Goongbe Menang Hadiah Tempat Pertama dalam Kategori Penjagaan Kulit Bayi National Brand Awards 2019

SEOUL, Korea Selatan, 11 April 2019 /PRNewswire/ — Goongbe (www.goongbe.com), jenama semula jadi premium yang dihasilkan oleh pakar penjagaan kulit bayi Zero to Seven, dianugerahkan hadiah tempat pertama dalam kategori Penjagaan Kulit Bayi National Brand Awards 2019.

National Brand Awards, yang diadakan buat tahun ke-10, merupakan siri anugerah berwibawa yang disampaikan secara bersama oleh Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga dan Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar kerajaan, berserta akhbar harian yang berpengaruh di Korea bagi mengiktiraf jenama-jenama negara yang terbaik di Korea.

Bagi menilai jenama-jenama, beberapa jenama yang bersaing (3-10) disoal selidik dalam setiap kategori untuk tampil dengan penilaian yang objektif serta adil. Jenama-jenama yang berjaya dipilih berdasarkan tinjauan pengguna terhadap daya saing global, selain kesedaran jenama, keberperwakilan, kepuasan, kesetiaan dan kesesuaian keseluruhan. Goongbe mendapat skor tertinggi dalam semua kategori yang dinilai untuk memenangi tempat pertama dengan bangganya dalam Kategori Penjagaan Kulit Bayi.

Goongbe, jenama penjagaan kulit semula jadi premium yang menakrifkan semula kebijaksanaan purba melalui kanta dermatologi, digemari oleh pengguna sepanjang 11 tahun sejak dilancarkan pada tahun 2008 bagi menjadi jenama penjagaan kulit yang paling terkenal di Korea, selain baru-baru ini turut menjadi jenama kecantikan-K yang terkemuka.

Semua produk penjagaan kulit Goongbe mempunyai bahan-bahan asas yang unik daripada Goongbe, “Oji Relief Complex”, yang diekstrak daripada lima batang pokok. Oji Relief Complex dibangunkan melalui ujian keberkesanan dan didapati dapat menurunkan suhu dan melembapkan kulit dengan bahan-bahan semula jadi sepenuhnya yang melegakan bagi mengurangkan kemerahan dan menguatkan halangan kulit.

Produk-produk Goongbe juga bebas daripada 26 aroma yang dikenal pasti oleh EU sebagai alergen serta paraben, fenoksietanol, surfaktan sulfat dan warna tiruan untuk melindungi kulit bayi yang halus memandangkan mereka mengikuti prinsip “tiada bahan berbahaya”. Produk-produk ini menerima gred Cemerlang daripada Dermatest yang ketat oleh Jerman dengan jaminan keselamatan yang mematuhi piawaian global.

Losyen Pelembap Goongbe semakin popular memandangkan ia dapat melembapkan kulit dengan berkesan selama 48 jam. Sementara itu, jualan Krim Pelembap melangkaui 1 juta unit pada musim panas yang lalu dan ia menjadi item hangat untuk pengguna dari China, AS dan serata dunia.

Menerusi moto “Penjagaan kulit yang selamat dan lembut untuk seisi keluarga,” Goongbe merancang untuk menerajui hala tuju dalam pembuatan produk untuk golongan dewasa yang turut mempunyai kulit sensitif.

Sumber: Goongbe

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.