Ketidakstabilan Dagangan AS-China Dorong Peningkatan Permohonan Program Mastautin Thailand

LONDON, 18 September 2019 /PRNewswire/ — Data terkini menunjukkan bahawa Thailand bakal menjadi benefisiari yang tidak disengajakan bagi hubungan dagangan yang bergolak pada masa kini antara dua ekonomi yang paling berkuasa di dunia. Tatkala Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan rakan sejawat Cina beliau Xi Jinping menunjukkan keinginan berterusan untuk melaksanakan tarif perdagangan dua hala, konsensusnya ialah ketegangan perdagangan AS–China yang semakin memuncak menjejaskan seluruh pelosok dunia sama seperti ia mengancam untuk menjejaskan kestabilan hubungan Sino–Amerika.

Walau bagaimanapun, bagi Thailand, terdapatnya sinar harapan dalam kekecohan geopolitik ini, dalam bentuk peningkatan pelaburan masuk daripada individu-individu yang mendaftar untuk program pemastautinan melalui pelaburannya yang popular dan penempatan semula syarikat-syarikat antarabangsa yang berminat untuk mengambil peluang daripada persekitaran mesra perniagaan dan stabil yang ditawarkan oleh negara berkenaan.

Dominic Volek, Ketua Asia Tenggara di firma migrasi pelaburan Henley & Partners, berkata terdapatnya peningkatan 50% dalam permohonan untuk Program Pemastautinan Elit Thailand daripada penduduk Asia dalam dua bulan lalu (Julai dan Ogos) apabila dibandingkan dengan separuh pertama tahun 2019. Khususnya, program berkenaan telah menyaksikan peningkatan tiga kali ganda dari segi permohonan daripada penduduk Hong Kong pada bulan Ogos, dibandingkan dengan keseluruhan tempoh antara Januari-Julai 2019 apabila digabungkan.

“Melihatkan minat oleh warganegara Cina terhadap hartanah mewah, tarikan tambahan Thailand terdapat dalam pasaran hartanahnya. Dengan sekatan yang lebih ketat terhadap aliran keluar modal dan peralihan kepada hartanah titik harga lebih rendah, banyak yang dapat ditawarkan oleh Thailand. Harga kondominium di sana berharga antara USD 40,000 hingga USD 150,000 untuk pangsapuri tahap sederhana hingga mewah – yang amat mampu milik apabila dibandingkan dengan pembelian hartanah di Australia, UK atau AS,” tambah Volek.

Program Pemastautinan Elit Thailand menyediakan visa berbilang kemasukan kepada pemohon yang layak, lalu membolehkan mereka untuk mengunjungi dan menetap di Thailand untuk tempoh antara lima dan dua puluh tahun, dengan kos sekaligus antara THB 500,000 (kira-kira USD 16,000) dan THB 2.14 juta (kira-kira USD 68,000). 

Ketika ketegangan perdagangan antara China dan AS memuncak, Thailand kelihatan berkedudukan optimum untuk meraih ganjaran daripada usaha besarnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi menjadi hab perniagaan dan pelabur ketiga terbesar di rantau tersebut, selepas Hong Kong dan Singapura.

Sumber: Henley & Partners

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.