3 Nasihat Ray Dalio, Pengerusi Hedge Fund Terbesar Dunia Kepada Pelabur Baru

Pasaran saham merupakan sistem kapitalis yang sangat berjaya pada hari ini. Ia merupakan lubuk bagi mereka yang mempunyai ilmu dan cara yang betul untuk membuat duit di dalam pasaran tersebut.

Ray Dalio merupakan seorang yang tidak asing lagi dalam pasaran saham terutamanya dalam Wall Street. Beliau mengasaskan syarikat Bridge Water Association hanya dari bilik tidur apartmennya pada tahun 1975.

Kini syarikat Bridge Water Association dibawah pengurusannya merupakan salah sebuah hedge fund terbesar di dunia yang menguruskan dana pelaburan sebanyak $160 bilion.

Pada tahun lepas sahaja, beliau telah menduduki ranking pertama sebagai ketua hedge fund yang paling banyak memberi pulangan kewangan kepada pelanggan syarikat beliau iaitu sebanyak $50 billion. Ia merupakan yang terbesar dalam sejarah hedge fund dunia.

Beliau telah memberikan beberapa tips dan nasihat bagi pelabur yang ingin berjaya sepertinya di dalam dunia pelaburan, terutamanya bagi pelabur yang baru nak berkecimpung dalam dunia ini.

1. Mempelbagaikan (Diversify) Portfolio

Pertama adalah diversify yang bermaksud kita melabur dalam pelbagai portfolio bukan sahaja dalam pasaran saham. Kita perlu melabur dalam pelbagai portfolio kerana kita tidak tahu atau tidak dapat menjangka yang manakah portfolio yang akan memberi kita keuntungan bagi masa hadapan.

Portfolio yang dimaksudkan adalah seperti pasaran saham, bon atau sukuk, komoditi dan juga hartanah. Beliau juga memberi cadangan portfolio yang perlu diberi perhatian iaitu sebanyak 30% untuk pasaran saham, 40% untuk bon jangka masa panjang, 15% untuk bon jangka masa sederhana 7.5% untuk emas dan 7.5% untuk komoditi.

Pelabur lagenda yang terkenal di seluruh dunia iaitu Warren Buffett juga bersetuju dengan teknik diversify. Beliau menggunakan teknik ini untuk beberapa syarikat yang dimilikinya dan terkenal dengan falsafah Don’t Put All Your Eggs In One Basket.

Ini bermaksud kita tidak boleh meletakkan semua duit kita ke dalam satu syarikat sahaja, kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada syarikat tersebut. Value Investor juga mengamalkan konsep ini yang mana beliau sanggup menunggu untuk tempoh yang lama bagi beberapa buah syarikat yang dirasakannya sangat bernilai untuk dibeli dengan harga diskaun.

2. Risiko Yang Sanggup Dihadapi

Nasihat kedua pula, kita perlu tahu berapa banyak duit yang kita sanggup hilang semasa menjalani proses pelaburan. Ini kerana kita tidak mampu untuk menjangkakan apa yang akan terjadi pada masa hadapan.

Untuk melabur dengan serius, kita perlu membuat perancangan yang lebih teperinci. Di antara perkara yang dilakukan oleh Ray Dalio ketika permulaan sebelum nak melabur, adalah dengan membuat simpanan selama 6 bulan. Beliau telah membuat simpanan ini sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku benda yang tidak diingini dalam pasaran saham sepanjang tempoh tersebut.

Setelah berjaya mengumpulkan simpanan sebanyak itu, Ray kemudiannya meningkatkan lagi simpanan untuk beberapa tahun bagi mendisiplinkan diri sebagai seorang pelabur.

3. Pasaran Saham Bergerak Mengikut Kitaran

Nasihat ketiga Ray Dalio, adalah kita perlu faham tentang kitaran yang berlaku di dalam pasaran saham. Menurut beliau, setiap pelabur mesti belajar daripada sejarah kitaran pasaran saham. Kebiasaannya pasaran saham akan mengalami turun naik dalam tempoh 10 tahun.

Menurutnya lagi, seorang pelabur perlu mengetahui pada waktu yang manakah sesuai untuk kita membeli dan waktu yang sesuai untuk kita menjual. Kita mesti tahu waktu tersebut, kerana kita boleh buat sejumlah duit yang banyak.

Dengan mengetahui waktu tersebut juga, para pelabur dapat mengelakkan daripada rugi yang besar dan hilang peluang untuk menambah kekayaan.

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Ray Dalio, jemput baca Sejarah Penubuhan Hedge Fund Terbesar Di Dunia Oleh Ray Dalio.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.