SC Menamakan Barisan Majlis Penasihat Syariah Baharu

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan barisan baharu Majlis Penasihat Syariah (MPS) yang akan berkhidmat bagi tempoh tiga tahun bermula 1 Julai 2020, sebagaimana yang telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Seksyen 31ZK Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 (SCMA).Ahli-ahli SAC tersebut termasuk dua lantikan baharu iaitu Prof Dato’ Dr Mohd Azmi Omar dan Dr Zaharuddin Abdul Rahman.

SAC ditubuhkan pada 1996 untuk memastikan pembangunan pasaran modal Islam mematuhi prinsip-prinsip Syariah. Di bawah SCMA, SAC diberi kuasa untuk menasihati SC mengenai hal-hal yang berkaitan dengan perniagaan atau transaksi pasaran modal Islam. Badan ini juga merupakan pihak berkuasa terpusat yang bertanggungjawab untuk menetapkan pemakaian prinsip-prinsip Syariah dalam pasaran modal Islam.

Senarai lengkap sembilan ahli MPS adalah seperti berikut:

  1. Datuk Dr Mohd Daud Bakar, Pengerusi Eksekutif Amanie Group
  2. Prof Madya Aznan Hasan, Institut Perbankan dan Kewangan Islam UIAM (IIiBF)
  3. Dr Shamsiah Mohamad, Bekas Penyelidik Kanan, International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA)
  4. Prof Dr Engku Rabiah Adawiah Engku Ali, Institut Perbankan dan Kewangan Islam UIAM (IIiBF)
  5. Prof Dr Ashraf Md. Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif, ISRA International Consulting Sdn Bhd
  6. Prof Dr Asmadi Mohamed Naim, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia
  7. Prof Madya Dr Mohamed Fairooz Abdul Khir, Fakulti Undang-Undang dan Syariah, Universiti Islam Malaysia (UIM)
  8. Prof Dato’ Dr Mohd Azmi Omar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, International Center for Education in Islamic Finance (INCEIF)
  9. Dr Zaharuddin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif, Elzar Shariah Solutions and Advisory Sdn Bhd

“Kepakaran dan pengalaman ahli-ahli MPS ini akan dapat meningkatkan lagi kedudukan Malaysia sebagai peneraju pasaran modal Islam. Keputusan yang dibuat oleh SAC juga memberikan lebih kejelasan, ketekalan dan keyakinan kepada semua pihak berkepentingan dalam pasaran modal Islam di Malaysia, yang seterusnya akan memudahcarakan usaha-usaha pembangunan oleh para pengamal pasaran,” menurut Pengerusi SC, Datuk Syed Zaid Albar.

“Fungsi kritikal ini akan menyokong lebih banyak inovasi dan inisiatif pengantarabangsaan pasaran, serta kemampanan dan pengembangan produk dan perkhidmatan kita. Kami mengalu-alukan sumbangan berharga daripada ahli-ahli MPS dalam usaha kita untuk mencapai aspirasi tertinggi kami,” tambah beliau.

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Senarai Majlis Panel Penasihat Syariah Yang Sebelum Ini (1 Julai 2017 – 30 Jun 2020)

Kalau nak tahu senarai ahli majlis penasihat syariah SC bagi tempoh 3 tahun sebelum ini, boleh rujuk di atas. Setiap 3 tahun sekali akan ada barisan baru yang akan dilantik.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.