6 Rahsia Kejayaan Mark Zuckerberg, Pengasas Facebook

Salah sebuah syarikat yang berkembang pesat dalam sejarah adalah Facebook, yang telah menjadi satu fenomena dalam kehidupan sosial kebanyakan orang.

Bukan sahaja membolehkan kita bersosial secara maya, tetapi Facebook juga membolehkan kita mempromosikan produk jualan dan perkhidmayan.

Rahsia di sebalik kejayaan Facebook boleh dilihat dari seorang pemuda yang cukup terkenal iaitu Mark Zuckerberg. Jom kita tengok apakah rahsia beliau.

1. Pakai Baju Sama Setiap Hari

Kredit Gambar: Entrepreneur

Ramai yang tak sangka bahawa tindakan sekecil ini juga memberi impak. Menurutnya, beliau tidak akan mengambil masa yang panjang untuk fikir nak pakai baju apa.

Sebaliknya, beliau akan lebih fokus kepada apa tindakan yang akan dilakukan pada hari tersebut. Maka tak hairanlah kenapa beliau suka beli baju yang sama warnanya dan memakainya setiap hari.

2. Bina Hubungan (Networking) Dengan Pelbagai Pihak

Mark Zuckerberg berpendapat bahawa kita perlu bina hubungan dengan pelbagai pihak adalah sangat penting untuk mencapai kejayaan. Ini membolehkan kita bekerjasama dan dapat ilmu yang berbeza daripada apa yang kita dah tahu.

Siapa tahu, berkemungkinan besar kita akan menemui mereka yang lebih arif yang dapat membantu kita. Setiap hari Mark Zuckerberg memegang prinsip harus berkenalan dengan orang lain untuk meluaskan lagi network beliau.

3. Bina Produk Yang Bagus

Kredit Gambar: FB

Beliau menyarankan agar seseorang itu perlu membina produk yang inovatif dan terbaik. Selain daripada itu, manfaatkan juga pemasaran produk melalui teknologi yang canggih.

Barulah dikenali ramai di persada dunia. Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru.

4. Kekal Bersemangat

Semangat adalah pendorong untuk seseorang itu memperolehi kejayaan tanpa disedari. Walaupun mengalami hari terburuk sekali pun, Mark Zuckerberg berpesan agar sentiasa mengekalkan semangat dan fokus dengan apa yang anda ingin lakukan.

Tanpa semangat, kejayaan tidak mudah diperoleh dan pastinya sukar untuk kita untuk atasi segala halangan.

5. Kerjasama Berpasukan

Rahsia kejayaan Mark Zuckerberg adalah berpunca daripada pasukannya sendiri. Semangat kerjasama dalam satu pasukan akan memudahkan kita menyelesaikan masalah dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

6. Selesaikan Masalah Orang Ramai

Setiap orang yang ingin berjaya pasti mempunyai tujuan dan matlamat dalam hidupnya. Seperti Mark Zuckerberg, beliau banyak membantu menyelesaikan masalah orang ramai untuk bersosial di era moden.

Selain daripada itu, beliau juga banyak membantu peniaga kecil untuk berniaga di platform Facebook.

Tidak mustahil untuk kita berjaya seperti beliau. Jangan putus asa tetapi teruskan perjuangan dengan menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam.

Sumber Rujukan: Max My Profit

Mungkin kita tak mampu nak jadi sehebat Mark Zuckerberg dalam membangunkan Facebook, tetapi tahukah anda bahawa kita boleh beli saham syarikat beliau?

Mulakan Pelaburan Saham Anda di Wall Street

Nak buat duit BERGANDA-GANDA  dalam pasaran saham?

40%, 100%? 200%? 

Wall Street adalah jawapannya. 

Saham Wall Street MAHAL

Dengan USD 250 (RM1,050), anda boleh membeli saham-saham patuh syariah PALING UNTUNG untuk suku pertama 2021 di Wall Street seperti:

  1. KOSS (USD 18.80): kenaikan 462%
  2. ICGN (USD 9.63): kenaikan 341%
  3. EYES (USD 7.42): kenaikan 282%
  4. LODE (USD 3.83): kenaikan 227%
  5. MVIS (USD 17.97): kenaikan 165%

Di Wall Street, tiada HAD keuntungan mahupun kerugian ye.

Saham BTBT naik sehingga 5382% pada awal 2021, saham BEEM naik mencecah 2161% pada penghujung 2020.

Cuma kena lah ingat  High RIsk, High Return. Jangan sampai terciduk pulak. 

Segalanya MUNGKIN di Wall Street. 

Daftar Webinar Saham Wall Street 3.0
bersama
Tuan Mukhriz Mangsor

Tarikh : 29 & 30 Mei 2021
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Platform: Zoom

Tunggu apa lagi?
GANDAKAN  wang anda sekarang di Wall Street! 

Dapatkan maklumat lanjut di Webinar Saham Wall Street.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.