IJM Land Memberi Semangat ‘Ngauman’ Harimau Untuk Lima Keluarga Kurang Bernasib Baik Di Seremban

Mencontohi semangat harimau, pemaju hartanah terkemuka Seremban 2, IJM Land Berhad berazam untuk mencipta permulaan yang bermakna bagi Tahun Baru Cina dengan memberikan impak positif kepada lima buah keluarga yang kurang bernasib baik di Seremban. Melalui Program Amal Tahun Baru Cina tahunan mereka, IJM Land menghulurkan bantuan sambil memberikan semangat kepada lima buah keluarga yang telah bertungkus lumus mencari nafkah pada waktu yang mencabar ini dengan memberi peluang untuk mereka meraikan musim perayaan dengan gembira.

Melalui salah satu inisiatif CSR yang lalu, iaitu Program Bantuan Baucar Sara Hidup, IJM Land telah mengenal pasti dan menghulurkan bantuan kepada lima buah keluarga yang kurang bernasib baik (terutamanya ibu bapa tunggal dan individu yang kehilangan pekerjaan atau mempunyai masalah kewangan) untuk menyediakan bantuan kewangan dan keperluan harian demi persiapan Tahun Baru Cina dan juga untuk komitmen lain seperti pembayaran bil utiliti dan keperluan keluarga. Tujuan bantuan ini adalah untuk membantu keluarga yang terjejas akibat pandemik untuk bangkit semula lalu memulihkan keadaan kewangan mereka.

Dato’ Hoo Kim See, Pengurus Besar Kanan IJM Land (Wilayah Tengah) menyatakan bahawa pandemik ini telah menyebabkan majoriti rakyat Malaysia berada dalam keadaan yang sukar dari segi kewangan dan emosi. Dengan ketibaan Tahun Baru Cina yang semakin hampir, rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik terpaksa memilih antara perbelanjaan perayaan atau pembayaran bil dan ini akan membuat mereka terus bimbang akan beban kehidupan walaupun sebelum perayaan bermula.

“Meskipun sekatan pergerakan telah pun dilonggarkan dan ramai yang tidak sabar untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina yang kian menjelang, kami menyedari bahawa keluarga-keluarga yang kurang bernasib baik masih berbelah bahagi antara perbelanjaan perayaan atau pembayaran bil tertunggak dan juga perbelanjaan harian sekeluarga. Tahun ini, kami ingin membuat perubahan dan memperkukuhkan usaha kami untuk memastikan mereka tidak perlu memilih antara budaya dan komitmen untuk membolehkan mereka menikmati perayaan dengan lega,” kata Dato’ Hoo.

Pasukan IJM Land yang diketuai oleh Dato’ Hoo, memberikan ‘Ang Pao’ sebanyak RM1,200 dan sumbangan box of kindness bernilai RM300 yang merangkumi bekalan keperluan Covid-19 dan barangan runcit termasuk beras, minyak masak, tepung, biskut dan keperluan lain untuk memeriahkan sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Antara penerima sumbangan Program Amal Tahun Baru Cina pada tahun ini ialah Puan Lee Yet Yun, seorang ibu tunggal berusia 41 tahun yang sedang bergelut untuk menyelesaikan pembayaran bil utiliti yang tertunggak selama tiga bulan. Beliau juga perlu menanggung perbelanjaan harian untuk membesarkan tujuh orang anak (salah seorang daripada mereka mengalami masalah pembelajaran); Encik Chap Kai Fai, berusia 42 tahun, bapa tunggal kepada dua orang anak yang amat terkesan akibat pandemik dimana beliau telah kehilangan pekerjaan dan kini bekerja sebagai Pemandu Grab dengan gaji bulanan yang tidak stabil; dan Puan Au Yang Kar Yan, berusia 36 tahun, seorang ibu tunggal yang mengalami gangguan mental dan kini bergelut untuk menjaga anak kecilnya.

“Sejak bermulanya pandemik ini, IJM Land telah berusaha untuk memberi harapan dan kekuatan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik dan semangat kami disemai dengan misi untuk memudahkan perjalanan mereka pada waktu yang sukar ini. Sempena perayaan Tahun Baru Cina kali ini, kami ingin memupuk semangat keberanian dan ketabahan sama seperti dengan ciri harimau dalam kalangan masyarakat kerana kami percaya bahawa semua orang boleh tampil lebih kuat dengan mendapat bantuan pada masa yang diperlukan. Kami di IJM Land tidak akan mengabaikan sesiapa kerana komuniti ini adalah keluarga kami dan kami akan memelihara kesejahteraan mereka sebaik mungkin,” tegas Dato’ Hoo.

Sebagai sebahagian daripada Polisi Pelaburan Komuniti mereka, IJM Land berdedikasi untuk menyokong dan meningkatkan kehidupan masyarakat yang kurang bernasib baik di Seremban. Sejak 2010, IJM Land telah melancarkan pelbagai program kemasyarakatan yang telah memberi manfaat kepada lebih 600 keluarga di Negeri Sembilan, seperti Program Pemulihan Rumah (myHome), Program Mesra Ramadan, Deepavali Charity Cheer Programme, Bantuan Baucar Sara Hidup, Program Subsidi Prasekolah, Helping Hands: Homes Initiative dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif yang dinyatakan di atas, sila layari http://seremban2.ijmland.com/.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

UOB Malaysia perkenal nama baharu stesen LRT Bandaraya – UOB

Kuala Lumpur, Malaysia, 3 Oktober 2025 – UOB Malaysia hari ini mengumumkan penjenamaan semula Stesen LRT Bandaraya kepada Stesen LRT Bandaraya – UOB, sekali gus mengukuhkan komitmen Bank untuk membangunkan Kuala Lumpur menjadi lebih hijau dan terhubung. Inisiatif penjenamaan stesen ini menunjukkan wawasan UOB yang progresif dalam menggabungkan  kemampanan dengan mobiliti bandar, sambil meningkatkan keterhubungan harian untuk penduduk bandar yang semakin meningkat.

Dengan lebih satu juta penumpang melalui Stesen LRT Bandaraya – UOB setiap minggu, stesen ini merupakan hab pertukaran penting yang menyediakan akses mudah ke salah satu daerah komersial paling sibuk di Kuala Lumpur.

Majlis pelancaran bersempena penjenamaan semula stesen telah dirasmikan oleh YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan. Turut hadir di majlis tersebut ialah YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur; Encik Wee Ee Cheong, Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UOB; Puan Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia; Encik Amir Hamdan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad; Encik Syed Redza Algadrie, Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE); dan Encik Nor Azmi Mohd Yusof, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd.

YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan, berkata, “Saya ucapkan tahniah kepada UOB Malaysia atas sokongan mereka terhadap program Hak Penjenamaan Stesen. Penjenamaan semula stesen ini adalah bukti bahawa kerjasama awam-swasta yang erat dapat membuahkan hasil positif bagi rakyat, selain memaksimumkan sumber dan mempertingkat penyampaian perkhidmatan. Penglibatan Bank secara proaktif juga menunjukkan semangat pemilikan dan komitmen teguh dalam meningkatkan landskap pengangkutan awam Kuala Lumpur.”

Puan Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Malaysia, berkata, “Penjenamaan Stesen LRT Bandaraya – UOB bukan sahaja bersifat simbolik, ia melambangkan akar umbi kami di kawasan ini, di mana Menara UOB Kuala Lumpur telah bertapak sejak 1984. Dengan ibu pejabat baharu kami, UOB Plaza 1 KL, hanya beberapa langkah dari stesen, inisiatif ini membolehkan kami memperdalam keterlibatan masyarakat, menyumbang kepada pengalaman bandar raya, selain membantu memajukan pengangkutan awam untuk mengurangkan kesesakan bandar serta menggalakkan kemampanan.”

Encik Syed Redza Algadrie, Ketua Pegawai Eksekutif PRIDE, berkata, “Kami berbesar hati dengan penyertaan UOB Malaysia sebagai rakan kongsi dalam inisiatif Hak Penjenamaan Stesen kami. Melangkaui inisiatif penamaan, penjenamaan stesen adalah pemangkin untuk pewujudan tempat dan juga menjadi kebanggaan masyarakat, di mana hab transit diubah menjadi mercu tanda yang menyerlahkan identiti bandar. Dengan kehadiran UOB Malaysia di Stesen LRT Bandaraya – UOB, kami dapat meningkatkan pengalaman komuter, membuka kunci nilai aset transit kami, dan juga membantu menjadikan Kuala Lumpur lebih bertenaga dan terhubung.”

Stesen LRT Bandaraya – UOB yang dinamakan semula ini menghubungkan kedua-dua Laluan LRT Ampang (Ampang – Sentul Timur) dan Sri Petaling (Sri Petaling – Sentul Timur) dan berintegrasi dengan Laluan LRT Kelana Jaya melalui stesen Masjid Jamek. Ia juga berkhidmat sebagai stesen pertukaran ke Stesen Komuter KTM Bank Negara, menghubungkan penumpang harian ke kedua-dua Laluan KTM Rawang – Seremban dan Sentul – Pelabuhan Klang. Stesen ini juga berdekatan dengan beberapa mercu tanda Kuala Lumpur termasuk Bank Negara Malaysia, Bangunan KWSP, Kompleks Pertama, Menara DBKL, Menara MARA, dan SOGO KL.