Bermula Dengan RM3,800, Syarikat Habib Jewels Pernah Tersenarai Di Bursa Malaysia

Barang kemas dan wanita tidak dapat dipisahkan. Setiap wanita pasti mengimpikan untuk menghiasi tubuh mereka dengan perhiasan mewah. Jika disebut nama Habib Jewels pasti ramai yang tahu tidak kira lelaki mahupun perempuan. Perniagaan milik Bumiputera ini menawarkan produk yang bukan sahaja mewah dan berkualiti, ia juga setanding dengan produk dari luar negara.

Jom kita sama-sama kenal dengan lebih dekat sejarah Habib Jewels yang ramai tak tahu.

Bermula Tahun 1958 Dengan Modal RM3,800

Habib Jewels telah ditubuhkan pada tahun 1958 oleh Datuk Habib Mohamed. Bermula sebagai perniagaan kecil-kecilan, Habib Jewels terlebih dahulu dikenali dengan nama kedai M.A Habib Mohamed. Sebelum membuka kedai barang kemas, beliau terlebih dahulu menimba pengalaman sebagai seorang pekerja di sebuah kedai emas.

Setelah beberapa ketika, dengan berbekalkan modal sebanyak RM3,800 beliau berjaya membuka kedai pertamanya di Pitt Street, Pulau Pinang. Pada peringkat awal perniagaan, beliau bertindak sebagai seorang pemborong dengan membeli barang kemas daripada pajak gadai, dan kemudian menjualnya kepada kedai emas yang lain.

Dari situlah, perniagaannya mula berkembang sehingga beliau berjaya membuka dua lagi cawangan iaitu Siti Emas dan Puteri Emas. Namun perniagaan ini tidak berkembang seperti yang diharapnya, lalu kedua-dua buah kedai ini terpaksa ditutup.

Beliau tidak berputus asa, sebaliknya telah membuka sebuah cawangan yang baru di Semua House, Kuala Lumpur. Kali ini, beliau mencuba nasib dengan merekabentuk serta membuat sendiri barang kemas untuk kedainya. Kesemua rekaan ini diinspirasikan oleh corak-corak floral yang lebih feminim, sesuai dengan kehendak golongan wanita.

Tahu Apa Yang Pelanggan Mahukan

Dengan memenuhi citarasa pelanggan, perniagaan kedai emas beliau mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Dan orang kata, “The rest is history”. Memang menjadi bualan mulut orang ramai, dan kedai beliau sentiasa penuh dengan pelanggan yang sanggup datang dari jauh.

Kini perniagaan ini telah diserahkan kepada anak lelaki tunggalnya iaitu Datuk Meer Sadik yang merupakan graduan jurusan pengurusan perniagaan. Setelah anaknya Meer tamat belajar di Amerika, Datuk Habib terus mengambil Meer untuk bekerja secara sambilan di bilik pameran mereka.

Ketika itu, anaknya amat meminati bidang pengiklanan. Bertitik tolak dari situlah, beliau mula menggunakan iklan melaui televisyen dan radio sebagai medium pemasaran. Strateginya ini ternyata telah berjaya menarik lebih ramai pelanggan ke kedainya. Pengalaman Meer yang pernah menuntut di Gemological Institute of America, juga telah membantu dalam membangunkan lagi perniagaan keluarga ini.

Pernah Ceburi Bidang Lain Juga

Tahukah anda? Datuk Habib juga pernah menjalankan perniagaan lain seperti kopi dan juga kedai bunga. Namun ianya tidak menjadi, dan beliau lebih dikenali dengan perniagaan barang kemas sehingga ke hari ini.

Mereka sanggup membelanjakan ratusan ribu ringgit untuk memasarkan produk Habib Jewels. Nampaknya pelaburan mereka ini membuahkan hasil, dengan hampir 20 cawangan di seluruh Malaysia.

Tambah membanggakan, mereka juga berjaya menembusi pasaran luar seperti Brunei, Singapura, Indonesia, Eropah dan Amerika. Perniagaan ini turut mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi syarikat barangan kemas pertama di Malaysia yang tersenarai di Bursa Malaysia!

Kini, Habib Jewels masih terus berdiri teguh sebagai salah satu jenama barangan kemas terkemuka di Malaysia.

Sumber Rujukan:

  1. http://www.usahawan.com
  2. http://www.majalahniaga.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Perdagangan Edaran Malaysia Dijangka Cecah 6.1 Peratus Tahun Ini — Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) — Pertumbuhan perdagangan edaran Malaysia diunjur pada 6.1 peratus dalam 2026 berbanding 5.6 peratus pada 2025 susulan prestasi lebih kukuh tahun ini yang mengatasi jangkaan awal.

Prestasi itu dipacu oleh usaha seperti pengumpulan stok borong, peningkatan harga berkaitan petroleum serta pemulihan dalam jualan kenderaan motor, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Bank pelaburan itu menyatakan pertumbuhan perdagangan edaran turut meningkat kepada 9.4 peratus daripada 7.5 peratus bagi tempoh Januari-Mac.

“Ini merujuk kepada permintaan awal di tengah-tengah kebimbangan terhadap peningkatan tekanan kos serta ketidaktentuan bekalan.

“Bagaimanapun, prestasi sektor runcit yang lebih sederhana mungkin menandakan momentum asas perbelanjaan pengguna yang mulai kembali normal selepas disokong oleh peningkatan perbelanjaan sempena musim perayaan sebelum ini,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Bank pelaburan itu memaklumkan lonjakan harga tenaga, ketegangan geopolitik yang ketara serta gangguan rantaian bekalan yang berlanjutan, berpotensi memberi tekanan ke atas aktiviti penggunaan serta perniagaan dalam separuh kedua 2026.

“Pengukuhan pada masa ini berkemungkinan bersifat sementara dan mungkin tidak lagi mampan dalam bulan-bulan akan datang” katanya.

Selain itu, Kenanga IB mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada kadar 4.5 peratus bagi 2026 berbanding pertumbuhan 5.2 peratus pada 2025, sekali gus mencerminkan prospek ekonomi yang berhati-hati namun masih kekal optimis.

Petunjuk bulanan termasuk prestasi perdagangan pengedaran lebih kukuh serta pertumbuhan pengeluaran perindustrian pada April yang mengatasi jangkaan menunjukkan aktiviti ekonomi domestik kekal berdaya tahan pada suku kedua 2026.

“Pemulihan dalam aktiviti motor dan jualan borong hanya menunjukkan sokongan peningkatan kepada pertumbuhan jangka masa terdekat, terutama dalam sektor berkaitan perkhidmatan.

“Sehubungan itu, kami mengekalkan unjuran bahawa momentum pertumbuhan akan mengukuh dalam suku kedua sebelum menyederhana dalam separuh kedua jika ketegangan geopolitik terus wujud dan menjejaskan rantaian bekalan.”

— BERNAMA