15 Attitude (Sikap) Orang Yang Berjaya

Menjadi orang yang berjaya bukanlah semata-mata kerana usaha. Perkara paling penting dalam kejayaan adalah Attitude.

Sekiranya dilihat kepada formula attitude iaitu A+T+T+I+T+U+D+E = 100%.

Jika digabungkan perkataan lain, tidak mungkin nilainya 100% seperti perkataan attitude. Ia bukan sahaja kebetulan, tetapi itulah formula semula jadi yang menjadikan attitude seseorang mempengaruhi kejayaan mereka.

Attitude bermaksud sikap, sifat, perangai atau tindakan anda adalah perkara pertama yang menentukan kejayaan. Kenapa usaha dan tawakal tidak menjadi perkara utama dalam mencapai kejayaan?

Ya, semestinya usaha dan tawakal adalah penting, tetapi tanpa attitude yang betul, tidak mungkin anda akan berjaya.

Lain orang lain attitudenya, sama ada mampu memberikan 100% komitmen atau tidak, bersedia atau takut, cepat bangga diri atau rendah diri, semuanya bakal mempengaruhi kejayaan anda. Jom lihat 15 attitude orang yang berjaya!

1. Buat Planning Dan Perancangan

Orang yang gagal adalah mereka yang gagal untuk merancang. Oleh itu, buatlah perancangan yang sempurna untuk jangka masa pendek dan panjang. Pastikan perancangan disertai dengan tindakan.

2. Jangan Bertangguh. Do It Now!

Attitude orang yang berjaya adalah jangan bertangguh, kalau patut buat sekarang, buat segera! Sikap suka bertangguh akan menyusahkan urusan anda kerana tak berjaya mencapai potensi diri.

3. Jangan Assume

Dah banyak kenalan bisnes saya yang kehilangan banyak projek akibat cepat sangat berburuk sangka yang orang tak berminat dengannya. Sedangkan mudah sahaja kalau mereka follow up atau berterus terang. Jangan sesekali assume dalam perniagaan!

4. Beri Peluang Kepada Diri Sendiri Dan Semua

Beri peluang kepada diri sendiri, anda mampu melakukannya. Jangan terlalu duduk dalam ruang yang selesa, sampai bila-bila pun takkan pergi jauh. Percaya diri sendiri dan terima peluang yang mendatang. Itulah attitude orang yang berjaya!

5. Berani Bertindak

Tindakan adalah perkara penting untuk menempah tiket kejayaan. Tanpa keberanian untuk bertindak, anda takkan ke mana-mana. Jangan takut, buat sahaja. Jika salah atau silap, itulah masanya untuk anda belajar dan menjadi lebih berjaya.

6. Sentiasa Positif

Positif merupakan sikap terbaik bagi mereka yang berjaya. Sentiasa berfikiran positif akan meletakkan kita berbeza dengan orang lain. Kita takkan mudah jatuh dan berputus asa.

7. Inovatif Dan Kreatif

Sentiasalah berfikir di luar kotak untuk menjadi seorang yang lebih unik, inovatif dan kreatif. Dengan idea yang mencurah-curah dan tak pernah dibuat orang, pasti anda akan menjadi luar biasa.

8. Satu Hari, Satu Ilmu

Satu hari wajib belajar atau mendapatkan ilmu yang lain pula. Apabila kita selalu upgrade ilmu kita, nilai diri akan lebih bernilai. Setiap pekerjaan kita lakukan akan menjadi lebih baik daripada selalu.

9. Semangat Dan Tekad

Kuatkan semangat dan tekad untuk terus melakukan apa yang anda minat.  Anda takkan mengalah jika mempunyai pendirian diri dan semangat yang tekad. Dengan itu, tak mudah untuk anda berputus asa.

10. Jangan Sesekali Putus Asa

Jangan sesekali berputus asa biarpun dugaan dan cabaran tidak henti-henti mendatang. Dugaan adalah proses untuk anda menempuh kejayaan yang lebih baik. Ambillah setiap cabaran sebagai proses pembelajaran.

11. Nilai Tahap Nilai Diri

Sesekali buatlah review terhadap nilai diri sendiri. Apa yang kurang dan perlu baiki, wajib anda laksanakan. Jika tidak melakukan penilaian terhadap diri sendiri, berkemungkinan besar anda tidak tahu dimana kesalahan dan perkara untuk tambah baik diri anda.

12. Tambah Nilai Diri

Apabila sudah upgrade ilmu, itu bermakna anda sudah upgrade nilai diri anda. Tambah nilai diri dengan pelbagai perkara seperti ilmu, motivasi, bakat dan lain-lain lagi. Anda takkan bosan dengan diri anda yang sama lagi.

13. Bina Networking

Networking adalah perkara penting dalam setiap perniagaan dan urusan kehidupan sekiranya ingin menjadi seorang yang berjaya. Kadang-kala, networkinglah yang menjadikan anda seorang yang berjaya atau tidak. Networking memberikan peluang kepada anda untuk bersama-sama dengan mereka yang ingin berjaya juga.

14. Rendah Diri (Humble)

Attitude orang yang berjaya tetapi amat sukar kita lihat adalah rendah diri (humble).  Ramai orang berjaya yang bersikap rendah diri, tetapi kebanyakkannya tidak terlihat. Mereka mungkin menunjukkan kejayaan mereka, tetapi itu tidak bermaksud mereka sombong dan tidak rendah diri.

15. Melabur

Invest atau melabur adalah attitude orang yang berjaya.

Mereka melihat potensi pelaburan dan menjadikannya sebagai medium untuk mereka membina aset. Attitude orang berjaya ini perlu ada pada setiap orang, tambah-tambah lagi jika anda betul-betul ingin membina kekayaan.

Itulah dia 15 attitude orang berjaya ramai tak tahu. Sebenarnya, attitude ini mencerminkan peribadi anda juga. Jangan takut untuk buat perubahan yang lebih baik kepada diri anda. Pasti kejayaan akan menyusul kelak!

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Kita Bajet Insurans, Tapi Lupa Bajet Check-up

Hampir setiap ketua keluarga mempunyai bajet yang cukup terperinci untuk perlindungan kesihatan samada menerusi insurans atau takaful.

Di Majalah Labur, kami percaya ramai pembaca setia kami rata-rata bersetuju yang sejumlah 5% – 15% dari gaji bulanan adalah amaun yang cukup sihat untuk perlindungan kesihatan.

Akan tetapi, ada satu perkara yang sering tidak mempunyai bajet khusus: pemeriksaan kesihatan berkala.

Kita lebih mudah menyediakan RM200 untuk membaiki sesuatu selepas rosak berbanding memperuntukkan sejumlah wang untuk memastikan masalah itu dapat dikenal pasti lebih awal.

Baca : 5 Perkara Medical Card Boleh Bantu Yang Tak Ramai Orang Tahu!

Dalam kewangan peribadi, cara berfikir seperti ini mungkin kelihatan kecil. Tetapi apabila melibatkan kesihatan, penangguhan boleh membawa kepada keadaan yang memerlukan lebih banyak masa, rawatan dan perbelanjaan.

Sebab itu preventive healthcare wajar dilihat sebagai sebahagian daripada perancangan kewangan keluarga, bukan sekadar perbelanjaan tambahan.

Ada bajet insurans. Bagaimana dengan bajet kesihatan?

Insurans atau takaful penting untuk melindungi kewangan apabila berlaku keadaan yang memerlukan rawatan atau kemasukan ke hospital.

Tetapi perlindungan kewangan tidak semestinya bermaksud kita tidak perlu menyediakan bajet untuk penjagaan kesihatan rutin.

Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan untuk mengenal pasti faktor risiko, memberi nasihat pengurusan risiko dan membuat rujukan lanjut jika diperlukan.

pemeriksaan kesihatan

Pada asasnya, terdapat perbezaan antara:

“Saya mempunyai perlindungan jika sesuatu berlaku”

dengan

“Saya memperuntukkan wang untuk mengetahui keadaan kesihatan saya secara berkala.”

Kedua-duanya memainkan peranan yang berbeza dalam perancangan kewangan kesihatan.

Kesilapan ibu bapa : tunggu anak sakit baru bawa berjumpa doktor gigi

Perkara ini lebih mudah berlaku dalam kalangan ibu bapa. Anak tidak mengadu sakit, jadi pemeriksaan ditangguhkan. Gigi susu pula dianggap tidak begitu penting kerana akhirnya akan tanggal.

Apabila sakit mula berlaku, barulah ibu bapa mencari rawatan. Masalahnya, ketiadaan sakit tidak semestinya bermaksud tiada masalah.

Masalah ini yang cuba diketengahkan oleh Dr. A’tikah U’zed (Doktor Gigi di Klinik Pergigian Aesira) yang melihat ada keperluan untuk ibu bapa di Malaysia mengkhususkan wang untuk rawatan gigi anak mereka atau mereka sendiri!

pemeriksaan kesihatan gigi

Penegasan ini nampak ada intinya selepas kami melihat bahawa data National Oral Health Survey of Adults (NOHSA) 2020 menunjukkan ;

“Prevalens karies dalam kalangan rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas ialah 85.1%, manakala dalam kumpulan umur 15–19 tahun pun prevalensnya masih 51.7%. Dalam kalangan orang dewasa yang mempunyai gigi, 40.7% mempunyai keperluan rawatan restoratif, 28.9% keperluan cabutan dan 4.5% keperluan rawatan endodontik.”

Masalah gusi juga tidak semestinya bermula dengan kesakitan.

NOHSA 2020 mendapati hanya 5.1% populasi bergigi mempunyai periodontium yang sihat, sementara 38.2% mempunyai periodontitis. KKM turut menerangkan bahawa penyakit periodontal boleh tidak disedari kerana pada peringkat awal ia boleh berlaku tanpa sakit.

Ini menjadikan pemeriksaan berkala satu perkara yang relevan bukan sahaja kepada kesihatan, tetapi juga kepada cara keluarga merancang perbelanjaan.

Kos rawatan gigi sebenarnya boleh dilihat sebagai kos tahunan

BilRawatanAnggaran kosKekerapan /Perspektif
1Konsultasi & pemeriksaan gigiRM30–RM1006–12 bulan / mengikut risikoKos asas untuk mengetahui keadaan gigi sebelum membuat keputusan rawatan
2X-ray gigi kecil (periapikal/bitewing)RM30–RM80Jika diperlukan doktorMembantu melihat masalah yang tidak jelas melalui pemeriksaan biasa
3X-ray panoramic (OPG)RM80–RM200Jika diperlukanBiasanya untuk penilaian keseluruhan rahang, gigi bongsu atau perancangan tertentu
4Scaling & polishingRM80–RM250Mengikut keadaan gigi/gusiPenjagaan berkala yang boleh dimasukkan dalam bajet pergigian tahunan
5Rawatan fluoridaRM50–RM120Berdasarkan risiko, terutama kanak-kanakPreventive care yang boleh dirancang lebih awal
6Fissure sealant±RM50–RM100/gigiTerutama gigi tertentu kanak-kanakPerbelanjaan pencegahan yang dibuat berdasarkan penilaian doktor
7Tampalan gigiRM80–RM300/gigiApabila terdapat kariesContoh kos rawatan yang mungkin timbul selepas pemeriksaan
8Cabutan gigi biasaRM80–RM300/gigiJika gigi tidak dapat dikekalkan / perlu dicabutKos meningkat berbanding penjagaan rutin apabila masalah memerlukan prosedur
9Rawatan saluran akar (root canal)±RM600–RM2,000/gigiUntuk gigi dengan masalah pulpa tertentuContoh bagaimana rawatan boleh menjadi lebih kompleks dan memerlukan bajet lebih besar
10Pembedahan gigi bongsu±RM800–RM2,500/gigiJika impaksi/kerumitan memerlukan pembedahanContoh kos prosedur yang lebih besar dan sukar dirancang sebagai perbelanjaan rutin

Semak : Senarai Harga Rawatan Gigi Terkini

Daripada melihat pergigian sebagai:

“Berapa saya perlu bayar apabila gigi sakit?”

lebih baik keluarga melihatnya sebagai:

“Berapa bajet saya perlu sediakan setiap tahun untuk penjagaan gigi?”

Ini tidak bermaksud seseorang perlu menjalani rawatan setiap tahun.

Sebaliknya, bajet tersebut boleh merangkumi pemeriksaan, penjagaan pencegahan dan rawatan yang diperlukan berdasarkan penilaian doktor gigi.

Kekerapan pemeriksaan pula bukan satu angka yang wajib sama untuk semua orang. Sesetengah individu mungkin memerlukan pemeriksaan lebih kerap berdasarkan risiko karies, keadaan gusi, sejarah rawatan dan faktor kesihatan lain.

Matlamatnya ialah tidak menunggu sehingga keadaan menjadi kecemasan sebelum mula merancang.

Contohnya, gigi jarang bukan semata-mata soal kosmetik

Ambil contoh diastema, atau gigi jarang.

Menurut Dr. A’tikah U’zied, diastema ialah ruang antara dua gigi yang paling kerap dilihat pada gigi hadapan atas.

Ia boleh berkait dengan saiz gigi berbanding rahang, faktor struktur semula jadi atau tabiat tertentu. Antara perkara yang boleh diperhatikan ialah ruang yang jelas antara gigi atau ruang yang semakin melebar.

Tidak semua diastema memerlukan rawatan.

Baca : Mencari Medical Card Terbaik? Tipu Semua Tu. Fahamkan 5 Perkara Ini

Tetapi apabila ibu bapa atau individu menyedari perubahan pada kedudukan atau jarak gigi, pemeriksaan memberikan peluang untuk menentukan sama ada ia sekadar variasi normal atau sesuatu yang memerlukan pemantauan atau rawatan.

Inilah konsep financial planning yang sering terlepas pandang.

Pemeriksaan bukan bermaksud kita sudah bersetuju untuk menjalani rawatan.

Pemeriksaan bermaksud kita mendapatkan maklumat terlebih dahulu.

Dengan maklumat itu, keluarga boleh membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan, bila ia perlu dilakukan dan bagaimana perbelanjaannya boleh dirancang.

Jadi, enam bulan atau setahun sekali?

Jawapannya bergantung kepada individu.

Jadual pemeriksaan gigi sepatutnya mengambil kira keadaan gigi dan gusi, tahap risiko, umur, sejarah rawatan serta penilaian doktor gigi.

Bagi sesetengah orang, pemeriksaan enam bulan sekali mungkin sesuai. Bagi yang lain, doktor mungkin mencadangkan sela masa yang berbeza.

Yang penting ialah jangan menjadikan “tidak sakit” sebagai satu-satunya ukuran untuk menentukan sama ada pemeriksaan diperlukan.

Konsep yang sama digunakan dalam kesihatan secara umum. KKM menerangkan bahawa saringan kesihatan bertujuan membantu mengenal pasti faktor risiko dan penyakit lebih awal supaya pengurusan dapat dimulakan.

Bagaimana keluarga boleh masukkan kesihatan dalam financial planning?

Satu pendekatan mudah ialah membahagikan perancangan kepada beberapa lapisan:

Pertama, perlindungan.
Insurans atau takaful untuk risiko kesihatan yang besar, mengikut kemampuan dan keperluan keluarga.

Kedua, dana kecemasan.
Simpanan tunai untuk perbelanjaan kesihatan atau kecemasan yang tidak dirancang.

Ketiga, preventive healthcare.
Bajet tahunan untuk pemeriksaan dan saringan yang bersesuaian dengan umur serta faktor risiko.

Keempat, penjagaan rutin.
Termasuk pergigian dan keperluan kesihatan lain yang boleh dijangka.

Dengan cara ini, kesihatan tidak hanya muncul dalam bajet apabila sesuatu sudah berlaku.

Baca : Permintaan Sektor Penjagaan Kesihatan Diunjur Meningkat Bagi Jangka Panjang

Kesihatan juga perlukan bajet sebelum ia menjadi kecemasan

Financial planning yang baik bukan sekadar mempunyai wang apabila berlaku masalah.

Ia juga tentang mengetahui perbelanjaan yang boleh dijangka, menyediakan ruang untuk penjagaan berkala dan membuat keputusan berdasarkan maklumat sebelum keadaan menjadi mendesak.

pemeriksaan kesihatan

Pemeriksaan kesihatan tidak menjamin seseorang akan terlepas daripada penyakit atau rawatan mahal. Begitu juga pemeriksaan gigi tidak menjamin seseorang tidak akan memerlukan prosedur kompleks pada masa hadapan.

Namun, pemeriksaan memberikan sesuatu yang penting dalam perancangan kewangan:

maklumat lebih awal.

Dan maklumat lebih awal memberikan keluarga peluang untuk membuat keputusan dengan lebih tenang, sama ada perlu merawat sekarang, memantau dahulu atau menyediakan bajet untuk rawatan pada masa akan datang.

Jadi, apabila menyediakan bajet keluarga untuk tahun hadapan, jangan hanya tanya:

“Berapa saya perlu simpan kalau saya jatuh sakit?”

Tanya juga:

“Berapa yang saya sanggup peruntukkan untuk mengetahui keadaan kesihatan saya sebelum ia menjadi kecemasan?”

Kerana dalam pengurusan kewangan kesihatan, bil rawatan bukan satu-satunya kos yang perlu difikirkan.

Masa, ketidakselesaan, kehilangan produktiviti dan keputusan yang dibuat ketika keadaan sudah mendesak juga mempunyai nilai.

Preventive healthcare bukan tentang berbelanja sebanyak mungkin untuk kesihatan.

Ia tentang merancang supaya kesihatan tidak menjadi kejutan kewangan kepada keluarga.

Artikel ini bertujuan memberikan maklumat umum dan bukan pengganti nasihat doktor atau doktor gigi. Keperluan pemeriksaan, saringan dan rawatan berbeza mengikut keadaan individu.