10 Idea Percutian Jimat Kos

Masuk musim cuti sekolah kebanyakan kita akan bercuti didalam mahupun luar negara. Namun disebabkan pandemik COVID-19 ini, mungkin banyak perancangan percutian tergendala.

Bermula September ini, beberapa lokasi pelancongan akan dibuka sedikit demi sedikit oleh pihak kerajaan. Jika anda mempunyai ruang dan peluang untuk bercuti, apa salahnya?

Peruntukkan sedikit dana untuk membawa ahli keluarga bercuti di lokasi yang berbeza setiap tahun agar kita dapat mempelajari budaya dan menambah ilmu pengetahuan ketika berkelana.

Bagaimana kita ingin urus percutian kita supaya tidak mengeluarkan kos yang tinggi?

Sekadar panduan peribadi pihak penulis bagi yang ingin bercuti didalam dan luar negara:

1. Penginapan

Cari yang bersesuaian dengan bajet. Boleh booking 2-4 bulan awal untuk lebih jimat, kalau 2-3 hari memang harga melambung tinggi. Boleh booking di Expedia, Traveloka, Booking.com, Agoda.com atau Airbnb.

2. Makanan

Cari penempatan yang sudah dimasukkan sekali makan pagi maka bajet makan hanya untuk tengahari dan makan malam. Boleh bawa roti atau biskut untuk alas perut.

Bajet makan ini terpulang kepada masing-masing kerana setiap lokasi yang kita pergi ada keunikan tersendiri. Rugi jika tidak cuba makanan baru di tempat yang kita tak pernah pergi.

3. Takaful

Ini penting sekiranya ke luar negara. Ada bermacam-macam takaful perjalanan yang boleh didapati secara online seperti Etiqa360, Zurich ataupun Allianz.

4. Ubat

Bawa segala ubat seperti panadol, ubat sakit perut, demam, selsema atau ubat batuk kerana kita tidak tahu keadaan cuaca dan makanan yang mungkin tidak sesuai dengan keadaan diri.

5. Pasport, Kad Pengenalan Diri, Visa

Benda paling penting yang perlu kita bawa dan jaga elok-elok.

6. Telefon, Laptop, Tablet, Kamera, Charger

Benda-benda penting untuk merakam memori di tempat baru dan pastikan bawa cable dan juga power bank.

7. Pengangkutan

Ada yang menggunakan aplikasi mencari tiket murah di Skysanner, Expedia dan Momondo untuk kapal terbang. Bagi menggunakan kenderaan ada yang menaiki pengangkutan awam dan menyewa kenderaan.

Paling mudah adalah bercuti mengikut agensi kerana sudah diuruskan segalanya tetapi terhad daripada segi masa dan perlu travel bersama-sama dengan orang lain. Privasi juga agak kurang.

8. Tentatif Program

Bagi menjimatkan masa, tenaga dan wang; kita perlu merancang perjalanan dan program yang ingin kita lakukan apabila berada di sana. Bukan dah sampai sana baru nak rancang untuk pergi mana atau nak naik apa.

Zaman sekarang semuanya boleh didapati secara online saja. Boleh google dan lihat kawasan berdekatan hotel, tempat makan, pengangkutan awam dan kawasan menarik yang ingin dilawati.

9. Pakaian

Bawa pakaian yang boleh diulang pakai seperti seluar jeans dan jaket, kasut yang selesa juga sangat penting kerana misi bercuti adalah berjalan. Rancang setiap hari kemana dan pakaian yang sesuai dipakai.

Percayalah kalau tidak selesa, seluruh percutian akan rasa tak best pula nanti. Perlu ambil tahu keadaan iklim dan cuaca sesuatu tempat. Jika sejuk perlu bawa pakaian tambahan.

10. Wang Tunai, Kad Debit, Kad Kredit

Perkara penting apabila bercuti adalah wang untuk kita bergerak ke pelbagai lokasi. Dinasihatkan kita sediakan sebanyak RM300-RM500 tunai dalam dompet. Transaksi lain boleh gunakan kad debit mahupun kad kredit.

Akhir kata, selamat bercuti!

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pengurusan Kesihatan Mental Untuk Usahawanita Moden

usahawanita moden
  • Rutin pengurusan kesihatan mental untuk usahawanita moden
  • Usahawan wanita yang mengurus perniagaan sambil memikul tanggungjawab peribadi
  • Kehidupan moden yang pantas dan kompetitif menyebabkan wanita mudah kemurungan
  • Kesihatan mental yang baik membantu wanita urus tekanan & kekalkan produktiviti kerja

Wanita hari ini bukan lagi sekadar berada di belakang tabir dalam dunia perniagaan. Mereka menjadi pengasas syarikat, pelabur, profesional, pemilik SME dan peneraju pelbagai industri.

Namun, kejayaan tersebut datang bersama tekanan yang mungkin tidak kelihatan.

Bagi sesetengah wanita, selepas tamat waktu pejabat, tanggungjawab belum selesai. Masih ada anak yang perlu diurus, pasangan, keluarga, rumah dan pelbagai keputusan yang perlu dibuat.

Sebab itu kesihatan mental wanita tidak boleh dilihat sebagai isu sampingan.

Baca : Wanita Malaysia Jana Lebih RM176 Juta Pada 2022 Sebagai Hos – Airbnb

Data Kementerian Kesihatan Malaysia melalui NHMS 2023 menunjukkan kira-kira satu daripada lapan rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan, dan prevalens kemurungan meningkat dua kali ganda berbanding 2019.

Lebih menarik untuk konteks usahawan, satu kajian terhadap rakyat Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan simptom kemurungan yang lebih tinggi, manakala tekanan menjadi antara faktor penting yang berkait dengan simptom tersebut.

“Kajian terhadap 728 orang dewasa di Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan tahap simptom kemurungan lebih tinggi, dengan tekanan & status sebagai pemilik perniagaan menjadi antara peramal signifikan simptom kemurungan.”National Library of Medicine

Baca : Pelaburan Bantu Wanita Boleh Wujud Kesan Beriak Bawa Pelbagai Manfaat

Ini bukan bermaksud menjadi usahawan menyebabkan kemurungan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa tekanan keusahawanan dan kesihatan mental wajar diberi perhatian.

Jadi, apakah rutin yang boleh membantu usahawanita moden menjaga kesihatan mental mereka?

1. Rutin Bersenam

Senaman bukan hanya untuk menurunkan berat badan.

Bagi usahawanita yang menghabiskan sebahagian besar hari di hadapan komputer, dalam mesyuarat atau mengurus operasi perniagaan, aktiviti fizikal boleh menjadi ruang untuk keluar seketika daripada tekanan kerja.

rutin bersenam wanita

Tidak semestinya perlu melakukan senaman berat.

Berjalan kaki, berenang, berlari, berbasikal atau melakukan latihan kekuatan secara konsisten sudah boleh menjadi sebahagian daripada rutin.

Yang penting ialah konsistensi, bukan intensiti semata-mata.

Bahkan, menjadikan senaman sebagai rutin mingguan boleh memberikan satu bentuk struktur kepada kehidupan yang mungkin dipenuhi jadual kerja yang tidak menentu.

2. Rutin Penjagaan Diri

Ada satu perkara yang sering berlaku kepada wanita yang terlalu sibuk.

Mereka menjaga semua orang kecuali diri sendiri.

rutin penjagaan diri wanita

Bagi sebahagian wanita, rawatan kecantikan bukan sekadar mahu kelihatan lebih muda atau cantik. Ia juga boleh menjadi masa untuk berhenti seketika daripada rutin kerja.

Namun, penting untuk membezakan self-care daripada tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna.

Penjagaan diri sepatutnya membantu seseorang berasa lebih baik tentang dirinya, bukan menambahkan tekanan untuk memenuhi standard kecantikan tertentu.

3. Rutin Tidur Awal

Usahawan mungkin terkenal dengan bekerja sehingga lewat malam.

Laptop dibuka selepas anak tidur. Telefon masih berbunyi dengan WhatsApp pelanggan. E-mel masih masuk. Idea perniagaan pula datang ketika semua orang sudah tidur.

rutin tidur awal

Masalahnya, otak juga memerlukan masa untuk berehat.

Rutin tidur yang konsisten boleh menjadi salah satu bentuk pengurusan diri yang paling mudah tetapi sering diabaikan.

Sebelum tidur, usahakan untuk mengurangkan penggunaan skrin dan cahaya terang, khususnya apabila ia menyebabkan kita terus terangsang dengan kerja, media sosial atau notifikasi.

Kadangkala masalahnya bukan kita tidak mempunyai masa untuk tidur.

Kita tidak pernah benar-benar berhenti bekerja.

4. Rutin Travel dan Melihat Dunia

Travel juga boleh menjadi satu bentuk “reset” daripada rutin.

Bagi usahawanita yang sentiasa membuat keputusan untuk syarikat, pekerja dan keluarga, perjalanan seorang diri boleh memberikan ruang untuk membuat keputusan berdasarkan diri sendiri.

Tidak perlu sentiasa memilih destinasi popular.

rutin melancong wanita

Asia Tengah, misalnya, menawarkan pengalaman yang berbeza, Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan negara-negara lain mempunyai sejarah, budaya dan landskap yang jauh berbeza daripada destinasi pelancongan biasa.

Solo travel juga tidak semestinya bermaksud melarikan diri daripada kehidupan.

Kadangkala ia sekadar memberikan seseorang ruang untuk melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza.

Namun, perjalanan perlu dirancang mengikut kemampuan kewangan, keselamatan dan keadaan diri. Travel yang menambahkan hutang atau tekanan bukanlah self-care.

5. Rutin Beribadah & Kebajikan

Bagi wanita Muslim, pengurusan kehidupan tidak semestinya berhenti pada aspek fizikal dan psikologi.

Ia juga mempunyai dimensi spiritual.

rutin beribadah wanita

Solat, membaca al-Quran, menghadiri kelas ilmu, melakukan amal jariah, menunaikan umrah atau haji boleh menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan yang memberikan ruang untuk seseorang kembali mengingati tujuan hidup yang lebih besar daripada pekerjaan.

Ini juga memberikan perspektif kepada dunia keusahawanan.

Syarikat boleh berkembang. Duit boleh bertambah. Jawatan boleh berubah. Tetapi kehidupan tetap mempunyai dimensi yang lebih luas daripada keuntungan.

Baca : Perangai Wanita Malaysia Selepas Dapat Gaji

Bagi sesetengah usahawanita, amal jariah juga menjadi cara untuk menukar sebahagian daripada kejayaan material kepada sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Alhasil

Menjadi usahawanita moden bukan sekadar tentang membina syarikat dan mencapai keuntungan.

Ia juga tentang kemampuan untuk terus berfungsi sebagai seorang individu, sebagai wanita, ibu, isteri, anak, pemimpin dan manusia yang mempunyai keperluan emosi serta fizikal sendiri.

Sebab itu rutin kecantikan, senaman, tidur, travel dan ibadah tidak sepatutnya dilihat sebagai aktiviti yang membuang masa daripada pekerjaan.

Sebaliknya, ia boleh menjadi sebahagian daripada cara seseorang membina kehidupan yang lebih seimbang.

Pada akhirnya, perniagaan yang berjaya memerlukan seorang pemimpin yang mampu bertahan dalam jangka panjang.

Baca : Kisah Emas Dan Wanita Kelantan

Usahawanita tidak perlu memilih antara kejayaan dan kesejahteraan diri. Yang lebih penting ialah belajar mengurus kedua-duanya.