Alliance Bank Menamakan 22 Finalis BizSmart® Challenge

Alliance Bank Malaysia Berhad (“Alliance Bank” atau “Bank”) hari ini memperkenalkan 22 orang finalis Alliance Bank-EcoWorld BizSmart® Challenge 2020 (“BizSmart® Challenge”)  yang telah disenarai pendek daripada lebih 500 penyertaan yang diterima.

BizSmart® Challenge kini memasuki musim yang keenam. Sejak permulaannya pada tahun 2013, BizSmart® Challenge telah menyediakan latihan perniagaan, tunjuk ajar, mentor, rangkaian, pendedahan jenama dan pembiayaan kepada para pemilik perniagaan. Sehingga kini, cabaran ini telah menerima lebih daripada 1,700 penyertaan dan telah memperkasakan ratusan pemilik perniagaan dalam pendakian keusahawanan mereka. Cabaran ini telah membantu mengembangkan perniagaan alumninya, termasuklah jenama-jenama terkenal seperti ChristyNg Shoes, myBurgerLab, Amazin’ Graze, Biji-Biji Initiative, NutriBrownRice® dan Signature Market.

Para finalis pada tahun ini datang daripada pelbagai industri yang berbeza seperti makanan & minuman, kecantikan, penjagaan kesihatan, fesyen, pendidikan dan entoteknologi[1]. Mereka adalah AOne, Berau by Benak Raya, Betsol, Diva Scarf, Enya, Heal Nutrition, Hijab for Traveller, Lips Carpenter, Me Books, MOOIT, Mosaic Art Studio, Mu Artisan Soy Sauce, Narinar, Ning Salmah, Optastar Protein Industries (OPI), Parcel 365, Pops Malaya, PotonGuler, REQA, The Food Incubator, VANZO, dan Wise Crafters.

Program BizSmart® Challenge tahun ini menyediakan bantuan praktikal dan segera yang merangkumi sokongan kewangan dan bukan kewangan. Program sementara ini mempunyai tiga teras sokongan iaitu Pendanaan & Nasihat Kewangan, Pemasaran & Kesedaran Jenama dan Sokongan Perniagaan & Rangkaian.

Joel Kornreich, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alliance Bank

“Berdasarkan pengalaman kami semasa memberi perkhidmatan kepada  perusahaan kecil dan sederhana (“PKS”) serta pengalaman daripada alumni BizSmart® Challenge, kami tahu bahawa usahawan muda berdepan dengan pelbagai cabaran seperti mendapatkan pendanaan yang cukup, akses kepada khidmat nasihat dan sokongan pemasaran. Keadaan sekarang menambahkan lagi kerumitan kepada usahawan muda,” kata Encik Joel Kornreich, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alliance Bank dan hakim BizSmart® Challenge.

Bank telah mula menyediakan pinjaman perniagaan kepada para finalis dan menyesuaikan nasihat kewangan bagi membantu mereka bukan sahaja mengharungi krisis semasa malah muncul dengan lebih kukuh lagi selepas ini.

Alliance Bank menggunakan bajet pemasarannya untuk meningkatkan kunjungan dalam talian ke laman web finalis menerusi pengiklanan dan pemasaran digital. Sebelum ini, Alliance Bank menyediakan sokongan pemasaran digital yang serupa melalui inisiatif #SupportLokal untuk membantu perniagaan tempatan. Inisiatif #SupportLokal telah menjangkau lebih 7 juta orang di Malaysia di atas talian dan menjana lebih 50,000 kunjungan ke laman web perniagaan tempatan.

Bank akan turut membantu para finalis mendapatkan pensijilan halal menerusi program Halal-in-One Alliance Islamic Bank. Program ini membolehkan mereka menembusi segmen pasaran halal yang sedang pesat berkembang. Bank akan menyediakan panduan dalam bentuk sesi audit persediaan, latihan halal dan juga pemasaran.

Bank juga akan menyenaraikan para finalis dalam portal BizSmart® Solution. Portal satu hentian ini adalah sebuah komuniti perniagaan yang membolehkan pemilik perniagaan bertemu dengan pelanggan baharu dan mengakses penyelesaian dan sumber yang relevan bagi menguruskan perniagaan mereka dengan lebih cekap lagi.

Bank telah menganjurkan beberapa sesi perangkaian dan webinar eksklusif untuk para finalis berkongsi serta bertukar idea perniagaan yang bernas. Sesi perangkaian dan webinar eksklusif ini disertai oleh alumni daripada Cabaran terdahulu, para mentor serta pemimpin industri seperti Tan Sri Liew Kee Sin, Pengerusi Eco World Development Group Berhad, Encik Malek Ali, Pengasas BFM89.9 dan Encik Ernest Kwong, Ketua Pegawai Perbankan PKS Kumpulan Alliance Bank.

“Kualiti idea dan inovasi perniagaan yang dihantar pada tahun ini menjadi penanda yang jelas  kepada semangat keusahawanan yang semakin berkembang di Malaysia. Kami percaya para pemilik perniagaan ini akan dapat mempercepatkan pertumbuhan perniagaan mereka dengan sokongan tambahan yang kami sediakan,” kata En. Kornreich.

“Daya kreativiti dan ketabahan para usahawan muda negara ini yang dapat saya temui dalam BizSmart® Challenge membuatkan saya begitu kagum. Saya berasa bangga dengan pencapaian sesetengah alumni dan usaha gigih mereka yang telah membolehkan mereka membina perniagaan yang kukuh dan masih berdiri teguh sehingga ke hari ini,” kata Tan Sri Liew, hakim BizSmart® Challenge.

“Saya yakin dengan panduan yang diberikan oleh para mentor serta peluang-peluang perangkaian yang disediakan oleh BizSmart® Challenge, para peserta kali ini akan dilengkapi dengan kelebihan bukan sahaja untuk menangani krisis malah untuk berkembang pada tahun-tahun yang akan datang,” tambah beliau lagi.

About Alliance Bank Malaysia Berhad

Alliance Bank Malaysia Berhad and its subsidiaries, Alliance Investment Bank Berhad and Alliance Islamic Bank Berhad, is a dynamic, integrated financial services group offering banking and financial solutions through its consumer banking, SME banking, corporate and commercial banking, Islamic banking, investment banking, and stockbroking businesses. The Bank provides easy access to its broad base of customers throughout the country via multi-pronged delivery channels which include retail branches, Privilege Banking Centres, Business Centres, and Investment Bank branches, as well as mobile and Internet banking.

About Eco World Development Group Berhad (EcoWorld Malaysia)

EcoWorld Malaysia is a public listed Malaysian company involved mainly in property development. The Group is led by some of the most well-known and respected players in the property industry. It has secured approximately 8,325.3 acres of land bank with a total gross development value (GDV) of RM89 billion. Currently, EcoWorld Malaysia has a presence in the Klang Valley, Iskandar Malaysia and Penang with 20 projects in total comprising a product range that includes affordable, upgrader and luxury homes, integrated high-rise developments and green business parks. Through Eco World International Berhad (EcoWorld International), the brand has also extended its reach to the United Kingdom and Australia. EcoWorld Malaysia is honoured to be one of the Top 10 Developers at The Edge Malaysia Property Excellence Awards since 2016 and is also proud to be named ‘Best of the Best Employers – Malaysia’ in AON’s Best Employer Studies in 2016 and 2017.


[1] Entoteknologi adalah salah satu kaedah mapan pemprosesan sisa organik untuk menghasilkan makanan untuk manusia atau haiwan.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.