9 Tips Cara Orang Kaya Urus Duit Mereka

Pada zaman yang semakin mencabar dan ramai yang terkesan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, ianya menjadikan ramai yang buntu dalam mencari jalan untuk mengurus kewangan dengan lebih bijak.

Jom kita dengarkan tips yang disediakan oleh Thomas C. Corley, di mana beliau telah menggunakan masa beliau untuk belajar dari orang-orang kaya berkenaan dengan cara mereka menggunakan duit mereka yang banyak dengan bijak.

1. Ada Tabiat Merekod Setiap Duit Yang Mereka Guna

  1. Ini sikap yang tak ramai orang ada. Kita boleh perhatikan sikap ini setiap hari dengan amat mudah.
  2. Bila beli barang di kedai, berapa ramai yang ambil resit?
  3. Kalau ambil pun, berapa ramai yang simpan? Atau resit itu akhirnya masuk ke dalam tong sampah?
  4. Kalau nak jadi kaya, kita boleh mulakan dengan menanam sikap ambil tahu.
  5. Kaji setiap pergerakan duit kita setiap bulan. Sama ada di bank atau penggunaan kad kredit.
  6. Dari sini, kita akan perasan banyak benda yang kita bayar, tapi tak berapa penting untuk kita guna.
  7. Contohnya seperti yuran keahlian kelab (seperti gym atau lain-lain), langganan, atau caj rahsia untuk setiap servis yang kita sedang gunakan.

2. Audit Perbelanjaan Mereka Secara Berkala

  1. Kos perbelanjaan kerap berubah dari semasa ke semasa.
  2. Contohnya, kos untuk bayar takaful. Ia akan meningkat atau menurun dalam satu jangka masa tertentu.
  3. Mula kaji bayaran yang kita buat untuk perkara ini. Pilih kadar takaful yang terendah untuk rumah, kereta, dan nyawa.
  4. Periksa bayaran untuk takaful kesihatan. Mungkin kita masih bayar perkara yang tak sepatutnya. Contohnya, takaful untuk anak-anak kita yang sudah bekerja, atau mereka sudah mula bayar takaful untuk diri sendiri, atau lain-lain.
  5. Sama juga dengan kos seperti servis Internet atau Astro. Kaji perkara ini dan dapatkan kos yang terendah untuk servis-servis ini.
  6. Jika perlu, boleh potong langganan ini untuk elakkan pembaziran (Info tambahan: Orang kaya jarang tengok TV).
  7. Kita juga boleh cari dan kaji pelan telefon bimbit yang terbaik. Servis ini sentiasa bersaing dan kerap ubah pelan mereka untuk menangi hati pelanggan.

3. Beli Kereta Terpakai Yang Berkualiti

  1. Kereta baru akan hilang nilai selepas beberapa saat ia beredar dari kedai. Ini perkara yang tak dapat kita elak.
  2. Kita boleh hindarkan perkara ini dengan membeli kereta terpakai.
  3. 44% orang kaya suka beli kereta terpakai yang berkualiti. Ini berdasarkan daripada kajian yang Thomas buat.
  4. Kita boleh gunakan tip ini: Mereka akan beli kereta yang tak gunakan banyak mileage. Kita cuma perlu sediakan kos untuk selenggara kereta terpakai ini (tukar tayar, minyak hitam, dan sebagainya).
  5. Walau apa pun, ia masih berbaloi dan masih murah berbanding beli kereta baru.

4. Mereka Hargai Setiap Kupon Diskaun

  1. Terkejut? Kajian Thomas selama 5 tahun telah membuktikan perkara ini.
  2. Ini adalah tabiat yang jimatkan penggunaan duit yang amat berkesan.
  3. 30% orang kaya akan gunakan kupon untuk beli makanan harian mereka.
  4. Ini jelas menunjukkan mereka amat berhati-hati semasa berbelanja (dan ini tak bermakna mereka tak ada duit).
  5. Kenapa kena bayar lebih untuk makanan atau lain-lain benda, jika ada kupon diskaun yang boleh diguna?
  6. Tak guna lebih 30% daripada gaji mereka untuk bayar kos rumah.
  7. Ramai yang sukar nak percaya perkara ini, tapi ia adalah hakikat yang terpaksa mereka telan.
  8. Bukan semua orang kaya akan pilih untuk duduk di rumah banglo atau istana.
  9. Kajian Thomas membuktikan bahawa 64% lebih suka duduk di rumah yang sederhana, asalkan ia selesa dan boleh tampung bilangan ahli keluarga mereka.

6. Ada Tabiat Tawar-Menawar

  1. Ramai yang lebih rela bayar lebih untuk barangan yang dibeli. Ini adalah tabiat orang miskin.
  2. “Padahal, kita boleh sahaja tawar-menawar untuk dapatkan harga yang lebih murah,” jelas Thomas.
  3. Orang yang ada tabiat ini boleh jadi kaya dengan mudah. Tawar-menawar adalah tabiat orang kaya yang boleh kita amalkan selalu (tapi tengok tempat. Takkan kat supermarket seperti MYDIN atau TESCO nak tawar-menawar juga?)

7. Mereka Tak Gunakan Kad Kredit Yang Tak Ada Kelebihan

  1. Ada banyak program kad kredit yang beri kelebihan kepada pelanggan mereka.
  2. Biasanya, program ini akan berikan ganjaran berupa point.
  3. Point ini boleh ditukar kepada produk percuma atau lain-lain, bergantung kepada tawaran dari pihak bank.
  4. Sebagai contoh, American Express berikan sehingga 88% pulangan untuk setiap perbelanjaan yang menggunakan kad kredit ini.
  5. Contoh lain seperti Barnes and Noble. Point yang dikumpul boleh ditukar kepada kad hadiah (gift card) secara percuma, 100% tanpa sebarang caj tambahan.

8. Ada Objektif Yang Jelas Kenapa Mereka Simpan Duit

  1. Mereka ada satu jenis tabiat, iaitu simpan duit dalam pelbagai jenis akaun atau lain-lain bank.
  2. Untuk ini, mereka biasanya akan asingkan duit dalam satu jumlah yang besar.
  3. Kemudian, mereka akan bahagikan sesebuah jumlah ke dalam setiap akaun yang ada.
  4. Sebagai contoh, katakan kita mampu asingkan 10% daripada pendapatan kita setiap bulan.
  5. Kita boleh ambil 5% dan simpan sebagai duit persaraan kita, 2% untuk perbelanjaan, 1.5% sebagai persediaan untuk sebarang kecemasan, dan lebihan 1.5% untuk modal pusingan bisnes (ini hanya sekadar contoh sahaja).

9. Mereka Simpan Duit Secara Automatik

  1. Kata kunci untuk perkara ini adalah: Perlaksanaan.
  2. Kita boleh setkan agar setiap jumlah tertentu disalurkan terus ke setiap akaun secara automatik.
  3. Jumlah ini akan ditolak daripada pendapatan (gaji) bersih kita setiap bulan.
  4. Dengan cara ini, kita tak perlu simpan duit secara manual.
  5. Ia juga memaksa kita untuk berbelanja dengan cermat, sebab kita simpan duit dahulu dan belanja baki duit yang tinggal.

Sumber Rujukan: Gila Hartanah

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.