Sistem e-Filing LHDN Yang Lebih Mudah Untuk Lapor Pendapatan

Setiap tahun bulan Mac sehingga April, mesti ramai yang sibuk isi e-Filing dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ketika tempoh kritikal inilah, kita terlupa kata laluan untuk akses laman web LHDN, terlupa resit letak mana, baru nak cari apa yang boleh claim dan apa yang tak boleh claim; dan bermacam-macam lagi.

Kredit Gambar: Facebook LHDNM

Bermula tahun 2021 ini juga, baru perasan bahawa LHDN ada laman web baru untuk membuat e-Filing yang dikenali sebagai ezHASiL.

Bila dah login, interface memang nampak clean. Dengan penggunaan warna yang cerah, tak rasa seram untuk ‘berdepan’ dengan Lembaga kali ini.

Dengan 5 langkah mudah, dah setel.


Bilangan Majikan – Kalau makan gaji dengan lebih dari satu majikan, contohnya 2 majikan, masukkan 2. Majoriti orang ada 1 majikan saja. Yang ada banyak ni biasanya dia Pengarah syarikat yang ada banyak syarikat.

Dah siap 5 langkah tersebut, kalau kena bayar boleh proceed menggunakan FPX.

Kalau terlebih bayar, tunggu refund daripada pihak LHDN.

Memang tak sangka pula laman web LHDN ini telah dinaik taraf. Maklumlah, guna pun setahun sekali saja. Itu pun password kena reset, baru boleh login.

Apa-apa pun, tahniah LHDN kerana maju selangkah ke hadapan.

Jom layari laman web baru untuk membuat e-Filing yang dikenali sebagai ezHASiL sebelum 30 April 2021.

Sumber: Laman Web LHDN

Baca juga Petua Untuk Dapat Bayaran Balik Cukai (Refund) Lebih Cepat

Previous ArticleNext Article

Kantoi Beli Kereta dan Aset Tetapi Tidak Lapor Pendapatan Yang Betul

Merujuk kepada kenyataan media rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) bertarikh 20 Jun 2026, agensi tersebut mendedahkan bahawa seramai 52,540 pembayar cukai telah tampil mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi tahun-tahun taksiran ke belakang.

Melalui pelaporan semula ini, jumlah keseluruhan pendapatan yang diisytiharkan adalah sebanyak RM4.07 bilion, dengan jumlah cukai kena dibayar mencecah RM1.009 bilion.

Persoalannya: Bagaimana LHDN boleh “hidu” golongan yang culas ni? Dah tak boleh lari ke sekarang?

Jawapannya ada pada e-Invois dan model analitik data milik HASiL.

3 “Lubang” Yang Berjaya Dikesan Sistem Baharu LHDN

Berdasarkan kenyataan media rasmi HASiL, mereka kini menggunakan analisis data e-invois. Hasilnya, mereka berjaya mengesan tiga corak utama “anomali” atau transaksi mencurigakan pembayar cukai:

  • 1. Transaksi Aktif Tapi Rekod Cukai Kosong: Sistem mengesan individu yang transaksi kewangannya sangat aktif, tetapi apabila disemak dengan profil cukai sedia ada, datanya langsung tidak sepadan.
  • 2. Beli Aset Mewah Melebihi RM100,000: Sesiapa yang membuat pembelian bernilai tinggi seperti kenderaan dan aset melebihi RM100k, automatik “lampu merah” akan menyala di sistem HASiL jika pelaporan pendapatan mereka sebelum ini mencurigakan.
  • 3. Buat Duit Melalui Ekonomi Digital: Aktiviti transaksi dalam talian (online) yang rancak tanpa pengisytiharan cukai yang sewajarnya juga kini berada dalam radar pemantauan rapat.

Kuasa Pendekatan “Nudging” (Cuitan Mesra)

Menariknya, 52,540 pembayar cukai ini bukanlah diseret terus ke mahkamah. HASiL menggunakan pendekatan “nudging” iaitu memberi teguran berasaskan bukti data, memberikan mereka peluang terakhir untuk tampil menyerah diri dan membetulkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi tahun sebelum ini secara sukarela sebelum tindakan tegas diambil.

Perkembangan Terkini e-Invois di Malaysia

Sejak pelaksanaan e-Invois bermula pada 1 Ogos 2024, sistem percukian negara telah mengalami anjakan digital yang sangat besar:

Statistik Utama Pelaksanaan e-InvoisAngka
Jumlah Pembayar Cukai Mengemukakan e-InvoisLebih 230,000 pembayar cukai
Jumlah Pengeluaran e-Invois Secara Keseluruhan1.505 bilion e-Invois

Malah bermula 1 Januari 2026, ketelusan sistem diperketatkan lagi di mana semua pembayar cukai wajib mengeluarkan e-Invois bagi setiap transaksi jualan barang atau perkhidmatan yang melebihi RM10,000. Pembeli pula perlu memberikan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) atau nombor kad pengenalan (IC) kepada penjual untuk pengesahan tepat.

Nota Penting: Walaupun sistem semakin ketat, HASiL mendedahkan masih ada segelintir pembayar cukai yang gagal mematuhi keperluan pelaksanaan e-Invois dan pemantauan berterusan sedang giat dijalankan.

Kesimpulan

Zaman untuk “sorok” pendapatan atau buat-buat lupa bayar cukai nampaknya sudah semakin berakhir. Pengajaran daripada angka RM4.07 bilion ini mudah: Sistem cukai Malaysia kini semakin pintar. Sebelum “dicuit” mesra oleh LHDN, ada baiknya kita semak semula pelaporan cukai masing-masing.