Jom Sertai Larian Saham “Raging Bull Run 2024”

Jom ramai-ramai kita sertai larian saham “Raging Bull Run 2024” bersama keluarga dan kawan-kawan. Larian ini turut berkolaborasi dengan “KL Borneo Half Marathon” di mana flag-off akan dibuat di Dataran Merdeka.

Cabar diri untuk melakar sejarah peribadi bagi tahun 2024 dengan menyertai larian ini. Uji ketahanan fizikal dan mental. Biar badan sihat, jiwa kuat, hati senang.

Hadir awal, sama-sama kita sertai #gengsubuhmacamjumaat sebelum flag-off.

Tidak kira dari mana anda datang, mungkin anda datang dengan misi baharu, mungkin anda datang bersama rakan dan keluarga, atau mungkin anda akan jumpa jodoh di sini!

Kepada pelari yang berkeluarga, kategori Family Run juga ada.

Dapatkan diskaun early-bird yang menarik. T-shirt dan medal pun cantik wehhh! Tak percaya? Cuba tengok gambar di bawah:

Banyak hadiah cabutan bertuah untuk dimenangi.

Boleh mula berlatih dari sekarang dan kita jumpa nanti.

The Raging Bull Run 2024 x KL Borneo Half Marathon

👉🏼 Daftar di sini:

Tarikh: 14 Julai 2024 (Ahad)
Masa : 6:00 pagi
Lokasi : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Anjuran KoPPZ (Koperasi PPZ-MAIWP) & penaja utama oleh Asri Ahmad Academy.

Flag Off dan Cut Off Time adalah seperti berikut:

Dapatkan tawaran diskaun untuk yuran bagi yang daftar awal!

Previous ArticleNext Article

Central Global Berhad Ditukar Ke Sektor Pembinaan Bermula 12 Januari 2026

KUALA LUMPUR, — Bursa Malaysia Securities Berhad mengumumkan pengemaskinian pengelasan sektor dan sub-sektor bagi Central Global Berhad (CGB) yang akan berkuat kuasa mulai jam 9.00 pagi, Isnin, 12 Januari 2026.

Menerusi pengelasan baharu itu, CGB akan dipindahkan daripada sektor Produk & Perkhidmatan Perindustrian, sub-sektor Bahan Pembungkusan, kepada sektor Pembinaan, selari dengan perubahan hala tuju dan fokus perniagaan syarikat.

Bagaimanapun, nombor saham (8052) dan nama singkat saham (CGB) kekal tidak berubah.

Menurut Bursa Securities, pengelasan semula ini dibuat atas permintaan syarikat dan adalah berdasarkan beberapa kriteria utama, termasuk perubahan dalam aktiviti perniagaan serta sumbangan perniagaan teras terhadap prestasi kewangan CGB.

Langkah pengemaskinian ini bertujuan memastikan pelabur dan peserta industri sentiasa menerima maklumat terkini mengenai kedudukan dan perkembangan syarikat tersenarai awam di pasaran MAIN, ACE dan LEAP Bursa Malaysia.

Pengelasan sektor yang lebih tepat dijangka dapat membantu pelabur membuat perbandingan yang lebih relevan dengan syarikat setara dalam industri, sekali gus meningkatkan ketelusan dan kefahaman terhadap profil perniagaan sebenar CGB.