Concorde, Ciptaan Terbaik Industri Penerbangan Yang Akhirnya Tersungkur

Industri penerbangan dulunya pernah dihiasi dengan kapal terbang supersonic yang digelar Concorde. Pesawat ini merupakan pesawat yang sangat luar biasa dengan kelajuan yang setaraf dengan jet pejuang tetapi digunakan dalam penerbangan komersial.

Generasi baru kini tidak berpeluang untuk melihat dengan mata mereka sendiri bagaimana pesawat ini telah berjaya membuktikan kejuruteraan yang hebat didalam dunia pernerbangan komersial berjaya dihasilkan.

Bagaimana Concorde Bermula?

Kredit Gambar: Business Insider

Sejarah pembuatan jet ini bermula apabila Britain dan Perancis memeterai perjanjian apabila dua negara tersebut bersetuju untuk menghasilkan kapal terbang penumpang yang menggunakan teknologi enjin jet pada kelajuan dua kali ganda bunyi pada tahun 1962.

Pada ketika itu, teknologi enjin jet hanya diguna pakai pada jet pejuang dan masih dianggap baru. Ini kerana teknologi enjin jet ini hanya berkembang selepas Perang Dunia Kedua.

Setelah tujuh tahun dalam proses pembagunan, akhirnya pesawat Concorde ini berjaya disiapkan. Penerbangan pertama Concorde adalah pada tahun 1969 dan ianya telah menarik minat pelbagai syarikat penerbangan dunia untuk memiliki pesawat ini sebelum berlakunya krisis harga minyak pada 1970-an yang menyebabkan mereka terpaksa membatalkan tempahan untuk pesawat ini.

Tewaskan Dua Kuasa Besar

Kredit Gambar: Business Insider

Kehebatan yang dimiliki oleh Concorde ini telah mencabar dua kuasa besar dunia pada ketika itu iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union. Pada era tersebut dua kuasa ini merupakan negara yang paling maju sekali didalam dunia teruatamanya apabila melibatkan industri aeroangakasa.

Ini kerana hanya dua negara ini sahaja yang mampu menghantar manusia ke luar angkasa menggunakan teknologi roket buatan negara masing-masing.

Amerika Syarikat berasa tercabar apabila banyak syarikat penerbangan dari Amerika Syarikat telah menempah Concorde ketika Britain dan Perancis giat membangunkan pesawat tersebut. Ini telah menyebabkan presiden John F. Kennedy memberi arahan kepada dua syarikat pembuat kapal terbang terkenal mereka iaitu Boeing dan juga Lockheed Martin untuk membuat pesawat supersonic untuk negara tersebut bagi bersaing dengan Concorde.

Segala penyelidikan untuk penghasilan pesawat tersebut ditanggung oleh kerajaan Amerika Syarikat sebanyak 70%. Malangnya kedua syarikat ini tidak berjaya menghasilkan pesawat yang dapat menandingi Concorde dan pesawat buatan Amerika Syarikat itu hanya berakhir di peringkat prototaip saja.

Soviet Union juga telah membangunkan program yang sama dengan pesawat terbang mereka yang diberi nama Tupolev TU144. Berbanding dengan Amerika Syarikat, Soviet Union berjaya mengahsilkan kapal terbang supersonic dan kapal terbang tersebut telah berjaya melakukan penerbangan.

Namun semuanya berakhir apabila terjadinya krisis letupan pada tahun 1973 dan 1978 yang menyebabkan Soviet Union memberhentikan program tersebut. Sebanyak 16 buah pesawat Tupolev TU144 telah berjaya dihasilkan.

Masalah Operasi Concorde

Walaupun pesawat ini berjaya membuat penerbangan secara komersial, terdapat beberapa kelemahan yang membelenggu pesawat ini terutamanya yang melibatkan kos operasi yang dikatakan terlalu tinggi jika dibandingkan dengan pesawat komersial biasa. Selain itu juga, oleh kerana pesawat ini terbang pada kelajuan supersonic, penggunaan minyak untuk beroperasi adalah sangat tinggi pada jarak yang dekat.

Pencemaran bunyi yang dihasilkan oleh pesawat ini juga boleh mengagngu ketenteraman awam dan sebahagian negara tidak membenarkan pesawat ini melalui ruang udara mereka.

Oleh kerana kos operasi melibatkan pesawat ini semakin bertambah dan keuntungan yang semakin berkurangan dari tahun ke tahun, Syarikat Penerbangan Air France dan British Airways telah bersetuju untuk menamatkan operasi penerbangan Pesawat Concorde ini.

Kredit Gambar: Business Insider

Ia ditambah pula dengan kemalangan jiwa yang membabitkan pesawat ini pada tahun 2000 yang telah membunuh 113 anak penumpang. Akhirnya pada tahun 2003, Concorde secara rasminya telah menamatkan operasi penerbangan mereka.

Sehingga hari ini, Concorde merupakan pesawat yang tidak mampu untuk ditandingi oleh mana-mana pesawat penerbangan komersial baik daripada segi kelajuan mahu pun teknologi.

Sumber Rujukan: Business Insider

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kaya Di Mata : Realiti Kewangan Malaysia Yang Jarang Didedahkan

Dalam dunia yang gemar menilai kekayaan melalui apa yang nampak secara fizikal seperti kereta mewah, rumah besar, pakaian berjenama, ramai terperangkap dalam “kaya tipu-tipu”: mewah di luar, rapuh di dalam.

Artikel ini menyelami perbezaan asas antara “kaya tipu-tipu” dan “kaya sebenar”, disokong dengan data pencapaian kewangan isi rumah Malaysia, untuk memberikan gambaran yang lebih bernas dan tidak klise.

1. Kaya Tipu-Tipu: Ilusi Kekayaan yang Rapuh

Golongan ini menumpukan kepada persepsi, mereka lebih mementingkan imej daripada asas kewangan yang sihat.

Ciri-ciri utama:

  • Aliran tunai rapuh dan aliran keluar lebih besar
  • Pendapatan besar habis dibelanjakan untuk pembayaran ansuran kereta, kad kredit dan gaya hidup. Walaupun gaji tinggi, kos perbelanjaan lebih menguasai.
  • Nilai bersih (net worth) negatif
  • Tiada simpanan atau nilai bersih positif. Aset yang dimiliki adalah atas nama pinjaman. Jika aset dijual sekalipun, hasilnya tidak cukup untuk membayar hutang.
  • Hutang tinggi dan “good debt” tiada
  • Gaya hidup dibiayai oleh hutang (BNPL), bukan pelaburan atau aset produktif.
  • Motivasi status, bukan kestabilan
  • Pembelian didorong oleh keinginan untuk menunjukkan kekayaan, bukan atas dasar keperluan

2. Kaya Sebenar: Kekayaan yang Kukuh, Terlihat Biasa

Golongan ini mungkin tidak menarik perhatian, tetapi struktur kewangan mereka teguh dan bebas dari tekanan luar.

Ciri-ciri utama:

  • Nilai bersih positif
  • Pendapatan pasif dari sewaan, pelaburan dan saham. Aset melebihi liabiliti.
  • Pendapatan pelbagai aliran
  • Gaji, sewaan hartanah, dividen saham, perniagaan, pengagihan risiko dan kestabilan jangka panjang.
  • Kecairan tunai mencukupi
  • Simpanan kecemasan yang mencukupi membolehkan ketenangan apabila berdepan krisis.
  • Hidup di bawah kemampuan

Walaupun berkemampuan, mereka memilih kesederhanaan kewangan demi ketenangan jangka panjang.

3. Statistik Malaysia: Menyokong Fenomena Kekayaan Tipu-Tipu vs Sebenar

i) Hutang Isi Rumah Tinggi

Sehingga hujung 2021, nisbah hutang isi rumah kepada KDNK Malaysia mencecah 89 peratus, antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Ia merangkumi RM1.4 trilion hutang, 58 % bagi pinjaman perumahan, 13 % pinjaman kenderaan, 14 % pinjaman peribadi, dan 3 % kad kredit.

ii) Tabung Kecemasan Rendah

Hanya 40 peratus isi rumah menyangka mereka boleh bergantung pada simpanan sendiri atau keluarga jika menghadapi kecemasan.

Sebanyak 55 peratus responden melaporkan mereka mempunyai kurang daripada RM10,000 simpanan yang boleh diakses segera.

iii) Kadar Simpanan Rendah

Tahun 2022 mencatat kadar simpanan isi rumah (household savings rate) hanya sekitar 3 peratus daripada pendapatan boleh guna (disposable income).

Purata sebelum ini (2006–2013) lebih rendah, sekitar 1.4 hingga 1.6 peratus.

iv) Ketahanan Terhadap Kejutan Kewangan Lemah

Kajian mendapati hanya 10 peratus isi rumah bandar Malaysia benar-benar tahan terhadap kejutan kewangan seperti kehilangan pendapatan, kecacatan, atau kematian. Lebih daripada 20 peratus tidak mampu bertahan sekurang-kurangnya tiga bulan jika pendapatan terputus.

4. Implikasi dan Kesedaran Kewangan

Data menunjukkan ramai rakyat Malaysia berada dalam situasi “kaya tipu-tipu”: hidup mewah tetapi asas kewangan rapuh. Gagal memiliki simpanan kecemasan dan nisbah hutang tinggi mengancam daya tahan ekonomi isi rumah.

Langkah yang disarankan:

1. Meningkatkan literasi kewangan agar rakyat lebih faham risiko hutang dan pentingnya simpanan.

2. Mempromosikan pengurusan kewangan yang rasional seperti membina simpanan, elak gaya hidup melebihi kemampuan.

3. Sokongan dasar untuk menyediakan insentif tabungan (contoh: subsidi simpanan, pendidikan kewangan).

Tidak semua yang kelihatan hebat benar-benar kukuh. “Kaya tipu-tipu” adalah rentap jangka pendek yang menjerat manakal “kaya sebenar” adalah kestabilan yang dilandasi disiplin kewangan dan perancangan masa depan.

Data Malaysia menggambarkan bahawa masih ramai yang terjebak dalam ilusi, bukan realiti dan artikel ini diharap membuka mata kepada perlunya kebijaksanaan dalam membina kekayaan sejati bukan sekadar apa yang nampak, tetapi apa yang kekal dan tahan dalam ujian masa.