmat pelanggan 03-2616 7766 atau melalui laman web www.akpk.org.my serta pautan . Untuk mendapatkan tip terkini pengurusan kewangan berhemat serta pembelajaran pengurusan kewangan dalam talian, sila ke laman sesawang power.akpk.org.my atau media sosial AKPK seperti Facebook, twitter dan Instagram.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Umum Pengarah Baharu Pasaran Modal Islam

Kuala Lumpur – Bursa Malaysia Berhad (“Bursa Malaysia”) hari ini mengumumkan pelantikan Azizan Abdul Aziz (“Azizan”) sebagai Pengarah Pasaran Modal Islam (ICM), berkuat kuasa 1 Mei 2026.

Azizan akan memegang peranan baharu ini selain jawatan semasanya sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Bursa Malaysia. Pelantikan ini mencerminkan fokus berterusan Bursa Malaysia dalam memperkukuh penawaran pasaran modal Islamnya seiring dengan keutamaan strategik yang lebih luas.

Dato’ Fad’l Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, berkata, “Pelantikan Azizan memperkukuh fokus kepimpinan Bursa Malaysia terhadap Pasaran Modal Islam pada waktu pertumbuhan pasaran yang berterusan dan penyertaan antarabangsa yang semakin berkembang. Pengalaman, kepakaran kewangan dan pemahaman institusi beliau meletakkannya pada kedudukan yang baik untuk memberikan hala tuju strategik bagi keutamaan pasaran Islam kami, di samping terus memastikan pengurusan kewangan yang kukuh sebagai CFO.”

Pasaran modal Islam Malaysia kekal sebagai tonggak utama pasaran modal domestik, berkembang daripada RM2.2 trilion pada 2020 kepada RM2.7 trilion menjelang akhir 2025, dengan ekuiti patuh Syariah dan sukuk masing-masing menyumbang RM1.3 trilion dan RM1.4 trilion. Mencerminkan kedalaman pelaburan Syariah di peringkat tempatan, syarikat patuh Syariah merangkumi lebih daripada 80% syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia.

Dalam kapasiti beliau sebagai Pengarah ICM, Azizan akan menyediakan pengawasan dan hala tuju strategik bagi keutamaan berkaitan pasaran modal Islam Bursa Malaysia, dengan bekerjasama rapat bersama pihak berkepentingan dalaman dan peserta pasaran untuk menyokong pembangunan berterusan ekosistem ICM. Sebagai CFO, beliau akan terus menyelia fungsi kewangan keseluruhan Bursa Malaysia, termasuk pelaporan kewangan dan pengurusan, perancangan korporat serta penganggaran bajet.

Azizan membawa lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang kewangan, perakaunan, kewangan korporat dan nasihat. Sebelum menyertai Bursa Malaysia, Azizan berkhidmat sebagai CFO Kumpulan bagi Bank Islam Malaysia Berhad. Beliau juga merupakan Rakan Kongsi Penggabungan dan Pengambilalihan di Deloitte Southeast Asia Ltd., serta pernah memegang jawatan kanan di KPMG Financial Services Advisory di United Kingdom dan Malaysia, antara lain. Beliau memiliki ijazah dalam Perakaunan & Kewangan dari University of Plymouth, UK, dan merupakan ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) serta felo Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).