Kajian Twitter: Tweets Oleh Rakyat Malaysia Menghidupkan Perbualan Musim Percutian Dan Mendorong Beli-Belah

Musim percutian semakin dekat, seperti yang dilihat pada peningkatan jumlah perbualan berkaitan percutian di Twitter walaupun sebelum Disember bermula. Walaupun terdapat SOP yang ketat di seluruh negara, pembelian semasa musim percutian ini masih dapat dilihat di atas talian dan juga di Twitter.

Kajian musim percutian oleh Twitter mendedahkan bahawa walaupun 51% rakyat Malaysia masih berhati-hati untuk berkumpul secara ramai, mereka juga tetap berharap dan teruja untuk menyambut musim percutian. Walaupun ramai rakyat Malaysia tidak menyambut Krismas semata-mata, mereka menantikan musim percutian, mendengar lagu Krismas dan menikmati suasana perayaan dari November lagi.

Bagi kebanyakan orang, musim percutian bermaksud pemberian hadiah, pengubahsuaian hiasan rumah dan aktiviti lain yang menyumbang bukan sahaja kepada pembelian, tetapi juga untuk mengekalkan keceriaan percutian walaupun pada masa kini yang kian mencabar. Malah, terdapat lebih 8 juta perbualan berkaitan percutian di Twitter di seluruh Asia Tenggara – dan perbualan merangkumi pelbagai topik daripada ulasan pelanggan, soalan tentang pembelian barang dan Tweet lain yang menunjukkan kenapa Twitter menjadi tempat yang sesuai untuk orang ramai dan jenama untuk mengetahui dan menyertai #WhatsHappening sekitar musim percutian.

Sebelum 2021 berakhir, Twitter menyelidiki trend beli-belah musim percutian yang menarik di Malaysia.

Perayaan bermula awal

Semangat musim percutian tidak pernah redup di Twitter, bahkan perbualan tersebut semakin banyak dan meriah. Pada tahun 2020, Malaysia menyaksikan hampir 1 juta perbualan berkaitan percutian dan perlu diperhatikan bahawa perbualan pada musim percutian juga bermula awal, sekitar Oktober, dua bulan lebih awal daripada musim percutian sebenar.

Dalam tempoh tersebut, faktor yang mencetuskan peningkatan perbualan berkaitan percutian di Malaysia adalah: tawaran promosi istimewa akhir tahun dari pelbagai jenama, penerbitan media bertemakan Krismas yang pelbagai dari selebriti dan saluran televisyen, dan jangkaan tahun depan. Ini adalah cara untuk orang ramai merancang apa yang mereka perlukan untuk membeli atau persiapan sepanjang musim percutian.

Menggunakan Twitter untuk mencari inspirasi hadiah musim percutian

Walaupun terdapat SOP ketat di seluruh negara, rakyat Malaysia masih memilih untuk berbelanja atas talian di musim percutian ini dan ramai menggunakan Twitter untuk mencari inspirasi. 39% rakyat Malaysia masih bergelut untuk mencari hadiah yang sesuai, jadi trend unik dalam kalangan pengguna Twitter ialah untuk bergabung tenaga dan membincangkan tentang membeli-belah semasa musim cuti. Topik juga mungkin terdiri daripada resipi percutian, produk baharu, atau fesyen untuk bulan Krismas ini. Selain itu, 53% rakyat Malaysia menemui tawaran dan promosi jenama yang istimewa, hasil penggunaan Twitter.

Selain dengan komuniti yang semakin rancak bertukar pendapat dan cadangan di Twitter,  48% rakyat Malaysia di Twitter juga mendapat inspirasi daripada minat/topik yang mereka ikuti, manakala 47% mendapat idea mereka daripada topic yang trending dan hashtag. Perbualan di Twitter ini bertukar menjadi jualan. Secara purata, peningkatan 10% dalam perbualan yang didorong oleh jenama membawa kepada peningkatan 3% dalam jualan.

Twitter = tempat merayakan musim percutian

Musim percutian adalah musim perkongsiaan dan perayaan. Topik berkaitan percutian pada tahun 2020 dijangka merangkumi ucapan (51%) kepada keluarga dan rakan-rakan, membeli belah (19%), tweets berkaitan dengan ahli keluarga dan rakan-rakan (11%). Hal ini kerana, musim percutian adalah musim membeli belah dimana rakyat Malaysia memikirkan tentang hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada orang tersayang.

Perbualan menjadi kekuatan Twitter, dan dengan komuniti yang juga sangat reseptif, jenama boleh mendapat insight mengenai trend membeli-belah daripada pembeli.  Di Malaysia, 53% pembeli ingin melihat tawaran jenama, 40% mencari cadangan hadiah daripada jenama, dan 24% menjangkakan untuk melihat lebih banyak kandungan menarik daripada jenama di Twitter.

Tambahan lagi, pilihan hadiah mereka berbeza daripada makanan & minuman, produk penjagaan diri, fesyen dan aksesori kepada produk teknologi. Khususnya, 35% rakyat Malaysia di Twitter merancang untuk membeli produk teknologi pada musim percutian tahun ini. Dua perkara yang rakyat Malaysia ambil berat dalam mencari gajet yang sempurna; adalah harga (75%) dan spesifikasi (65%).

Ikuti keceriaan musim percutian di Twitter

#WhatsHappening saat musim percutian dan musim lainnya sentiasa ada di Twitter, semua berkat komuniti yang selalu Tweet minat dan pendapat mereka tentang berbagai topik. Perbualan di Twitter berpengaruh positif pada orang lain dan meningkatkan semangat mereka disaat seperti musim percutian akhir tahun ini.

Jadilah sebagian dari perayaan musim percutian akhir tahun di Twitter melalui kempen anda dengan 3 jenis kandungan yang paling ditunggu di musim percutian ini:

  1. Hype: Nyalakan kempen anda dengan menghebahkannya. Hantar mesej anda dan bina jangkaan untuk mencapai interaksi 2x ganda.
  2. Partisipasi: Jangan Tweet sahaja. Jadilah sebahagian daripada perbualan untuk mendapatkan peningkatan view sebanyak 35%.
  3. Reaksi: Ingat untuk sentiasa berhubung. Reaksi sangat berguna mengoptimalkan buzz dan juga mendorong pertimbangan sehingga jenama mendapatkan konsistensi 3x ganda lebih tinggi.

“Musim percutian adalah musim mengembirakan apabila kita lihat perbualan yang berlaku di Twitter di rantau ini. Apa yang unik di Malaysia ialah negara ini mempunyai pelbagai kaum dan budaya, dan walaupun tidak ramai yang menyambut krismas secara aktif, seluruh negara akan berkumpul untuk menikmati perayaan tersebut. Ini dapat dilihat di suasana di pusat membeli belah yang banyak terdapat di ibu kotanya. Membeli-belah merupakan tarikan besar bagi rakyat Malaysia sepanjang tempoh ini dengan banyak jenama menawarkan promosi menarik, yang 53% rakyat Malaysia sentiasa perhatikan, manakala 24% lagi mencari kandungan Krismas yang mengharukan daripada jenama pilihan mereka. percutian adalah istimewa kerana ia adalah masa untuk berhubung dengan orang tersayang, dan lebih-lebih lagi, kami percaya ia adalah masa terbaik untuk jenama mengikuti jejak mereka untuk penonton mereka,” kata Martyn U’ren, Pengarah Penyelidikan, Asia Pasifik & Eksport Global di Twitter.

Jadilah sebahagian daripada perbualan di musim percutian ini dan detik-detik penting lain di Twitter. Kunjungi https://business.twitter.com/en/advertising.html untuk menemukan cara terbaik bagi jenama anda di Twitter dan untuk mengikuti perbualan musim percutian sekarang.

Tentang Twitter, Inc.

Twitter adalah platform untuk ketahui apa yang sedang berlaku dan apa yang sedang dibicarakan orang ramai di saat ini. Untuk informasi lebih lanjut, kunjungi about.twitter.com serta ikuti @Twitter. Mari berbual.

Previous ArticleNext Article

UOB Malaysia perkenal nama baharu stesen LRT Bandaraya – UOB

Kuala Lumpur, Malaysia, 3 Oktober 2025 – UOB Malaysia hari ini mengumumkan penjenamaan semula Stesen LRT Bandaraya kepada Stesen LRT Bandaraya – UOB, sekali gus mengukuhkan komitmen Bank untuk membangunkan Kuala Lumpur menjadi lebih hijau dan terhubung. Inisiatif penjenamaan stesen ini menunjukkan wawasan UOB yang progresif dalam menggabungkan  kemampanan dengan mobiliti bandar, sambil meningkatkan keterhubungan harian untuk penduduk bandar yang semakin meningkat.

Dengan lebih satu juta penumpang melalui Stesen LRT Bandaraya – UOB setiap minggu, stesen ini merupakan hab pertukaran penting yang menyediakan akses mudah ke salah satu daerah komersial paling sibuk di Kuala Lumpur.

Majlis pelancaran bersempena penjenamaan semula stesen telah dirasmikan oleh YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan. Turut hadir di majlis tersebut ialah YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur; Encik Wee Ee Cheong, Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UOB; Puan Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia; Encik Amir Hamdan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad; Encik Syed Redza Algadrie, Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE); dan Encik Nor Azmi Mohd Yusof, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd.

YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan, berkata, “Saya ucapkan tahniah kepada UOB Malaysia atas sokongan mereka terhadap program Hak Penjenamaan Stesen. Penjenamaan semula stesen ini adalah bukti bahawa kerjasama awam-swasta yang erat dapat membuahkan hasil positif bagi rakyat, selain memaksimumkan sumber dan mempertingkat penyampaian perkhidmatan. Penglibatan Bank secara proaktif juga menunjukkan semangat pemilikan dan komitmen teguh dalam meningkatkan landskap pengangkutan awam Kuala Lumpur.”

Puan Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Malaysia, berkata, “Penjenamaan Stesen LRT Bandaraya – UOB bukan sahaja bersifat simbolik, ia melambangkan akar umbi kami di kawasan ini, di mana Menara UOB Kuala Lumpur telah bertapak sejak 1984. Dengan ibu pejabat baharu kami, UOB Plaza 1 KL, hanya beberapa langkah dari stesen, inisiatif ini membolehkan kami memperdalam keterlibatan masyarakat, menyumbang kepada pengalaman bandar raya, selain membantu memajukan pengangkutan awam untuk mengurangkan kesesakan bandar serta menggalakkan kemampanan.”

Encik Syed Redza Algadrie, Ketua Pegawai Eksekutif PRIDE, berkata, “Kami berbesar hati dengan penyertaan UOB Malaysia sebagai rakan kongsi dalam inisiatif Hak Penjenamaan Stesen kami. Melangkaui inisiatif penamaan, penjenamaan stesen adalah pemangkin untuk pewujudan tempat dan juga menjadi kebanggaan masyarakat, di mana hab transit diubah menjadi mercu tanda yang menyerlahkan identiti bandar. Dengan kehadiran UOB Malaysia di Stesen LRT Bandaraya – UOB, kami dapat meningkatkan pengalaman komuter, membuka kunci nilai aset transit kami, dan juga membantu menjadikan Kuala Lumpur lebih bertenaga dan terhubung.”

Stesen LRT Bandaraya – UOB yang dinamakan semula ini menghubungkan kedua-dua Laluan LRT Ampang (Ampang – Sentul Timur) dan Sri Petaling (Sri Petaling – Sentul Timur) dan berintegrasi dengan Laluan LRT Kelana Jaya melalui stesen Masjid Jamek. Ia juga berkhidmat sebagai stesen pertukaran ke Stesen Komuter KTM Bank Negara, menghubungkan penumpang harian ke kedua-dua Laluan KTM Rawang – Seremban dan Sentul – Pelabuhan Klang. Stesen ini juga berdekatan dengan beberapa mercu tanda Kuala Lumpur termasuk Bank Negara Malaysia, Bangunan KWSP, Kompleks Pertama, Menara DBKL, Menara MARA, dan SOGO KL.