Lembaga Pemantauan Audit (AOB) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan bahawa firma audit Afrizan Tarmili Khairul Azhar (AFTAAS) dan rakan-rakan kongsi dikenakan sekatan daripada menerima sebagai pelanggan dan mengaudit entiti kepentingan awam (PIE) atau menjadualkan dana selama 12 bulan. Sekatan terhadap AFTAAS dan rakan kongsi berkuatkuasa pada 25 November 2019.
Tiga rakan kongsi yang terlibat ialah Datuk Mohd Afrizan bin Husain, Haji Tamili Dulah Kusni dan Khairul Azahar bin Ariffin. Sebagai tambahan kepada sekatan itu, AOB juga mengenakan denda sebanyak RM455,000 keatas AFTAAS, dan masing-masing RM88,000 pada Afrizan dan Khairul.
Firma dan rakan-rakan kongsinya telah dikenakan sekatan oleh AOB untuk beberapa pelanggaran yang melibatkan ketidakpatuhan terhadap piawaian pengauditan yang termasuk ketidakpatuhan dasar dan asas prosedur audit. Ia melibatkan perkara-perkara dalam penyata kewangan utama seperti dan tidak terhad kepada inventori, pendapatan, kos barangan yang dijual, penyatuan kumpulan, penghutang perdagangan, deposit tetap, muhibah, tunai dan baki bank, dan pinjaman bank. AOB juga mendapati bahawa beberapa pemerhatian berulang daripada pemeriksaan sebelumnya terhadap AFTAAS.
AFTAAS dan rakan-rakan kongsi telah membuat rayuan kepada SC pada 25 September 2019 terhadap keputusan AOB. SC menolak rayuan tersebut dan mengesahkan tindakan AOB pada 25 November 2019.
Maklumat latar belakang: Lembaga Pemantauan Audit (AOB) ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 yang berkuat kuasa pada 1 April 2010 untuk menggalakkan dan membangunkan rangka kerja pemantauan audit yang berkesan dan meningkatkan keyakinan terhadap kualiti dan kebolehpercayaan penyata kewangan teraudit di Malaysia. Maklumat lanjut mengenai AOB boleh didapati di laman sesawang www.sc.com.my
TANJONG MALIM, 29 September 2026 — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyalurkan Bantuan Lestari Siswa MADANI berjumlah RM285,500 kepada 571 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi meringankan beban kewangan mereka.
Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata setiap pelajar menerima bantuan RM500 secara sekali bayar (one-off) dan tidak perlu dibayar balik, dengan bayaran dikreditkan ke akaun pelajar mulai 2 Oktober ini.
Beliau berkata inisiatif itu merupakan antara usaha PTPTN membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan supaya dapat meneruskan pengajian tanpa terlalu dibebani masalah kewangan.
“PTPTN berbesar hati untuk menyampaikan Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI yang melibatkan jumlah keseluruhan RM285,500.
“Setiap pelajar akan menerima RM500, tak perlu bayar balik. Ini yang kita berikan secara percuma dan secara one-off,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI, semalam.
Ahmad Dasuki berkata PTPTN memperuntukkan RM120 juta bagi inisiatif berkenaan, dengan kira-kira 5,000 pelajar telah diluluskan setakat ini, namun hanya 1,500 pelajar menerima manfaat tersebut.
Sehubungan itu, beliau menggalakkan pelajar yang memenuhi syarat, khususnya mereka yang merupakan anak penerima eKasih dan belum memohon pinjaman PTPTN, supaya mendapatkan maklumat lanjut dan memanfaatkan peluang berkenaan.
Beliau berkata PTPTN bukan sahaja berperanan menyediakan pinjaman pendidikan, malah turut memberi penekanan terhadap budaya menabung menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).
Beliau berharap Bantuan Lestari Siswa MADANI dapat menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik selain meningkatkan taraf hidup keluarga dan memberi sumbangan kepada masyarakat.
“PTPTN tetap komited untuk memastikan agenda pendidikan negara terus dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif yang sedang kita usahakan sekarang, selari dengan moto PTPTN, ‘Peluang Kejayaan Anda’,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata bantuan berkenaan amat bermakna kepada universiti memandangkan hampir 11,000 daripada kira-kira 30,578 pelajar UPSI merupakan golongan B40.
Beliau berkata perkara itu menggambarkan besarnya amanah dan tanggungjawab UPSI dalam memastikan kebajikan pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka sentiasa terpelihara.
“Agenda kebajikan mahasiswa bukan agenda sampingan. Ia merupakan satu agenda penting yang kita bawa untuk memastikan perjalanan pendidikan adik-adik menimba ilmu di Bumi Mualim ini sepanjang tiga, empat tahun terjaga,” katanya.
Hadir sama Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Perak, Andi Nurali Mohamed; Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar dan Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed.