Xi’an Lancar Platform Perkhidmatan Bandar Sehenti

XI’AN, China, 11 April 2019 /PRNewswire/ — Bandar raya Xi’an di wilayah Shaanxi China melancarkan program khidmat awam sehenti. Dalam talian dan luar talian, program ini akan membolehkan perkongsian pangkalan data dibuat di seluruh jabatan dan membolehkan penduduk serta syarikat mengelakkan penyerahan dokumen berulang kali, mengurangkan keperluan dokumen sebanyak 60%.

Program ini bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan yang menjimatkan masa dan kos dengan merangsang aliran data serta maklumat, merendahkan halangan komunikasi dan menyingkirkan pengasingan maklumat dalam seluruh sektor kerajaan. Dengan menyepadukan fungsi dan perkhidmatan kerajaan, lebih 70% perkhidmatan bandar boleh dipesan dan diproses melalui pejabat tunggal, menghapuskan keperluan untuk penduduk menghantar dokumen ke jabatan-jabatan berbeza.

“Kami melancarkan program ini untuk mengatasi masalah-masalah melibatkan masa tindak balas yang perlahan dan ketidakcekapan dalam penyerahan perkhidmatan bandar,” kata Bo Wei, Timbalan Pengarah Biro Sumber dan Pengurusan Data Raya Xi’an. “Dengan menyelesaikan isu-isu aliran kerja dalaman, kami dapat mencipta pengalaman khidmat awam sehenti yang akan menjadi model bagi proses pentadbiran pintar serta unsur penting dalam projek bandar pintar lebih besar Xi’an.”

Xi’an telah menubuhkan sebuah hab pusat untuk storan, pertukaran perkongsian dan penggunaan data, mewujudkan sistem yang pantas dan cekap bagi tujuan perkongsian data, pengesahan dokumen dan prapesanan serta pemprosesan perkhidmatan.

Satu aplikasi perkhidmatan bandar sehenti dilancarkan pada bulan Mac sebagai hab untuk lebih 500 perkhidmatan yang paling popular di bandar tersebut. Selain itu, mesin layan diri dan peti mel akan digunakan di kawasan-kawasan sesak, mendayakan penerimaan dokumen 24-jam selain pesanan dan penyerahan perkhidmatan. Aplikasi ini akan dihubungkan kepada platform perkhidmatan pentadbiran negara dan wilayah menjelang akhir tahun bagi membentuk jaringan satu-kerajaan antara bandar-bandar dan masyarakat-masyarakat di sekitarnya.

Untuk membawakan lebih kemudahan kepada penduduk, program ini akan mengaplikasikan standard penyerahan perkhidmatan 15-minit di pusat-pusat komuniti serta pejabat-pejabat pentadbiran tempatan. Sebanyak 50% perkhidmatan boleh dipesan melalui pusat komuniti tahun ini, dengan jumlahnya dijangka meningkat kepada 70% menjelang tahun 2020.

Buat orang ramai yang memerlukan perkhidmatan perantara, kerajaan Xi’an akan turut memperkenalkan “pasar raya perkhidmatan perantara” terhadap jaringan perkhidmatan pentadbirannya, seraya terus merendahkan sempadan serantau bagi mengelakkan isu-isu monopoli dalam industri. Pendekatan ini dijangka dapat mewujudkan persaingan yang terbuka, adil dan saksama dengan piawaian yang dipersetujui.

Latar Belakang Xi’an

Ibu kota wilayah barat Shaanxi China, Xi’an merupakan destinasi pelancong antarabangsa dengan lebih 3,000 tahun sejarah dan tarikan terkenal di dunia seperti Pahlawan dan Kuda Terracotta serta Tembok Kota purbanya. Bandar ini, yang dikenali sebagai “Muzium Luar China,” ialah titik permulaan Jalan Sutera, jaringan laluan perdagangan purba yang diwujudkan semasa Dinasti Han China yang menghubungkan Timur dan Barat melalui perdagangan. Xi’an kini terus menuju ke hadapan ke arah pembinaan bandar pintar bagi membina metropolis antarabangsa.

Sumber: Xi’an Municipal Government

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.