Empat Catalyst Bakal Jadi Penggerak Pasaran Saham Global Pada Minggu Ini (25–29 November 2019)

Pasaran saham global ditutup lebih tinggi pada akhir dagangan minggu lalu dipacu oleh peningkatan kaunter-kaunter kewangan, peruncitan dan telekomunikasi terutamanya di Wall Street. Ketiga-tiga indeks saham utama Amerika Syarikat (AS) berakhir positif dengan Dow Jones Industrial Average (DJIA) menokok 0.39%, S&P 500 dan Nasdaq masing-masing meningkat 0.22% dan 0.16%.

Walaubagaimanapun, tiga indeks tersebut merekodkan kejatuhan pertama sejak beberapa minggu lalu. S&P 500 jatuh buat pertama kali dalam tempoh enam minggu.

Minggu ini akan menjadi sesi dagangan yang pendek di Wall Street dengan cuti umum Thanksgiving di Amerika Syarikat, tetapi tidak bermaksud pelabur tidak akan meneliti perkembangan pasaran terutamanya isu-isu perdagangan dan data ekonomi penting.

Dalam perkembangan isu perdagangan, Presiden Xi Jinping berkata kedua-dua pihak sedang bekerjasama dalam rundingan tetapi berikrar akan meninggalkan meja rundingan jika kedaulatan negaranya diancam. Setakat ini tiada perjanjian yang akan disepakati dalam masa terdekat dan yang pasti terdapat tarif tambahan yang akan dikenakan terhadap China pada 15 Disember ini.

Pelabur pada minggu ini akan terus meneliti laporan pendapatan syarikat untuk suku ketiga di samping laporan data ekonomi Amerika Syarikat. Terdapat beberapa data penting yang akan dikeluarkan termasuklah data inflasi dan pertumbuhan KDNK.

Jika mengambil kira kebimbangan terhadap perang dagang antara AS-China, pertumbuhan global yang perlahan, kadar faedah, pasaran bon, Brexit dan beberapa isu geopolitik global – ini bukanlah tahun yang mudah kepada pelabur.

Segalanya tampak positif dalam tempoh beberapa minggu lalu apabila pasaran kewangan disokong oleh berita perjanjian fasa pertama AS-China yang semakin hampir dicapai. Namun, ia pudar daripada semasa ke semasa sehinggalah campur tangan Amerika Syarikat yang menyokong pro-demokrasi di Hong Kong. Ia dilihat sebagai satu halangan dalam rundingan perdagangan khususnya usaha untuk meneutralkan tariff yang telah dikenakan.

Berikut adalah lima catalyst utama yang bakal menjadi perhatian para pelabur sepanjang minggu ini.

1. Perkembangan Rundingan Amerika Syarikat – China

Selama dua dekad ekonomi global menikmati pertumbuhan drastik disokong oleh lonjakan perdagangan dunia. Kini kita berhadapan dengan cabaran perang dagang yang telah menyebabkan jumlah dagangan global merosot lebih daripada 1%.

Perang perdagangan di antara AS-China yang menghampiri usia dua tahun dijangka akan menghumban kadar pertumbuhan ekonomi global ke paras terendah dalam tempoh 10 tahun pada tahun hadapan.

Tarikh 15 Disember semakin hampir untuk tariff baru terhadap China dikuatkuasakan di mana pihak Beijing mahu meneruskan rundingan dalam usaha mengurangkan beban eksport ke Amerika. Namun, ia mungkin tidak diteruskan jika AS menyokong pihak pro-demokrasi di Hong Kong.

Di China, pertumbuhan ekonomi semakin perlahan sehingga mencecah paras terendah 30-tahun lalu. Di Amerika Syarikat pula tempahan baru dan penghantaran dalam sektor pembuatan turut merosot.

2. Inflasi Zon-Eropah

Bacaan awal inflasi Zon-Eropah akan dikeluarkan pada hari Jumaat (29 November 2019). Ia akan menjadi data ekonomi terpenting yang akan dilihat oleh Presiden baru European Central Bank (ECB) Christine Lagarde.

Inflasi di blok Eropah bergerak di bawah sasaran 2% sekian lamanya sejak tahun 2013 dan dijangka tidak akan menghampiri bacaan itu dalam masa terdekat.

Walaupun indeks harga pengguna (CPI) merosot ke paras terendah 0.70%, tetapi inflasi teras (Core-CPI) kini meningkat ke paras 1.1% iaitu satu tahap yang memberi kelegaan kepada bank pusat.

Lagarde berjanji dalam kenyataannya sebelum ini untuk mengkaji semula strategi bank pusat dalam menstabilkan inflasi di Zon-Eropah yang dilihat mengikut jejak langkah Federal Reserve.

Di antara data penting yang dikeluarkan di blok Eropah pada minggu ini adalah indeks keadaan perniagaan Jerman IFO. IFO adalah kumpulan pengkaji terkemuka di Jerman dan menjadi rujukan seluruh dunia untuk melihat keadaan semasa ekonomi negara itu. Data ini akan dikeluarkan pada hari Isnin (25 November 2019) pukul 5 petang.

3. Pilihanraya Umum United Kingdom

Kempen pilihanraya di UK terus berjalan dan parti yang bertanding telah mula mengeluarkan manifesto masing-masing. Pungutan suara yang dibuat pula masih menunjukkan Parti Konservatif mendahului parti-parti yang lain untuk memenangi pilihanraya kali ini.

Walaubagaimanapun, banyak perkara boleh berubah dalam masa tiga minggu menjelang pembuangan undi pada 12 Disember 2019. Ini adalah pilihanraya umum kedua dalam tempoh dua tahun yang diadakan oleh perdana menteri untuk mendapatkan lebih majoriti di Parlimen UK.

Paling banyak terkesan dalam suasana ketidaktentuan politik ini adalah matawang Sterling dan pasaran saham.

4. Data Ekonomi Penting Amerika Syarikat

Dalam ketidaktentuan ekonomi dunia ketika ini, keadaan di Amerika Syarikat sangat penting untuk diteliti sama ada terdapat lebih banyak bukti kemerosotan dari negara itu. Hal ini lebih mudah dilihat kepada data-data ekonomi yang diterbitkan setiap minggu.

Minggu ini terdapat beberapa data penting yang boleh dijadikan panduan untuk melihat ekonomi AS dalam jangka panjang antaranya ialah indeks keyakinan pengguna, pertumbuhan KDNK dan tempahan barangan tahan lama (durable goods).

Indeks keyakinan pengguna yang dikeluarkan oleh Conference Board (CB) telah jatuh dari rekod tertinggi tetapi kekal kukuh. Keyakinan pengguna adalah satu indikator yang memberi kesan positif kepada jualan runcit. Data ini akan dikeluarkan pada hari Selasa (26 November).

Data awal Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) yang direkodkan sebelum ini meningkat 1.9% secara tahunan. Bacaan kedua akan dikeluarkan pada hari Rabu (27 November 2019) pada pukul 9.30 malam. Jika bacaan kali ini melebihi 1.9%, ia akan melonjakkan keyakinan pelabur dalam pasaran saham pada hari tersebut.

Satu lagi data ekonomi penting yang akan dikeluarkan pada minggu ini adalah tempahan barangan tahan lama (durable goods) seperti mesin perkilangan yang dilihat sebagai petunjuk pelaburan syarikat di Amerika. Data kali ini akan dikeluarkan pada hari Rabu (27 November 2019) pada pukul 9.30 malam. Ini diikuti dengan data inflasi keutamaan bank pusat iaitu perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) pada pukul 11 malam.

Sumber Rujukan:

  1. https://www.marketwatch.com/story/the-holiday-season-will-showcase-the-best-and-worst-of-the-us-economy-2019-11-23?mod=economy-politics
  2. https://www.cnbc.com/2019/11/22/cramer-week-ahead-a-short-week-on-wall-street-full-slate-of-earnings-reports.html
  3. https://www.investing.com/news/stock-market-news/us-stocks-higher-at-close-of-trade-dow-jones-industrial-average-up-039-2026585
  4. https://www.investing.com/news/stock-market-news/stocks–market-rises-modestly-on-trade-hopes-again-2026527
  5. https://www.reuters.com/article/us-global-markets-themes/take-five-a-spanner-in-the-global-economic-works-idUSKBN1XW1PB
  6. https://www.investing.com/news/stock-market-news/economic-calendar–top-5-things-to-watch-this-week-2026866
  7. https://www.marketpulse.com/20191122/markets-remain-fixated-with-the-us-china-trade-war-and-brexit/
  8. https://www.nasdaq.com/articles/weekly-market-preview%3A-reasons-to-be-thankful-and-four-stocks-to-watch-for-the-coming-week

Ditulis oleh Rolandshah Hussin, seorang pelabur runcit dalam pasaran kewangan. Beliau adalah graduan dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya dan kini memegang jawatan sebagai penganalisis konten di sebuah syarikat yang berpangkalan di China.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan Baharu Argentina Harap Projek LNG Dengan Petronas Akan Diteruskan – Mondino

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.

“Kami berharap dapat memberikan semua jaminan yang diperlukan untuk pelaburan ini diteruskan,” kata Menteri Luar, Perdagangan Antarabangsa dan Ibadat Argentina Diana Mondino kepada Bernama.

Mondino, yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi sulungnya, dijangka mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Petronas pada Isnin 18 Mac, 2024 untuk membincangkan aktiviti Petronas di Argentina.

Pada 1 Sept, 2022 Petronas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat minyak dan gas bersepadu terbesar Argentina, YPF, untuk meneruskan kerjasama di negara Amerika Selatan itu dalam projek LNG bersepadu serta bidang lain termasuk minyak huluan, petrokimia dan penyelesaian tenaga bersih.

Selain MoU itu, YPF dan entiti operasi Petronas di Argentina, Petronas E&P Argentina S.A., memeterai perjanjian kajian dan pembangunan bersama ke arah pelaksanaan kajian dan pembangunan potensi projek LNG Bersepadu Argentina.

Perkara itu akan merangkumi pengeluaran gas huluan khusus, pembangunan saluran paip dan infrastruktur khusus, pengeluaran LNG serta pemasaran dan penghantaran.

Keputusan pelaburan akhir (FID) untuk projek itu akan dilaksanakan selepas penilaian teknikal dan komersial yang teliti dijalankan, disokong oleh terma, perundangan dan dasar fiskal yang kondusif.

Pakatan strategik Petronas dengan YPF bermula pada 2014 melalui perkongsiannya dalam projek La Amarga Chica, Vaca Muerta, sebagai sebahagian daripada aspirasi pertumbuhannya di benua Amerika.

Mondino berkata negara itu boleh mengeksport banyak produk gas dan minyak ke peringkat dunia.

“Argentina boleh mengeksport banyak gas kepada dunia namun kami belum mempunyai teknologi untuk mencairkan gas dan pengangkutan…bukan di tahap yang sepatutnya.

“Banyak perubahan politik berlaku di negara saya dan kini, kami jauh lebih pantas. Sebenarnya, perkara ini boleh bermula bertahun-tahun yang lepas namun tidak berlaku. Kami akan memajukan pelaburan seperti ini,” katanya.

Dilaporkan pada 13 Mac, 2024 YPF dan Petronas telah membuat penangguhan selama setahun untuk memuktamadkan FID bagi fasa pertama projek itu.

— BERNAMA