Oxwhite Bekerjasama Dengan Mamee Dan The Alley Untuk Kembangkan Perniagaan

Jenama gaya hidup tempatan Oxwhite telah mengumumkan akan bekerjasama dengan Mamee dan The Alley bagi meningkatkan lagi pegangan dalam pasaran. Kolaborasi ini akan melibatkan inisiatif penjenamaan bersama dan membangunkan inovasi produk baru di dalam industri pakaian dan makanan & minuman.

Pengasas Oxwhite CK Chang berkata “Hari ini kami telah mempunyai pelanggan seramai 155,000 orang dengan pembelian berulang lebih daripada 40%. Kami berharap ia akan terus berkembang lagi dan mendapatkan lebih ramai pelanggan baru dengan kerjasama bersama-sama dengan Mamee dan The Alley”.

Pengasas Oxwhite CK Chang

Menerusi kerjasa dengan Mamee, Oxwhite diberi hak untuk menggunakan warna biru, merah jambu dan merah yang digunakan oleh ikon Mamee Monster. Sebanyak 900 helai t-shirt edisi terhad akan dijual di laman web Oxwhite dan secara eksklusif di Shopee bermula 12 Disember 2020.

Manakala menerusi kolaborasi dengan The Alley pula, ia akan menghasilkan minuman baru yang dikenali sebagai “Teh Oxwhite”. Minuman ini boleh didapati di kesemua cawangan The Alley bermula 25 November 2020. Peminat Oxwhite dan The Alley akan dapat topeng muka Oxwhite dan baucar bernilai RM10 secara percuma apabila mereka membeli minuman ini dengan harga RM8.90.

Nostalgia Bersama-Sama Dengan Mamee

70% daripada pelanggan Oxwhite terdiri daripada mereka yang berumur di antara 25 ke 40 tahun. Sasaran pelanggan baru diharap dapat dicapai melalui kerjasama dengan Mamee, kerana ianya merupakan jenama tempatan yang popular sejak dari tahun 1970-an lagi dengan kemunculan watak Mamee Monster. Ini boleh dicapai dengan menghasilkan t-shirt dengan Mamee menerusi rekabentuk yang nostalgik.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Mamee, Pierre Pang

Pengarah Eksekutif Kumpulan Mamee, Pierre Pang berkata mereka yang membesar dengan Mamee kini berusia di antara 25 ke 35 tahun. Mereka ini tertarik dengan iklan Mamee Monster dan sangat sukakan snek Mamee bersama-sama ahli keluarga dan sahabat handai. Dengan adanya merchandise dari Mamee ini, ianya diharapkan dapat mengimbau memori zaman mereka kecil dahulu.

Mamee juga berharap agar kolaborasi ini dapat mengukuhkan jenama mereka di kalangan rakyat Malaysia, terutamanya generasi baru.

Menarik Pelanggan Baru Dengan Kegilaan Teh Boba

Oxwhite juga berharap agar dapat menarik golongan muda dengan kolaborasi bersama-sama dengan The Alley ini. Rakyat Malaysia yang berumur 16 ke 35 tahun sangat gemarkan teh Boba.

CEO The Alley Ng Zhen Wei

Menurut CEO The Alley iaitu Ng Zhen Wei, ia mampu mencapai pelanggan baru dan keluar daripada industri makanan & minuman dan menjadi jenama gaya hidup.

Memang luarbiasa sungguh kolaborasi di antara Oxwhite, Mamee dan The Alley ini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.