Realme – Jenama Telefon Pintar No.1 Paling Laris Terjual di Shopee

  • Jenama telefon pintar paling baharu di Malaysia menikmati pertumbuhan pantas & mantap hanya dalam tempoh 1 bulan
  • Sebulan lalu, Realme mencapai banyak kejayaan penting membuktikan ia berkembang pada kadar yang mantap dan diterima baik oleh pasaran tempatan
  • Pemahaman Realme terhadap landskap tempatan dan tingkah laku pengguna membantu jenama berkomunikasi dengan baik bersama audiens daripada latar belakang dan kumpulan umur berbeza

KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 Disember 2018 /PRNewswire/ — Realme, salah satu jenama yang paling pesat berkembang di Malaysia yang memberi penekanan untuk menyediakan telefon pintar berkualiti tinggi pada harga mesra belia telah mencapai banyak kejayaan penting hanya dalam masa sebulan. Berserta rekod jualannya yang positif, Realme berkembang pada kadar yang mantap dan diterima baik oleh pasaran tempatan.

Dilancarkan pada November, Realme mencapai kejayaan hebat dan serta merta dikenali sebagai jenama dengan ciri-ciri dan prestasi produk cemerlang dengan kadar harga yang berpatutan. Prestasi jualan positifnya memperlihatkan pertumbuhan pasarannya yang pantas berkembang dalam tempoh yang singkat. Bercakap mengenai hal ini, Tiffany Teh, Pengurus Jenama Realme Malaysia, berkata, “Kami baru sahaja berada dalam pasaran selama lebih sebulan dan ia merupakan satu perjalanan hebat setakat ini. Apabila kami pertama kali menembusi pasaran Malaysia, kami mengambil maklum bahawa ia merupakan satu persekitaran kompetitif yang hebat dengan banyak peluang untuk berkembang. Dengan mengambil kira kepelbagaian dan keunikan ciri-ciri budaya dalam kalangan pengguna tempatan kami, kami berupaya berkomunikasi secara berkesan bersama mereka.”

Tinjauan Pandangan Pengguna Global PricewaterhouseCoopers (PwC) melaporkan bahawa apabila melibatkan perbelanjaan dalam talian dan di kedai, media sosial kekal menjadi pengaruh terbesar terhadap pengguna yang mencari inspirasi bagi tujuan pembelian mereka. Dengan kemunculan kaedah pembayaran yang pelbagai dan evolusi proses di kaunter bayaran, sektor eDagang Malaysia diunjurkan berkembang pada 11% Kadar Pertumbuhan Tahunan Kompaun (CAGR).

Menjelaskan lebih lanjut tentang kejayaan Realme dalam memenangi hati pengguna tempatan, Teh menambah, “Kami dapat melihat peralihan dari segi tingkah laku pembelian khususnya di Malaysia, yang lebih beradaptasi ke arah e-dagang selain kedai fizikal yang turut membuat transaksi dalam talian bagi mendekati pelanggan semasa dan pelanggan berpotensi. Kami berasa gembira dapat bekerjasama dengan Lazada dan Shopee khususnya menerusi kualiti perkhidmatan yang mereka sediakan kepada pelanggan setia mereka dan apabila jualan 12.12 tiba, kami menyaksikan peluang hebat ini untuk bekerjasama dengan mereka sekali lagi. Kami berasa amat gembira dengan maklum balas yang diterima oleh kami, bukan sahaja daripada pelanggan kami, bahkan juga daripada rakan media dan rakan kongsi. Maklum balas adalah amat berharga buat kami kerana ia bukan sahaja dapat membantu kami meningkatkan komunikasi kami, tetapi juga membantu kami memahami lebih baik tentang apa yang dicari oleh orang ramai apabila melibatkan peranti mudah alih.”

Dikenali sebagai “Ideal untuk Orang Muda”, Realme 2 Pro dijual di Shopee sempena Jualan Hari Jadi 12.12 mereka. Hal ini meneruskan catatan rekod jualan yang membuahkan hasil untuk peranti tersebut menerusi “Telefon No.1 Paling Laris Terjual” sempena Shopee 12.12 dan pengiktirafan sebelumnya seperti ‘Item Paling Laris Terjual’ semasa Jualan Besar-besaran 11.11 Shopee, memecah rekod jualan pertama dalam kalangan semua jenama telefon pintar di Shopee serta menjadi “Juara Telefon Pintar” semasa Festival Lelaki 11.15 Shopee.

“Jualan Hari Jadi 12.12 kami berakhir dengan jayanya, khususnya buat Realme. Sambutan menggalakkan untuk Realme 2 Pro menjadikan Realme sebagai jenama telefon pintar yang paling pesat berkembang pada platform kami. Kami menerima begitu banyak maklum balas positif daripada pengguna Shopee yang gembira berhubung kualiti dan prestasi Realme 2 Pro yang mengesahkan lagi kebolehannya untuk bersaing dengan jenama-jenama lain dan pada kadar harga yang kompetitif. Kami berasa amat terdorong dengan keputusan berkenaan dan mengharapkan hubungan kerja jangka panjang yang berjaya dengan Realme,” kata Calvin Teng, Pengurus Kategori, Shopee Malaysia.

Bercakap mengenai kejayaan ini, Kenneth Khor, Ketua Bahagian Mudah Alih, Lazada Malaysia berkata, “Sebagai rakan kongsi, kami benar-benar gembira kerana Realme Malaysia mencapai kejayaan ini bagi menandakan satu lagi pencapaian penting untuk jenama baharu berkenaan. Bermula dengan promosi dan jualan terdahulu kami di Lazada, Realme Malaysia sentiasa mencapai rekod jualan yang kukuh dan ia terus mengejutkan kami betapa rakyat Malaysia sukakan produk-produk berkualiti tinggi mereka. Kami yakin Realme akan meneruskan rekodnya menerusi produk dan pencapaiannya. Kami berharap dapat bekerjasama dengan Realme Malaysia sekali lagi dan membawakan tawaran terbaik di Lazada untuk pengguna kami.”

Sumber: Realme

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.