Finology Integrasikan Data Kredit Experian Untuk Tawarkan Penyelesaian Sama-Menang Untuk Pra-Kelulusan Pinjaman Rumah

Finology Sdn Bhd (Finology) kini mengintegrasikan data kredit Experian di platform Loanplus untuk mempercepat pra-kelulusan pinjaman hartanah untuk industri hartanah. Loanplus ialah platform pra-kelulusan pinjaman hartanah Finology yang telah dipatenkan serta digunakan dengan meluas oleh syarikat pemaju dan ejen harta tanah di seluruh Malaysia.

Penambahbaikan ini berjaya di keluarkan tepat pada masa kini di mana ia dapat melahirkan platform integrasi baharu yang dialu-alukan berikutan situasi ekonomi yang mencabar dan impaknya terhadap pasaran hartanah. Ia juga selari dengan galakan pakar hartanah supaya mengambil peluang ini untuk membuat pelaburan hartanah, susulan harga hartanah yang dijangka rendah.

Dawn Lai, Ketua Pegawai Eksekutif Experian Information Services (Malaysia) berkata, “Experian amat berbesar hati kerana dapat melengkapkan lagi Loanplus Finology, melalui peranan kami sebagai penyedia maklumat kredit utama, lebih-lebih lagi untuk sebuah platform teknologi yang terkemuka. Dengan menggabungkan laporan kredit Experian dan penyelesaian Finology untuk pra-kelulusan pinjaman hartanah, platform ini pasti dapat membantu pembeli hartanah, pemaju hartanah dan pemberi pinjaman Malaysia dengan lebih lagi. Melalui platform ini, para pengguna dapat dipadankan dengan lebih baik dari segi kelayakan pinjaman, sekaligus memberikan pengalaman dan hasil yang lebih memuaskan.

“Experian juga berharap penyelesaian ini akan mencetuskan impak sosial yang positif dalam mempercepat pemilikan hartanah mampu milik di Malaysia. Para pengguna dibimbing melalui pengalaman digital yang mudah dan lancar, serta diberikan informasi dalam keputusan mereka untuk mengambil kredit; sesuatu yang mustahak lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan keputusan penting dalam kehidupan seperti pemilikan hartanah,” tegas Lai.

Loanplus direka untuk mempercepat dan memadankan dengan lebih baik antara kemampuan pembeli dengan pinjaman harta tanah supaya mereka dapat membuat tempahan hartanah dengan yakin dan mempunyai pemahaman yang lebih jelas mengenai kelayakan pinjaman mereka. Pada masa yang sama, para pemberi pinjaman dijamin dengan pelanggan yang layak diberikan kredit, manakala syarikat pemaju hartanah dapat meningkatkan kadar pembelian setelah tempahan dibuat. Malah hakikatnya, kadar pembatalan tempahan hartanah Malaysia kini adalah sekitar 50% dan merupakan tahap tertinggi yang belum pernah dilihat sebelum ini.

“Kini, dengan integrasi data kredit Experian sebagai penyedia laporan kredit utama di Loanplus, ia menambahbaik proses penilaian dan pinjaman secara keseluruhan; menyatukan pembeli, pemberi pinjaman dan penjual dengan cara yang lebih efisien melalui pengalaman digital yang mudah dan lancar. Teknologi kami memastikan bahawa hasil penilaian dari 17 institusi kewangan dapat diberikan pada bila-bila masa, di mana jua dalam masa 10 minit sahaja,” ujar Robin Ang, Pengarah Komersial Finologi.

Ang menjelaskan bahawa syarikat pemaju hartanah juga dapat mengemukakan permohonan pinjaman digital secara terus ke pihak bank melalui platform tersebut untuk terus mendapat tahu mengenai kelayakan pinjaman calon pembeli pada peringkat awal proses pembelian.

Calon pembeli yang ingin mendapatkan indikasi pra-kelulusan pinjaman perlu memberikan maklumat yang sama, seperti membuat permohonan dengan bank. Dibekalkan dengan data yang diekstrak dan disahkan dari Experian, Loanplus melakukan penilaian pra-kelulusan pinjaman hartanah berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh pelbagai bank untuk memberi keputusan serta-merta.

Sekiranya pembeli tidak layak mendapat pinjaman, nasihat akan diberikan mengenai cara mereka dapat meningkatkan peluang untuk mendapatkan pinjaman dalam waktu terdekat. Hal ini akan membantu pembeli dalam membuat keputusan yang lebih baik dan meningkatkan kelayakan mereka untuk permohonan masa hadapan.

Pada tahun 2019, Loanplus menerima permohonan pra-kelulusan pinjaman hartanah bernilai kira-kira RM1.46 bilion dan platform ini dijangka untuk memproses lebih dari 10,000 permohonan pinjaman hartanah pada tahun 2020.

Loanplus kekal komited untuk memacu momentum pasaran harta tanah, menjalin kerjasama baharu dan membantu lebih banyak perniagaan, perbadanan awam dan pengguna untuk pelaburan hartanah mereka. Ia juga bertujuan untuk memperluas perkhidmatan Loanplus di seluruh rantau Asia Pasifik.

Mengenai Experian

Experian adalah syarikat perkhidmatan maklumat global terkemuka di dunia. Saat-saat terpenting dalam kehidupan – dari membeli rumah atau kereta, menghantar anak melanjutkan pelajaran, sehinggalah mendapatkan pelanggan baharu untuk mengembangkan perniagaan – kami memperkasakan pengguna dan pelanggan kami untuk menguruskan data mereka dengan yakin. Kami membantu individu untuk mengawal kewangan mereka dan mengakses perkhidmatan kewangan, entiti perniagaan berupaya membuat keputusan yang lebih bijak supaya mereka dapat berkembang lebih maju, pemberi pinjaman dapat memberi pinjaman dengan lebih bertanggungjawab dan membantu organisasi mencegah penipuan serta jenayah identiti.

Kami mempunyai 17,800 pekerja yang beroperasi di 45 negara dan saban hari, kami melabur dalam teknologi baharu, bakat baharu dan inovasi untuk membantu semua pelanggan kami memaksimumkan setiap peluang yang tiba. Kami disenaraikan di Bursa Saham London (EXPN) dan tersenarai dalam FTSE 100 Index.

Ketahui lebih lanjut di www.experianplc.com atau lawati laman kandungan global kami untuk mendapatkan berita dan pandangan terkini dari Kumpulan Syarikat kami.

Mengenai Finology Sdn Bhd

Finology adalah syarikat FinTech Malaysia yang mengkhusus dalam memudahkan dan melancarkan pinjaman dan insurans buat pengguna dan perniagaan di rantau Asia Pasifik. Penyelesaian Finology dipercayai oleh pelanggan di 4 buah negara dan teknologinya digunakan di sektor perbankan, hartanah dan insurans. Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Finologi, lawati www.finology.com.my

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

CIMB Securities Kekal Saranan ‘Neutral’ Ke Atas Sektor Hartanah

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — CIMB Securities Sdn Bhd mengekalkan saran an ‘neutral’ terhadap sektor hartanah, terutamanya di Johor, susulan pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini, memandangkan keputusan itu memberikan mandat yang jelas kepada pentadbiran baharu untuk memastikan kesinambungan pembangunan.

CIMB Securities dalam nota penyelidikannya hari ini memaklumkan bahawa ia termasuk pengumuman rasmi pelan tindakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) pada suku keempat 2026, dengan sokongan daripada kerajaan perpaduan persekutuan.

Bank pelaburan itu juga menjangkakan pelancaran projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor Bahru bernilai RM7 bilion pada separuh kedua 2026, berikutan pemberian surat hasrat kepada konsortium DOM Industries-MMC Engineering-Nylex- BTS Group Holdings.

Bagaimanapun, projek infrastruktur rentas sempadan yang lain, termasuk cadangan Laluan Link 2 Sistem Transit Rapid (RTS) Tuas-Iskandar Puteri dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, masih menunggu kejelasan dasar yang lebih lanjut.

“Walaupun kami mengekalkan saranan ‘neutral’ terhadap sektor hartanah, pelan tindakan JS-SEZ yang akan datang dan permulaan Laluan Link RTS pada suku pertama 2027 akan menyokong permintaan bagi hartanah kediaman bertanah dan perindustrian di Johor, dengan kesan limpahan faedah kepada aset komersial dan runcit di koridor pertumbuhan utama,” menurut nota penyelidikan itu.

Nilai tanah industri utama dilaporkan telah meningkat dua kali ganda kepada RM150 bagi setiap kaki persegi daripada RM 70-RM80 bagi setiap kaki persegi pada 2024, didorong oleh permintaan berterusan berkaitan pusat data, dengan pencarian tanah semakin beralih ke luar Johor Bahru disebabkan oleh kekangan bekalan tenaga dan air.

Namun, CIMB Securities memberi amaran mengenai segmen kediaman bertingkat tinggi di Johor Bahru, di mana data suku pertama 2026 daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (Napic) menunjukkan stok sedia ada sebanyak 108,863 unit pangsapuri perkhidmatan, serta bekalan masuk dan dalam perancangan masing-masing sebanyak 41,832 dan 18,712 unit sehingga 2030/2031.

Ia meningkatkan risiko lambakan bekalan sekiranya permintaan gagal seiring dengan bekalan tambahan tersebut.

Dalam senarai analisisnya, UEM Sunrise kekal sebagai pilihan utama bagi peningkatan semula nilai tanah Johor, memandangkan simpanan tanah Iskandar Puteri yang luas dan pelan induk perindustrian Gerbang Nusajaya yang akan datang pada suku pertama
2027.

Pemaju lain yang mempunyai pendedahan ketara kepada kawasan sekitar Laluan Link R’TS termasuk Eco World, Mah Sing Sunway, SP Setia dan KSL Holdings.

Sementara itu, Perkhidmatan Tren Elektrik Kuala Lumpur-JB Sentral yang baharu telah meningkatkan ketersambungan dalam negeri dan membuka peluang pembangunan di daerah sekitar, sekali gus memberi manfaat kepada Matrix Concepts menerusi perbandaran Bandar Seri Impian miliknya di Kluang.

Dalam PRN diadakan pada 11 Julai, 2026, Barisan Nasional mengekalkan penguasaan di Johor dengan majoriti dua pertiga yang besar, selepas memenangi 48 daripada 56 kerusi dipertandingkan.

BERNAMA