Berkenalan Dengan Colonel Sanders, Pengasas Kentucky Fried Chicken (KFC) Yang Pernah Gagal 1,009 Kali

Pernahkah anda mendengar perkataan “Jika pada mulanya anda tidak berjaya, cuba dan cuba lagi?” Nah, itulah yang dilakukan Kolonel Harland David Sanders selepas menghadapi kegagalan demi kegagalan sebelum menjadi pengasas restoran ayam Kentucky Fried Chicken (KFC).

Kredit Gambar: Tough Nickel

Sekiranya anda berasa seperti menghadapi kegagalan dalam kehidupan, cerita Kolonel Sanders mengajar kita bagaimana ketekunan, dedikasi, dan cita-cita bersama dengan usaha yang tekun boleh membawa kepada kejayaan walaupun pada usia yang tua.

This image has an empty alt attribute; its file name is 12-pc-bucket-kongsi-v2-700x437.jpg

Selepas gagal sebanyak 1,009 kali, Kolonel Sanders telah menjadi duta dan simbol KFC di mana gambar dan namanya masih digunakan sehingga ke hari ini.

Kisahnya bermula apabila beliau meninggalkan sekolah pada gred ketujuh dan pulang ke rumah pada usia 13 tahun. Kolonel Sanders mempunyai banyak pekerjaan untuk menyara hidup dan beliau juga menjual ayam goreng berhampiran rumahnya di Kentucky. Ini kerana, semua pekerjaannya berakhir dengan dipecat atau syarikat itu ditutup.

Francais “Kentucky Fried Chicken” telah dibangunkan pada tahun 1952. Beliau berusia 62 tahun pada ketika itu.

Pada usia ini, ramai orang akan menikmati persaaan dan apa sahaja yang ada dalam kehidupan. Tetapi bukan Kolonel Sanders, beliau bertekad untuk menjual resipi ayam barunya dan dengan tekad ini, dia mengetuk setiap pintu rumah serta pintu restoran di daerahnya untuk menjual resipi itu.

This image has an empty alt attribute; its file name is colonel-sanders-gettyimages-72431338-700x980.jpg

Walaupun usaha gigihnya untuk menjual resipi beliau telah diakhiri dengan lebih banyak kegagalan, beliau terus menjual ayam gorengnya yang meliputi lokasi yang lebih luas dan memasak ayamnya di restoran yang lain.

Sebelum ini, beliau ditolak sebanyak 1,009 kali sebelum diberi “YA” yang pertama. 1,009 kali tidak menghentikan Kolonel Sanders untuk mencapai matlamatnya dan tidak kira berapa kali beliau ditolak, beliau masih berharap dan tidak pernah berputus asa.

Pada tahun 1964, Kolonel Sanders mempunyai 600 francais dan menjual syarikat itu dengan harga USD2 juta dolar tetapi beliau masih menjadi duta ayam goreng Kentucky. Pada masa kematiannya, dianggarkan beliau mempunyai 6,000 restoran KFC di 48 negara di seluruh dunia. Sehingga ke hari ini, KFC dikenali dan terus tersebar di seluruh dunia.

Oleh itu, jika anda berasa seperti anda tidak dapat mengatasi satu lagi kegagalan … fikirkan Kolonel Sanders.

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.