Amerika Syarikat Dan Mexico Bersetuju Untuk Bekerjasama Dengan OPEC Bagi Mengurangkan Pengeluaran Minyak Mentah Dunia

Donald Trump telah membuat satu keputusan yang mengejutkan pada migngu lepas dengan bersedia berkerjasama dengan kerajaan Mexico dalam memotong bekalan minyak mentah yang kini diambang kejatuhan yang teruk akibat Covid-19 ini.

Hubungan di antara kerajaan pimpinan Donald Trump yang sebelum ini agak tegang dengan Mexico, terutamanya mengenai pendatang tanpa izin dari Mexico yang dituduhnya sebagai pengedar dadah.

Donald Trump juga pernah memaksa Mexico untuk membayar kos pembinaan tembok pemisah sempadan yang dibuatnya serta mengarahkan syarikat gergasi negaranya yang berada di negara Mexico memindahkan operasi kilang mereka agar kembali ke Amerika Syarikat.

Donald Trump yang sebelum ini enggan bekerjasama dengan negara pengeluar minyak dunia yang lain seperti negara Opec yang diketuai oleh negara Arab Saudi dan juga Russia kerana tidak mahu menjejaskan pengeluaran negara itu. Perang harga di antara negara Arab Saudi dan Rusia telah menjatuhkan harga minyak mentah dunia sehingga menyebabkan negaranya juga turut terkena tempias dari peristiwa ini.

Di antara sebab utama yang membuatkan Donald Trump bertindak sedemikian adalah kerajaan dibawahnya telah mengalami masalah yang besar daripada segi ekonomi akibat penularan virus Covid-19 ini. Ekonomi Amerika syarikat kini berada dalam fasa kemelesetan yang teruk, di mana kerajaan negara tersebut terpaksa menyuntik bantuan kewangan sebanyak $2 trilion bagi mengelakan ekonomi negara mereka terus merudum.

Setakat awal bulan April ini, mereka yang telah kehilangan pekerjaan di Amerika Syarikat dipercayai telah melebihi paras 6 juta orang. Donald Trump terpaksa menyelamatkan industri minyak negaranya bagi menghalang rakyat negara itu kehilangan lagi banyak pekerjaan.

Setakat ini, lebih 21 juta rakyat negara itu yang terjejas dengan penularan virus tersebut dan merupakan yang terbesar di dalam sejarah moden. Sesetengah pakar ekonomi percaya seramai 47 juta rakyat negara itu akan hilang pekerjaan dan jika perkara itu terjadi, peratusan rakyat Amerika yang akan hilang pekerjaaan akan menjadi sebanyak 32%. Ini bakal merupakan rekod terbesar dalam sejarah negara tersebut yang sebelum ini dipegang pada tahun 1933 iaitu pada kadar 24%.

Harga minyak dunia dilihat semakin tidak menentu disebabkan permintaan yang semakin berkurangan. Melihat trend ekonomi negaranya yang semakin tenat, Donald Trump tidak mahu menambah beban kewangan negaranya.

Selain itu juga, Donald Trump turut mengucapkan terima kasih kepada negara OPEC yang turut bekerjasama dalam menstabilkan harga minyak mentah dunia terutamanya negara Arab Saudi dan Rusia.

Pengeluaran minyak dunia yang sebelum ini berjumlah 100 juta tong minyak sehari pada tahun 2019 kini negara Opec dan sekutunya akan mengurangkan jumlah pengeluaran minyak mentah sebanyak 10 juta tong sehingga bulan Jun tahun ini.

Ketika ini harga minyak mentah berada di paras $20 bagi setiap tong dan dengan mengurangkan bilangan pengeluaran, dijangka harga minyak akan kembali stabil di pasaran dunia.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

MGB Raih Kontrak RM34.76 Juta Bina Vila Di Arab Saudi

KUALA LUMPUR: MGB Bhd melalui anak syarikat milik penuh secara tidak langsung, MGB International For Industry memperoleh kontrak bernilai RM34.76 juta bagi pembinaan 75 unit vila di Arab Saudi.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MGB berkata MGB International menerima surat lantikan daripada ROSHN Group Company, pemaju hartanah berpangkalan di Arab Saudi yang dimiliki oleh dana kekayaan berdaulat negara itu, Public Investment Fund bagi projek berkenaan.

“Nilai keseluruhan kontrak projek ini berjumlah 32.98 juta riyal Saudi (RM34.76 juta),” katanya.

Menurut MGB, tarikh permulaan projek akan ditentukan selepas notis untuk memulakan kerja dikeluarkan oleh majikan, manakala tempoh pembinaan ditetapkan selama 242 hari atau kira-kira lapan bulan dari tarikh pembinaan bermula.

“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan serta mengukuhkan nilai perolehan kontrak kumpulan.

“Projek ini juga merupakan langkah strategik dalam memperluas penyertaan kumpulan dalam sektor pembinaan di Arab Saudi, selaras dengan strategi pertumbuhan serantau jangka panjang,” katanya.

MGB berkata kontrak itu tidak memberi kesan terhadap modal saham terbitan syarikat, namun dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan aset bersih sesaham kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

Dalam pada itu, katanya, tiada pengarah, pemegang saham utama atau ketua pegawai eksekutif serta pihak berkaitan mempunyai sebarang kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan.