iProperty.com.my Menyediakan Bantuan Yang Amat Diperlukan Oleh Ejen Hartanah

iProperty.com.my baru-baru ini mengumumkan pelan bagi membantu
rakan kongsinya, terutama sekali ejen hartanah, yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 di Malaysia. Inisiatif yang dipanggil #iPropertyCares ini ditawarkan kepada ejen hartanahnya yang aktif bagi membantu mereka mengharungi waktu sukar yang tidak pernah dialami sebelum ini, bermula sekarang hingga 1 Mei 2020 dan diberi sebagai sumbangan ikhlas.

Berikut adalah bantuan #iPropertyCares yang akan dinikmati oleh ejen hartanah aktif:

● Kesemua penyenaraian Premium dan Featured sedia ada yang masih aktif akan dilanjutkan hingga 1 Mei 2020.

● Kesemua penyenaraian Premium dan Featured baru yang dihasilkan bermula sekarang hingga 1 Mei 2020 akan diberi lanjutan tambahan selama 30 hari daripada tarikh tamat tempoh penyenaraian.

● Kesemua langganan akaun yang akan tamat tempoh antara 26 Mac hingga 30 April 2020 akan tamat tempoh secara automatik pada 1 Mei 2020.

● Akaun-akaun yang baru didaftar yang diaktifkan pada bulan Mac dan April 2020 akan dilanjutkan untuk satu bulan lagi.

Bantuan yang diberikan kepada ejen ini bertujuan memberi lebih pendedahan dan pada masa yang sama memberi sedikit ruang masa kepada ejen hartanah untuk mengubah cara bekerja dan mengekalkan hubungan mereka dengan para pencari hartanah yang serius.

iProperty.com.my pada awalnya mengumumkan bantuan #iPropertyCares kepada ejen hartanahnya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula-mula dikuatkuasakan pada 18 Mac hingga 31 Mac. Bagaimanapun, berikutan pengumuman kerajaan melanjutkan PKP, iProperty.com.my turut melanjutkan tempoh bantuan ini bermula 1 April hingga 1 Mei 2020.

Untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan ini, ejen hartanah diminta menghubungi pengurus akaun iProperty.com.my masing-masing atau menghubungi bahagian sokongan pelanggan di nombor telefon +603 6419 5188, WhatsApp +6017 943 9107 atau e-mel [email protected], Isnin hingga Jumaat, 9 pagi – 6 petang.

Pejabat iProperty.com.my ditutup sepanjang tempoh PKP, namun sokongan buat pelanggan masih berjalan seperti biasa dengan tenaga kerja iProperty.com.my beroperasi dari rumah masing-masing.

“Kesan COVID-19 telah membawa kepada keadaan yang tidak pernah dialami oleh pasaran hartanah tempatan. Rakan kongsi kami, khususnya ejen hartanah, mungkin akan terjejas akibat wabak ini. Disebabkan penguatkuasaan PKP, aktiviti mengunjungi hartanah melibatkan ejen dan pembeli tidak dapat dilaksanakan buat masa ini. Rakan kongsi kami terus menjadi keutamaan dalam setiap tindak-tanduk kami. Atas dasar perkongsian, kami ingin membantu rakan kongsi kami dengan sokongan ikhlas dan pemahaman. Kami berharap menerusi bantuan #iPropertyCares support, semua rakan kongsi kami akan mendapat lebih pendedahan,” kata David Mawer, Pengurus Besar iProperty.com Malaysia Sdn Bhd.

Dengan penularan COVID-19 yang terus memberi kesan kepada komuniti global, iProperty.com.my kekal fokus kepada kesihatan dan keselamatan pekerja dan pelanggannya, keluarga mereka dan komuniti setempat. Inisiatif #iPropertyCares support dibuat bagi memberi pelanggan ejen hartanah dan pemaju serta pelanggan media, satu aplikasi dan perkhidmatan inovatif yang boleh membantu perniagaan mereka dalam mengharungi perubahan ini dengan peningkatan pembeli rumah yang bertukar ke platform atas talian untuk sebarang urusan hartanah mereka.

Mengenai REA Group & iProperty.com.my

REA Group di Asia mengendalikan laman web, pemasaran dan acara harta tanah digital yang menawarkan set perkhidmatan hartanah dan pemasaran projek paling komprehensif di Asia Tenggara termasuk di Malaysia (iProperty.com.my), Thailand (thinkofliving.com dan Prakard) serta seluruh wilayah China termasuk Tanah Besar China (myfun.com) dan Hong Kong (squarefoot.com.hk dan SMARTExpo).

iProperty.com.my berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia dengan bilangan pekerjanya melebihi 200 orang. Dengan lebih 3 juta lawatan setiap bulan, iProperty.com.my merupakan portal hartanah pendahulu pasaran yang menawarkan carian dalam dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. iProperty.com.my juga menawarkan aplikasi penyelesaian kepada konsumer seperti LoanCare, penunjuk kelayakan pinjaman perumahan; saluran News & Lifestyle dengan pelbagai kandungan berkaitan hartanah yang bermanfaat kepada pengguna; acara-acara yang menghubungkan pembeli hartanah dengan ejen dan pemaju; dan banyak lagi.

Untuk berita berkaitan REA Group dan iProperty.com.my, layari www.iproperty.com.my/newsroom dan ketahui permintaan dan trend hartanah kediaman, perkembangan teknologi dan produk serta banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.