Standard Chartered dan Huawei Jalin Kerjasama Bangunkan Penyelesaian Internet Komunikasi Benda Luaskan Peminjaman Ekosistem

SHANGHAI, 18 Oktober 2018 /PRNewswire/ — Standard Chartered dan Huawei telah mengumumkan bahawa mereka sedang membangunkan penyelesaian dikuasakan Internet Komunikasi Benda (IoT) yang dapat merevolusikan cara syarikat-syarikat korporat berkomunikasi dengan bank-bank bagi tujuan pembiayaan mahupun pembayaran. Syarikat-syarikat korporat tidak perlu lagi memulakan transaksi ini secara manual melalui arahan daripada kertas atau secara emel kerana sistem-sistem korporat dan bank akan berupaya untuk berkomunikasi antara satu sama lain pada waktu nyata, menghasilkan arahan pembiayaan atau pembayaran melalui Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API)

Penyelesaian ini, diperkenalkan semasa Huawei Connect 2018 di Shanghai minggu lalu, menggabungkan keupayaan IoT dan awan agar bank akan berupaya mengesan pergerakan barangan pada waktu nyata, mengurangkan risiko pengendalian dan menyediakan data andal yang dapat digunakan dalam keputusan pembiayaan. Ketersediaan data waktu nyata membolehkan pemprosesan lancar untuk kelas senarai tindakan yang lebih luas dan dapat mengurangkan dengan ketara masa pusingan, membuka peluang terhadap rangkaian penyelesaian pembiayaan yang lebih luas kepada pengeluar dan pengedar mereka.

Penyelesaian IoT ini menggunakan OceanConnect Huawei, satu platform terbuka yang dibangunkan melalui teknologi IoT, pengkomputeran awan dan Data Raya. Dengan keupayaan pengurusan peranti IoT seragam berasaskan awan sebagai terasnya, ia dihubungkan dengan peranti terhubung dan mengumpul data waktu nyata melalui beberapa ejen sambil menyediakan API terbuka mesra pengguna kepada pembangun aplikasi untuk mereka bentuk dan mengaturkan proses perniagaan.

Mengulas tentang perkongsian bersama Huawei, Dr Michael Gorriz, Ketua Pegawai Maklumat Kumpulan Standard Chartered berkata: “Kami komited untuk menyediakan penyelesaian kewangan kepada pelanggan kami melalui jejak kami yang pelbagai dan kepada perniagaan bank dalam semua saiz. Teknologi dapat mengubah cara asas kita melakukan urusan perbankan. Kami mendapati Huawei sebagai rakan kongsi mantap yang berkongsi minat yang sama dengan kami untuk mengubah cara kami menyokong pelanggan kami dan menjadikan perbankan lancar serta mudah buat mereka melalui aplikasi teknologi Internet Komunikasi Benda termaju. Kami berharap dapat merintis penyelesaian ini bersama pelanggan dan bekerjasama dengan Huawei serta rakan-rakan kongsi teknologi lain untuk meneroka senarai tindakan baharu.”

Qiu Lei, Naib Presiden Pemasaran dan Jualan Penyelesaian Produk Huawei Enterprise Business Group berkata: “Menjadi misi Huawei untuk membantu mencipta dunia pintar yang terhubung sepenuhnya memandangkan semakin banyak industri menerima pakai IoT dan memulakan perjalanan transformasi digital mereka. Dalam menghadapi cabaran menerusi perjalanan ini, teknologi seringkali hanyalah sebahagian daripada penyelesaian. Keazaman dan visi adalah sama penting. Kami bekerjasama dengan Standard Chartered atas keazaman mereka yang kuat dan visi hebat daripada eselon teratas dalam syarikat untuk menyokong pelanggan mereka apabila melibatkan transformasi digital.”

Standard Chartered telah bekerjasama secara aktif dengan syarikat-syarikat teknologi untuk bersama-sama membangunkan penyelesaian bagi menambah baik pengalaman pelanggan dan meningkatkan kecekapan. Awal tahun ini, Standard Chartered menubuhkan SC Ventures, satu unit perniagaan untuk memangkinkan usaha sama dan inovasi, melabur dalam teknologi kewangan dan menubuhkan usaha niaga disruptif. SC Studios, di Silicon Valley, membolehkan mereka berhubung dengan teknologi terkini, syarikat-syarikat teknologi, teknologi kewangan dan komuniti pelabur.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.huawei.com/en/press-events/news/2018/10/standard-chartered-huawei-partner dan https://e.huawei.com/en/solutions/industries/finance/

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.