Musim Ski Bermula di Lotte Arai Resort pada 15 Disember

MYOKO, Jepun, 19 Disember 2018 /PRNewswire/ — Tatkala musim ski bermula bulan ini, pemain-pemain ski seluruh dunia bersiap sedia untuk menikmati pengalaman terbaik musim tersebut di lokasi terbaik. Bagi pemain-pemain ski yang tercari-cari lokasi bagi menikmati aktiviti bermain ski menuruni bukit yang dingin dengan landskap bersalji yang mengagumkan, Lotte Arai Resort bakal menjadi pilihan utama mereka bagi musim 2018-2019 akan datang. Terletak di Bandar Raya Myoko, Wilayah Niigata, Jepun, pusat peranginan butik mewah itu telah memulakan musim skinya pada 15 Disember lalu.

Lotte Arai Resort, yang dibuka pada Disember 2017 setelah menjalani proses pengubahsuaian besar-besaran, ialah sebuah pusat peranginan dan kompleks ski yang dilengkapi dengan beberapa kemudahan terbaik di dunia. Dengan gunung ganang yang tinggi dan hujan yang lebat, Wilayah Niigata di bahagian timur laut Jepun dikenali secara meluas bukan sahaja sebagai lokasi asal bermain ski di Jepun, tetapi juga sebagai latar belakang novel “Snow Country (Yukiguni)” oleh Yasunari Kawabata, yang memenangi Hadiah Nobel untuk Kesusasteraan pada tahun 1968.

Khususnya Gunung Ohkenashi, lokasi letaknya Lotte Arai Resort, mempunyai curahan salji optimum dan keadaan salji yang terbaik di Jepun – berserbuk, ringan dan gebu. Pada hari-hari cerah, pemain-pemain ski di puncak pergunungan dapat menikmati pemandangan samudera yang mengagumkan, yang menjadikan kehadiran di pusat peranginan ini suatu yang unik dan istimewa.

Pusat peranginan ini menawarkan sejumlah 14 laluan yang terbentang di kawasan berkeluasan 15,700,000m2, dengan laluan terpanjang berjarak 5.2 km. Laluan untuk individu baru bermula, tahap pertengahan dan pakar diagihkan dengan secukupnya dengan perbezaan altitud 951 meter. Kemudahan-kemudahan termasuk kawasan kereta luncur salji yang ditarik kuda untuk kanak-kanak dan laluan pakar yang bermula pada ketinggian 1,280 meter di atas paras laut. Peminat-peminat ski menggemari musim ski yang lebih panjang di sini, yang bermula dari Disember 2018 hingga Mei 2019. Sebagaimana yang diceritakan penuh ghairah oleh pemain ski dan juga peminat, Lotte Arai Resort menganjurkan Siri Freeride World Tour Japan pada bulan Mac sekali lagi susulan acara yang membuahkan hasil tahun lalu.

Terdapat lebih banyak sukan musim sejuk yang menarik untuk dinikmati di Lotte Arai Resort. Zip Tour bagi jarak paling jauh Asia pada 1,501 meter bermula di gunung pada ketinggian 1,000 meter di atas paras laut. Berukuran 192 meter, Tubing ini merupakan yang terpanjang di Jepun. Para pengunjung juga boleh terlibat dalam pelbagai aktiviti bukan ski seperti Bouldering (mendaki batuan tiruan dalam bangunan), Trampolin Empat Segi dan banyak lagi. Selepas seharian bermain sukan musim sejuk, apa kata berendam pula dalam Onsen kawasan luar yang hebat, dicipta secara alami oleh mata air berasaskan alkali dari 1,750 meter di bawah tanah sambil menghitung bintang-bintang berkerlipan di langit malam?

Bermula dengan aktiviti-aktiviti liburan di laluan ski mengagumkan, padat dengan 100% salji berserbuk semula jadi kepada Onsen yang nyaman bagi menghangatkan tubuh dan minda seseorang, serta hidangan makanan laut yang sangat enak digandingkan dengan minuman keras tradisional Jepun, Lotte Arai Resort ialah pusat keseronokan dan destinasi paling optimum untuk peminat sukan ski pada musim sejuk.

Semak maklumat ini: mulai 22 Disember 2018 hingga 16 Mac 2019, pusat peranginan ini menawarkan Pakej Snowy Arai termasuk bilik standard dan satu Tiket Lif Ekonomi setiap orang. Harga bermula pada JPY 22,920 tidak termasuk VAT.

*Untuk pertanyaan dan tempahan: Lawati halaman utama Lotte Arai Resort di https://www.lottehotel.com/arai-resort/en

Sumber: Lotte Arai Resort

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PTPTN salur RM285,500 Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI

TANJONG MALIM, 29 September 2026 — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyalurkan Bantuan Lestari Siswa MADANI berjumlah RM285,500 kepada 571 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi meringankan beban kewangan mereka.

Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata setiap pelajar menerima bantuan RM500 secara sekali bayar (one-off) dan tidak perlu dibayar balik, dengan bayaran dikreditkan ke akaun pelajar mulai 2 Oktober ini.

Beliau berkata inisiatif itu merupakan antara usaha PTPTN membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan supaya dapat meneruskan pengajian tanpa terlalu dibebani masalah kewangan.

“PTPTN berbesar hati untuk menyampaikan Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI yang melibatkan jumlah keseluruhan RM285,500.

“Setiap pelajar akan menerima RM500, tak perlu bayar balik. Ini yang kita berikan secara percuma dan secara one-off,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI, semalam.

Ahmad Dasuki berkata PTPTN memperuntukkan RM120 juta bagi inisiatif berkenaan, dengan kira-kira 5,000 pelajar telah diluluskan setakat ini, namun hanya 1,500 pelajar menerima manfaat tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan pelajar yang memenuhi syarat, khususnya mereka yang merupakan anak penerima eKasih dan belum memohon pinjaman PTPTN, supaya mendapatkan maklumat lanjut dan memanfaatkan peluang berkenaan.

Beliau berkata PTPTN bukan sahaja berperanan menyediakan pinjaman pendidikan, malah turut memberi penekanan terhadap budaya menabung menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Beliau berharap Bantuan Lestari Siswa MADANI dapat menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik selain meningkatkan taraf hidup keluarga dan memberi sumbangan kepada masyarakat.

“PTPTN tetap komited untuk memastikan agenda pendidikan negara terus dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif yang sedang kita usahakan sekarang, selari dengan moto PTPTN, ‘Peluang Kejayaan Anda’,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata bantuan berkenaan amat bermakna kepada universiti memandangkan hampir 11,000 daripada kira-kira 30,578 pelajar UPSI merupakan golongan B40.

Beliau berkata perkara itu menggambarkan besarnya amanah dan tanggungjawab UPSI dalam memastikan kebajikan pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka sentiasa terpelihara.

“Agenda kebajikan mahasiswa bukan agenda sampingan. Ia merupakan satu agenda penting yang kita bawa untuk memastikan perjalanan pendidikan adik-adik menimba ilmu di Bumi Mualim ini sepanjang tiga, empat tahun terjaga,” katanya.

Hadir sama Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Perak, Andi Nurali Mohamed; Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar dan Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed.

Gambar 1: Ahmad Dasuki (tiga dari kanan, atas) bergambar bersama para pelajar UPSI yang merupakan penerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 2: Ahmad Dasuki bergambar bersama para pelajar UPSI yang menerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 3: Ahmad Dasuki (empat dari kanan) ketika menyerahkan cek cura Bantuan Lestari Siswa Madani yang bernilai RM285,500 kepada Norkhalid (tiga dari kiri) pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT UPSI