Perkhidmatan Pengurusan Pelaburan Digital Mungkin Cara Yang Ideal Untuk Rakyat Malaysia Melabur

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu berikutan pandemik wabak Covid-19, serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelbagai persoalan timbul mengenai topik pelaburan di kalangan rakyat Malaysia. Pada tahun 2018, Bank Negara Malaysia juga melaporkan bahawa hutang negara kini mencecah RM1.18 trilion. Malah, menerusi laporan terbaru, ia menunjukkan isi rumah di Malaysia menjadi yang ketiga paling ramai berhutang di dunia, selepas Korea Selatan dan UK.

Dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu, ini telah menunjukkan peningkatan yang ketara bagi perkhidmatan Pengurusan Pelaburan Digital atau Digital Investment Management (DIM) services, yang menggabungkan teknologi inovatif ke dalam pilihan perkhidmatan pengurusan pelaburan yang bertujuan untuk menyediakan saluran yang lebih mudah, berpatutan dan boleh diakses dalam menguruskan dan mengembangkan harta kekayaan.

Rakyat Malaysia akan mendapati perkhidmatan DIM sangat berguna kerana ianya selamat dan mudah untuk digunakan, walaupun untuk seorang yang baru bermula. Sebagai contoh, MYTHEO telah dibangunkan untuk menjadi perkhidmatan yang berorientasikan pengguna, di mana pengguna boleh menggunakannya dengan komitmen minimum serendah RM100.

Kelebihan terbesar MYTHEO adalah tidak akan ada sekatan atau menahan kos buat pelabur berbanding dengan pilihan pelaburan lain. Seseorang boleh melabur dengan mudah dan menebus serta-merta, dan dana akan dikreditkan ke dalam akaun mereka dalam tempoh 7 hari bekerja – di mana semua ini berlaku dalam talian dan bebas dari kesulitan.

Ianya baik bagi memulakan pelaburan awal bagi mempersiapkan diri menempuh hari-hari sukar dan ketidaktentuan, dengan peristiwa yang tidak dapat diramalkan berlaku seperti pendemik COVID-19. Di akhirnya, pengguna akan memenuhi objektif kewangan dengan menikmati hasil kepentingan pengkompaunan, memiliki dana untuk kecemasan serta ketidaksabaran dan semestinya, berharap untuk menikmati persaraan awal.

Dengan perlaburan ansuran menerusi pelan deposit bulanan tetap menerusi penarafan kos dolar, MYTHEO membantu membina kekayaan pelabur seperti seorang professional dengan menggunakan algoritma pelaburan dengan mempelbagaikan pelaburan secara global dan mengotomatisasi pengimbangan semula portfolio sepenuhnya.

Baru-baru ini, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBMKLCI) turun sebanyak 18% manakala S&P 500 dan Dow Jones Industrial Average (DJIA) masing-masing merosot sebanyak 30% dalam prestasi tahun ini sehingga hari ini (YTD); kini lebih jelas daripada sebelumnya bahawa sekarang adalah masa terbaik untuk memulakan pelaburan awal. Mungkin terdapat banyak keraguan dan ketakutan di pasaran, begitu jua dengan peluang. Walau bagaimanapun, satu kesilapan yang sering dilakukan oleh pelabur-pelabur adalah taruhan dan membuat jangkaan pasaran. Sebaliknya, mereka harus mengsetkan minda terhadap strategi pelaburan jangka panjang dan mempelbagaikan amalan.

GAX MD adalah syarikat fintech Malaysia pertama memenangi anugerah perkhidmatan pelaburan digital yang digelar MYTHEO, yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. MYTHEO telah mengambil inisiatif ini untuk menggalakkan, membolehkan dan memperkasakan rakyat, tanpa mengira etnik dan tahap pendapatan, melabur untuk hari esok yang lebih baik.

Satu kaji selidik baru-baru ini mendapati bahawa satu daripada tiga rakyat Malaysia tidak mempunyai celik kewangan atau tidak melaburkan wang mereka. Dengan kenaikan harga barangan harian dan ekonomi yang tidak menentu, meletakkan rakyat Malaysia, terutama golongan milenial berusia 25 hingga 35 tahun dalam kedudukan tidak berdaya, lebih-lebih lagi dalam soal melabur.

“Matlamat MYTHEO sebagai perkhidmatan DIM adalah untuk merapatkan jurang dengan mempromosikan celik kewangan dan keterangkuman di kalangan rakyat Malaysia, terima kasih kepada kemampuan dan proses onboarding yang mesra pengguna. Perkhidmatan ini boleh diakses dengan mudah di mana sahaja dan bila-bila masa kerana ia menjimatkan kos seperti gaji penasihat kewangan atau penyelenggaraan pejabat fizikal, dan semestinya dapat mengurangkan keperluan pelaburan minimum di samping mengenakan bayaran yang lebih rendah. Ianya juga dapat menghapuskan prejudis manusia dan mengambil pilihan pelaburan rasional dengan menggunakan algoritma untuk memperuntukkan, mengurus dan mengoptimumkan aset pelangan secara automatik.” kata Ronnie Tan, Ketua Pegawai Eksekutif GAX MD, pemilik MYTHEO, sebuah perkhidmatan DIM Malaysia.

Beliau berkata, “Secara ringkasnya, MYTHEO menjalankan semua asas pelaburan untuk segmen besar untuk rakyat – sama ada pelajar, milenial, pekerja ekonomi bebas, pesara mahupun pelabur yang bijak mencari peluang untuk mengembangkan kekayaan mereka. Di Malaysia, kira-kira 29% penduduk negara yang berusia antara 22-40 tahun, adalah segmen yang paling kurang memiliki pengalaman dalam pelaburan. Walaupun dalam golongon yang menggunakan atau lebih menguasai teknologi, tidak menghairankan bahawa ramai dari golongan milenial ini mula beralih kepada penyelesaian pelaburan digital untuk mempelajari dan mengurus pelaburan,”

Teknologi inovatifnya menggunakan algoritma unik berdasarkan kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) dan strategi pelaburan yang baik untuk mewujudkan, mengekalkan dan mengoptimumkan portfolio pelaburan berdasarkan pendapatan pelabur, selera risiko, ufuk pelaburan. Pengguna juga akan mendapat ketenangan fikiran kerana aset yang dilaburkan selamat di bawah jagaan Malaysian Trustees Berhad. Dengan keselamatan dan kemudahan relatifnya, perkhidmatan DIM terbukti satu cara yang baik buat rakyat Malaysia mempelajari dan bermula melabur. Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama, dan dalam kes golongan milenial, perkhidmatan DIM mungkin langkah pertama yang terbaik!

MYTHEO Tak Patuh Syariah

Sumber: MYTHEO

Harus diingatkan bahawa pelaburan di MYTHEO adalah belum patuh syariah ya. Tapi kita boleh lihat kepada trend yang beralih ke pelaburan robo-advisor seperti ini yang semakin popular di kalangan pelabur.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.