Kenali Pasaran Niaga Hadapan (Futures Market) Dan Futures Broker

Di Bursa Malaysia, kita dah biasa berkenalan dengan saham. Tetapi ada lagi satu produk yang kurang dikenali ramai, iaitu pasaran niaga hadapan atau lebih dikenali sebagai futures market.

Tetapi sebelum itu, kita kena tahu dulu apa yang dimaksudkan dengan derivatif.

Merujuk laman web Bursa Malaysia, derivatif adalah:

Derivatif ialah instrumen kewangan yang digunakan untuk mengurus pendedahan seseorang itu kepada kemeruapan pasaran pada masa ini. Nilai produk derivatif bergantung kepada dan diperoleh daripada instrumen pendasar, seperti komoditi, kadar faedah, indeks dan saham.

Kesemua produk derivatif di Malaysia dikawal selia dan didagangkan di Bursa Malaysia Derivatives Berhad (BMD) iaitu anak syarikat kepada Bursa Malaysia Berhad.

Terdapat dua kategori produk derivatif yang ditawarkan untuk didagangkan di BMD iaitu Kontrak Niaga Hadapan (Futures Contract) dan Kontrak Opsyen (Options Contract).

Kontrak niaga hadapan atau Futures ialah perjanjian antara dua pihak untuk membeli atau menjual instrumen pendasar pada masa tertentu atau pada masa hadapan dengan harga tertentu yang ditetapkan pada hari ini.

Kontrak Opsyen atau Options pula memberikan pemegang/pembeli dengan hak, untuk membeli dan menjual sejumlah kuantiti instrumen pendasar pada harga ditetapkan pada masa tertentu dengan membayar premium.

Pelaburan Dan Pasaran Niaga Hadapan

Pelaburan pasaran hadapan adalah pelaburan berkontrak yang telah ditentukan oleh kontrak jual beli pada masa yang ditetapkan. Tempoh, harga dan kuantiti terlebih dahulu telah ditetapkan oleh syarikat, pelabur dan futures broker yang terlibat di dalam pasaran.

Futures Broker juga terlibat dalam beberapa jenis pelaburan masa hadapan iaitu Pelaburan Indeks Saham, Pelaburan Tukaran Asing dan Pelaburan Komoditi. Terdapat 10 produk pasaran niaga hadapan yang ada iaitu:

  1. KLCI (FKLI) Futures
  2. KLCI (OKLI) Options
  3. Mth Month Kuala Lumpur Interbank Offered Rate interest rate (FKB3) Futures
  4. Crude Palm Oil (FCPO) Futures
  5. 3-Year Malaysian Government Securities (FMG3) Futures
  6. 5-Year Malaysian Government Securities (FMG5) Futures
  7. 10-Year Malaysian Government Securities (FMGA) Futures
  8. Crude Palm Kernel Oil (FPKO) Futures
  9. Single Stock Futures (SSFs)
  10. Ethylene OTC Futures Contract.

Kenali Futures Broker

This image has an empty alt attribute; its file name is stocks-graph-abstract-accounting-analysis-banking-2-700x467.jpg

Begitu juga dengan futures broker. Futures broker bertindak melaksanakan urusan penjual dan pembeli sekuriti dalam pasaran hadapan dan mereka turut dibayar dalam bentuk komisen.  Antara futures broker adalah seperti Maybank Investment Bank, RHB Investment Bank, Kenanga Futures, Phillip Futures dan lain-lain lagi.

Futures broker juga melibatkan pasaran hadapan yang berfungsi mengurangkan risiko dengan teknik dan cara tertentu walaupun terdapat para spekulator yang terlibat dalam pasaran hadapan. Jelas sekali bahawa pasaran hadapan juga bertindak sebagai pengurusan risiko (risk management) untuk memastikan portfolio anda lebih seimbang.

Anda boleh membuat semakan senarai broker yang ada di List of Trading Participants.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Feytech Catat Keuntungan Sebelum Cukai RM6.07 Juta

Petaling Jaya: Feytech Holdings Berhad (5322) mencatatkan peningkatan 129% tahun ke tahun dalam keuntungan sebelum cukai (PBT) kepada RM6.07 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026 (“1Q FY2026”).

Hasil Kumpulan meningkat 32% kepada RM38.93 juta, hasil daripada fokus strategik Kumpulan terhadap campuran produk bernilai tinggi dan leverage operasi.

Segmen tempat duduk automotif menjadi pemacu utama pertumbuhan, berkembang 68.9% atau RM23.57 juta tahun ke tahun. Margin keuntungan kasar segmen itu meningkat kepada 27.2% berbanding 20.0% pada 1Q FY2025, mencerminkan penyerapan kos yang lebih baik, kecekapan operasi dan campuran produk yang lebih menguntungkan merentasi operasi pembuatan Kumpulan.

“Keputusan suku pertama menunjukkan kekuatan teras pembuatan Feytech dan keupayaan kami melaksanakan keputusan produk yang tepat.

“Kami telah meningkatkan profil margin dengan ketara sambil memperoleh projek baharu yang akan menyokong keterlihatan hasil untuk beberapa tahun akan datang. Asas yang sedang kami bina kini direka untuk memberikan nilai yang mampan, bukan sekadar nilai segera,” kata CEO Feytech, Connie Go.

Sepanjang suku tersebut, Feytech memperoleh kontrak baharu pembekalan sarung tempat duduk dengan Proton bagi model akan datang.

Kontrak selama 84 bulan itu dijangka menjana kira-kira RM96.83 juta jumlah hasil, dengan purata RM13.8 juta setahun dan sekali gus mengukuhkan lagi keterlihatan buku tempahan jangka panjang Kumpulan bersama pelanggan OEM utamanya.

Kumpulan turut memperoleh kontrak OEM dengan Chery dan Hyundai melalui saluran pemasangan Completely Knocked-Down (CKD), sekali gus memperluaskan rangkaian hubungannya dengan jenama automotif antarabangsa utama.

Feytech juga melanjutkan tempoh penggunaan RM51.5 juta hasil IPO yang diperuntukkan bagi pembinaan pejabat korporat baharu bersama kilang pembuatan dan gudang serta Kulim Plant 2.

Keputusan itu mencerminkan pendekatan berhati-hati Kumpulan terhadap perancangan projek, membolehkan tempoh pembangunan infrastruktur matang dan memberi keutamaan kepada pembangunan perniagaan berpulangan tinggi sebelum membuat komitmen modal. Kedudukan tunai Kumpulan yang kukuh, dengan deposit, tunai dan baki bank sebanyak RM39.28 juta serta pelaburan lain RM130.26 juta setakat 31 Mac 2026, membolehkannya memastikan setiap ringgit digunakan bagi memaksimumkan nilai pemegang saham.

“Kedudukan tunai kami yang kukuh memberi disiplin kepada kami untuk menggunakan modal di tempat dan masa yang mencipta nilai paling tinggi. Kami tidak tergesa-gesa untuk berbelanja semata-mata untuk berbelanja. Setiap komitmen yang kami buat dinilai berdasarkan kualiti pulangan yang diberikan kepada pemegang saham,” kata Go.

Menjangkakan perubahan struktur dalam industri automotif, Go menambah bahawa Kumpulan “kekal optimis secara berhati-hati tahun ini susulan pengumuman terbaru Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai syarat import EV yang lebih ketat dijangka mendorong pengeluar asing ke arah pemasangan CKD tempatan, yang secara langsung memberi manfaat kepada pembekal alat ganti tempatan seperti Feytech.”