InvestSmart® Fest tahunan SC Kembali untuk Pertingkat Literasi Pelaburan Rakyat Malaysia

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan menganjurkan pesta pendidikan pelabur utamanya, InvestSmart® Fest 2019 bertemakan “Invest Smart” atau “Bijak Labur” pada 18-20 Oktober 2019 di Dewan 1 Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur.

Bertujuan untuk melengkapkan pelabur dengan asas-asas dalam membuat keputusan pelaburan yang kukuh, InvestSmart® Fest tahunan selama tiga hari tersebut akan memberi peluang orang ramai mempelajari tentang pelbagai peluang pelaburan dan memahami cara untuk melindungi diri daripada penipuan pelaburan atau skim pelaburan haram. Masuk adalah percuma.

Bursa Malaysia Berhad, Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM), Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia (FPAM) dan Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC) merupakan rakan kongsi acara bagi InvestSmart® Fest pada tahun ini.

InvestSmart® Fest 2019 mengetengahkan gerai pameran lebih 50 institusi pasaran modal, pengantara, agensi-agensi berkaitan, peserta industri dan persatuan di bawah satu bumbung serta ceramah dan seminar oleh para pakar industri. Pengunjung juga boleh memperoleh pendedahan kepada pembiayaan berasaskan pasaran alternatif seperti pendanaan ekuiti ramai, pembiayaan rakan setara, syarikat pengurusan pelaburan digital dan bursa aset digital di dalam “Digital Pavilion” yang khusus.

Seperti pada tahun-tahun sebelumnya, orang ramai boleh mendaftar untuk penilaian perancangan kewangan secara percuma oleh para perancang kewangan berlesen di gerai pameran “#FinPlan4u” ketika InvestSmart® Fest 2019. Tahun ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga akan menyertai #FinPlan4U dan menyediakan kaunter khidmat nasihat persaraan. Memandangkan permintaan yang tinggi dan ruang yang terhad, orang ramai digalakkan untuk mendaftar minat mereka di www.investsmartsc.my.

Bersempena dengan InvestSmart® Fest 2019 ini, SC akan menganjurkan ScamBuster Walk Hunt, pada 20 Oktober 2019, berikutan kejayaan ScamBuster Run yang diadakan dua tahun lalu. ScamBuster Walk Hunt bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai skim pelaburan haram melalui aktiviti pendidikan yang menyeronokkan. Semua kutipan daripada acara ini akan disalurkan kepada SC Heart, iaitu inisiatif tanggungjawab sosial korporat pengawal selia tersebut.

ScamBuster Walk Hunt, akan bermula di MaTiC Amphitheatre, Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan tamat di Dewan 1 di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur, menawarkan hadiah wang tunai yang menarik. Penyertaan terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 12 tahun ke atas. Pendaftaran kini dibuka sehingga 14 Oktober 2019 di https://www.sc.com.my/scambusterwalkhunt.

Untuk maklumat lanjut mengenai InvestSmart® Fest, sila layari www.investsmartsc.my atau Facebook.com/InvestSmartSC.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Mengenai Suruhanjaya Sekuriti Malaysia: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), sebuah badan berkanun yang melapor kepada Menteri Kewangan, ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.  Ia merupakan agensi kawal selia tunggal bagi pengawalseliaan dan pembangunan pasaran modal.  SC mempunyai tanggungjawab langsung untuk menyelia dan memantau aktiviti institusi pasaran, termasuk bursa dan rumah penjelasan, dan mengawal selia semua individu yang dilesenkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Maklumat lanjut mengenai SC boleh didapati di laman sesawangnya di www.sc.com.my. Ikuti SC di twitter di @SecComMy untuk perkembangan terkini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PTPTN salur RM285,500 Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI

TANJONG MALIM, 29 September 2026 — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyalurkan Bantuan Lestari Siswa MADANI berjumlah RM285,500 kepada 571 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi meringankan beban kewangan mereka.

Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata setiap pelajar menerima bantuan RM500 secara sekali bayar (one-off) dan tidak perlu dibayar balik, dengan bayaran dikreditkan ke akaun pelajar mulai 2 Oktober ini.

Beliau berkata inisiatif itu merupakan antara usaha PTPTN membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan supaya dapat meneruskan pengajian tanpa terlalu dibebani masalah kewangan.

“PTPTN berbesar hati untuk menyampaikan Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI yang melibatkan jumlah keseluruhan RM285,500.

“Setiap pelajar akan menerima RM500, tak perlu bayar balik. Ini yang kita berikan secara percuma dan secara one-off,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI, semalam.

Ahmad Dasuki berkata PTPTN memperuntukkan RM120 juta bagi inisiatif berkenaan, dengan kira-kira 5,000 pelajar telah diluluskan setakat ini, namun hanya 1,500 pelajar menerima manfaat tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan pelajar yang memenuhi syarat, khususnya mereka yang merupakan anak penerima eKasih dan belum memohon pinjaman PTPTN, supaya mendapatkan maklumat lanjut dan memanfaatkan peluang berkenaan.

Beliau berkata PTPTN bukan sahaja berperanan menyediakan pinjaman pendidikan, malah turut memberi penekanan terhadap budaya menabung menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Beliau berharap Bantuan Lestari Siswa MADANI dapat menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik selain meningkatkan taraf hidup keluarga dan memberi sumbangan kepada masyarakat.

“PTPTN tetap komited untuk memastikan agenda pendidikan negara terus dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif yang sedang kita usahakan sekarang, selari dengan moto PTPTN, ‘Peluang Kejayaan Anda’,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata bantuan berkenaan amat bermakna kepada universiti memandangkan hampir 11,000 daripada kira-kira 30,578 pelajar UPSI merupakan golongan B40.

Beliau berkata perkara itu menggambarkan besarnya amanah dan tanggungjawab UPSI dalam memastikan kebajikan pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka sentiasa terpelihara.

“Agenda kebajikan mahasiswa bukan agenda sampingan. Ia merupakan satu agenda penting yang kita bawa untuk memastikan perjalanan pendidikan adik-adik menimba ilmu di Bumi Mualim ini sepanjang tiga, empat tahun terjaga,” katanya.

Hadir sama Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Perak, Andi Nurali Mohamed; Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar dan Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed.

Gambar 1: Ahmad Dasuki (tiga dari kanan, atas) bergambar bersama para pelajar UPSI yang merupakan penerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 2: Ahmad Dasuki bergambar bersama para pelajar UPSI yang menerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 3: Ahmad Dasuki (empat dari kanan) ketika menyerahkan cek cura Bantuan Lestari Siswa Madani yang bernilai RM285,500 kepada Norkhalid (tiga dari kiri) pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT UPSI