BIMB Investment Isytihar Kadar Pengagihan Pendapatan 6% untuk Dana BIMB ESG Sukuk

BIMB Investment Management Berhad (BIMB Investment), anak syarikat milik penuh Bank Islam Malaysia Berhad, telah mengisytiharkan pengagihan pendapatan untuk Dana BIMB ESG Sukuk bagi tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2020 seperti berikut:

Kelas UnitDenominasi Mata WangHasil Agihan Pendapatan (%)
Kelas ADenominasi dalam Ringgit Malaysia (RM)6.01
Kelas BDenominasi dalam Dolar AS (USD)6.00
Kelas CDenominasi dalam Dolar Singapura (SGD)6.02
Kelas DDenominasi dalam Ringgit Malaysia (RM)6.01
Kelas EDenominasi dalam Dolar AS (USD)6.00

“Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada para pelabur atas sokongan dan pelaburan yang berterusan dalam Dana BIMB ESG Sukuk yang telah memberikan kadar pengagihan pendapatan sebanyak 6%. Terdapat banyak dana Sukuk yang kebanyakkannya berdasarkan pada penilaian kredit. Kami telah membuat penilaiantambahan, iaitu skor ESG dan UNGC (United Nations Global Compact), yang akan menambahkan keselesaan kepada para pelabur. Sukuk mempunyai risiko pelaburan yang lebih rendah berbanding saham,” kata Pengerusi BIMB Investment, Mohamed Ridza bin Mohamed Abdulla.

Kadar pengagihan pendapatan melebihi sasaran penanda arasnya iaitu 5%. Ianya lebih tinggi daripada kadar pengagihan pendapatan tahun lalu sebanyak 4.12% untuk kelas denominasi RM, 4.04% untuk kelas denominasi SGD dan 4.08% untuk kelas denominasi USD. Dana ini menawarkan pelaburan dalam kelas denominasi RM, SGD dan USD pada 1.25 sen seunit. Dana ini memberi peluang kepada para pelabur untuk melabur di dalam Sukuk domestik, serantau dan global. Jumlah pelaburan minimum adalah sebanyak RM1,000.

Dana ini diperkenalkan pada Disember 2017, Dana Shariah Sukuk ESG pertama di Malaysia oleh BIMB Investment yang diluluskan di bawah garis panduan Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

“Beberapa tahun kebelakangan ini, pemegang saham mengalami kerugian besar berikutan risiko peristiwa ESG. Selain COVID-19, kesan negatif terhadap alam sekitar dan sosial akibat tumpahan minyak, sisa buangan dari kilang, peningkatan pelepasan karbon, dan produk yang tidak selamat boleh membawa maut, mengakibatkan kos yang berat bagi pemegang saham. Tambahan lagi, kawalan tadbir urus dan perakaunan yang lemah dapat menjejaskan kejayaan sesebuah perniagaan yang bercirikan mampan, kelebihan daya saing dan prospek pertumbuhan jangka panjang. Kami percaya dengan adanya ESG secara menyeluruh, kami dapat mengurangkan risiko ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Investment, Najmuddin Mohd Lutfi.

Beliau menambah, “Pelaburan mampan dan tanggungjawab sosial menjadi peluang terbesar untuk dimanfaatkan, dan COVID-19 akan mempercepatkan agenda pelaburan lestari. Kajian yang telah dilakukan pada beberapa tahun yang lalu menunjukkan kesan positif dan berterusan terhadap kejayaan kewangan jangka panjang syarikat, sekaligus menghasilkan pulangan positif kepada pelabur dalam jangka panjang. “

Dana ini menggabungkan prinsip patuh Shariah dan faktor Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) dalam kriteria pemilihannya. Dana ini menggunakan teknologi Arabesque S-Ray dalam penyaringan ESGnya yang menggabungkan lebih daripada 200 metrik ESG dengan berita dan isyarat data daripada lebih 50,000 sumber dalam 15 bahasa secara sistematik. Penerbitan Sukuk dinilai prestasinya berdasarkan prinsip normatif United Nations Global Impact (UNGC), iaitu hak asasi manusia, hak buruh, alam sekitar dan anti-rasuah.

Selain profil risiko kredit dan prestasi kewangan, prestasi ESG penerbit Sukuk turut dianalisis. Analisis ESG memberikan pemahaman dan indikasi wawasan mengenai kualiti pengurusan syarikat serta kedudukannya untuk kejayaan jangka panjang.

Dana ini melabur di dalam Sukuk yang dinilai sekurang-kurangnya A3 atau Sukuk denominasi ringgit yang dinilai sekurang-kurangnya P1 oleh RAM Rating Services Bhd. Untuk Sukuk bukan denominasi ringgit, Dana melabur di dalam Sukuk yang dinilai sekurang-kurangnya BBB- atau A3 oleh Standard & Poor’s, atau penilaian setaraf oleh agensi penilaian yang lain.

BIMB Investment adalah satu-satunya Pengurus Aset Islam yang disokong bank di Asia Tenggara yang menjadi pemateri Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab yang disokong oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNPRI).

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Dana, sila hubungi 1-800-88-1196 atau layari www.bimbinvestment.com.my

Pernyataan Penafian

Pelabur dinasihatkan untuk membaca dan memahami kandungan Prospektus bagi Dana BIMB ESG Sukuk (“Dana”) bertarikh 1 April 2018, Prospektus tambahan (jika ada) dan Halaman Serlahan Produk (PHS) sebelum melabur, yang telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang tidak akan bertanggungjawab terhadap kandungannya. Salinan Prospektus dan PHS boleh didapati di Ibu Pejabat BIMB Investment Management Berhad, di laman web www.bimbinvestment.com.my, pejabat agensi yang rasmi dan/atau mana-mana cawangan Bank Islam. Kebenaran SC atau pendaftaran Prospektus tidak boleh diambil kira bahawa SC telah mengesyorkan Dana tersebut. Terdapat yuran dan caj yang dikenakan dan pelabur dinasihatkan untuk membandingkan dan mempertimbangkannya sebelum melabur di dalam Dana. Pelaburan di dalam Dana ini terdedah kepada risiko, sila rujuk kepada Prospektus untuk maklumat terperinci. Pelabur dinasihatkan untuk mempertimbangkan risiko di dalam Dana dan harus membuat penilaian sendiri mengenai risiko dan mendapatkan nasihat professional, jika perlu, sebelum melabur. Pelabur juga perlu ambil perhatian bahawa harga unit dan agihan yang dibayar, jika ada, boleh turun dan naik. Sebarang isu unit yang berkaitan dengan Prospektus hanya akan dibuat setelah penerimaan borang permohonan yang lengkap yang dilampirkan bersama Prospektus, tertakluk kepada terma dan syarat yang terkandung didalamnya.

Mengenai BIMB Investment Management Berhad

BIMB Investment Management Berhad (“BIMB Investment”) adalah sebuah syarikat pengurusan pelaburan Shariah-ESG yang terkemuka di Malaysia. Anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Bank Islam Malaysia Berhad, BIMB Investment adalah sebuah syarikat pengurusan dana Islam berlesen yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Ditubuhkan pada 14 September 1993 dan memulakan operasinya pada 20 Jun 1994, BIMB Investment beribu pejabat di Malaysia.

Talian bebas tol: 1-800-88-1196

Laman web: www.bimbinvestment.com.my

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.