BIMB Investment Melancarkan BEST Invest, Aplikasi Pelaburan Lestari

BIMB Investment Management Berhad (“BIMB Investment”), anak syarikat milik penuh Bank Islam Malaysia Berhad, hari ini mengumumkan pelancaran aplikasi mudah alih pelaburan atas talian BEST Invest (BEST Invest), platform Pelaburan Lestari Robo-Pintar Shariah-ESG yang pertama oleh BIMB Investment.

Aplikasi BEST Invest menyediakan kemudahan yang cekap bagi individu untuk membina kekayaan. Aplikasi BEST Invest menawarkan struktur yang sistematik, telus, dan tersusun untuk pembinaan kekayaan individu melalui pelaburan dalam aplikasi Robo-Pintar dan teknologi data besar.

“Sedang dunia beralih dengan pesat ke arah perkhidmatan berteraskan teknologi digital, ruang pengurusan dana dan kekayaan turut juga berubah. Pengurusan dana dan kekayaan digital akan membina dan mengurus pelaburan dalam portfolio kekayaan dengan cekap yang merentasi kelas aset, geografi dan ekonomi. Robo-Pintar dan teknologi data besar akan bertambah penting untuk generasi seterusnya dalam pengurusan dana dan kekayaan bagi memacu prestasi yang konsisten serta pengurusan risiko yang baik. Aplikasi BEST Invest merupakan komitmen BIMB Investment untuk membawa pengurusan dana melalui digital yang dapat dimanfaatkan oleh segenap lapisan masyarakat. Pemikiran di sebalik pembangunan aplikasi ini adalah bahawa pelaburan haruslah mudah, telus dan mengurangkan kos secara efektif,” kata Pengerusi BIMB Investment, Mohamed Ridza bin Mohamed Abdulla.

BEST Invest menawarkan pelbagai dana unit amanah Shariah-ESG yang diuruskan oleh BIMB Investment, merentasi kelas aset termasuk dana ekuiti Shariah-ESG global, Asia Pasifik dan Malaysia, Sukuk ESG global dan pasaran wang. Berdasarkan matlamat dan tahap toleransi terhadap risiko pelaburan oleh pelabur, aplikasi ini mampu membantu pelabur membina portfolio pelaburan yang optimum, berpandukan data dan analisa secara digital.

“BEST Invest akan lebih memberikan tumpuan kepada dana-dana pelaburan Shariah-ESG mampan yang diuruskan oleh BIMB Investment yang merupakan ahli tunggal pengurus aset Islamik yang didukung sepenuhnya oleh institusi kewangan Islam di Malaysia dan Asia Tenggara menandatangi Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNPRI). Setakat ini, kami menguruskan lebih daripada RM1 bilion aset pelaburan ESG. Dana Ekuiti Shariah-ESG Global kami pada masa ini merupakan dana yang mencatatkan prestasi pelaburan terbaik dalam tempoh tiga tahun dengan potensi memberikan pulangan pelaburan jangka panjang terbaik. Ia juga adalah dana ekuiti shariah global terbesar di Malaysia dan ketiga di dunia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Investment, Najmuddin Mohd Lutfi.

Tambah Encik Najmuddin, “Kami merancang untuk menambah lebih banyak dana Shariah-ESG dalam aplikasi BEST Invest pada masa yang terdekat. Aplikasi BEST Invest menyediakan proses pelaburan sistematik untuk individu melabur di dalam dana global merentas kelas aset dan membina portfolio kekayaan yang berdaya tahan berdasarkan analisa data yang telus dan berkepintaran tinggi. Kami percaya BEST Invest adalah sebuah aplikasi pelaburan lestari Robo-Pintar atas talian yang menawarkan dana berlandaskan Shariah dan ESG yang pertama seumpamanya di dunia.”

Aplikasi BEST Invest menawarkan individu peluang untuk mula melabur dengan memilih, sama ada fungsi “ Do it for Me ”’ (Lakukan untuk Saya) atau ” Do it Myself ” (Lakukan Sendiri), dalam aplikasi. Sebagai ilustrasi, fungsi “D o it for Me ” membolehkan sistem Robo-Pintar mengenal pasti dan memilih kaedah pelaburan terbaik, dana yang sesuai dan jumlah pelaburan berdasarkan profil risiko pelabur. Pelabur kini boleh menguruskan pelaburan mereka dengan lebih bijak dan boleh memberi tumpuan yang lebih kepada mencapai matlamat pelaburan mereka. Secara alternatif, fungsi ” Do it Myself ” membolehkan para pelabur membuat keputusan mereka sendiri dan melabur dalam dana pilihan mereka tanpa bantuan sistem Robo-Pintar BEST Invest. Pelabur boleh mula melabur dan membina matlamat pelaburan mereka dengan aplikasi BEST Invest melalui pelaburan minima RM10, tanpa sebarang caj penjualan. Pelabur juga boleh melabur dan/atau mengeluarkan pelaburan mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Dengan penularan wabak COVID-19 masa kini, pasaran saham global telah mengalami kemerosotan dan menawarkan nilai yang menarik. Najmuddin berkata, “tempoh ketidakstabilan ini adalah masa yang baik untuk melabur tetapi penting juga untuk pelabur memahami dan mengukur tahap toleransi mereka terhadap risiko pelaburan. Setiap pelabur harus memastikan bahawa mereka mempunyai pendapatan tiga hingga enam bulan yang disimpan untuk hari susah kerana wang yang dilaburkan di pasaran harus dikhususkan untuk tujuan jangka masa panjang. Dengan menggunakan aplikasi BEST Invest, pelabur dapat melabur secara beransur-ansuran yang merentasi pasaran serantau dan global”.

BIMB Investment telah memenangi anugerah Pengurus Aset Islam dan Dana Terbaik Malaysia selama tiga tahun berturut-turut sejak 2017 dan Pulangan Penyesuaian Risiko Terbaik untuk Pengurus Dana Pelaburan Prinsip ESG di Anugerah Kewangan Islam Terbaik 2019 yang dianjurkan oleh Alpha Southeast Asia Ia juga telah dinobatkan sebagai Pengurus Aset ESG Terbaik di Anugerah Kewangan Islam 2019 oleh Aset Triple A, sebuah anugerah yang mengiktiraf sumbangan dan pencapaian terbaik BIMB Investment dalam pembangunan ESG, kemampanan dan pengurusan aset di Asia.

Untuk memuat turun aplikasi BEST Invest, sila lawati Apple AppStore atau GooglePlay Store atau layari www.bimbinvestment.com.my

Pernyataan Penafian

Anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami prospektus dan risalah keterangan produk (PHS), termasuk prospektus tambahan jika ada, sebelum melabur. Jika ada sebarang keraguan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional sebelum melakukan transaksi atas talian.

Mengenai BIMB Investment Management Berhad

BIMB Investment Management Berhad (“BIMB Investment”), pemateri UNPRI, adalah syarikat pengurusan pelaburan Shariah-ESG yang terkemuka, menyediakan penyelesaian pelaburan Shariah-ESG yang komprehensif merentas pelbagai kelas aset kepada pelabur individu dan korporat di Malaysia dan rantau ini. Anak syarikat milik penuh Bank Islam Malaysia Berhad dan ahli Kumpulan Syarikat Tabung Haji, BIMB Investment adalah syarikat pengurusan dana Islam berlesen yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan beribu pejabat di Kuala Lumpur dengan lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam pengurusan dana.

Nombor bebas tol: 1-800-88-1196
Laman web: www.bimbinvestment.com.my

Previous ArticleNext Article

1 Comment

  1. Assalamu’alaikum,
    dalam BestInvest tu ada 4 dana,bolihkah kita melabur dalam ke empat² dana tersebut atau hanya satu dana sahaja yg bolih dilaburkan bagi setiap individu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.