Chamath Palihapitiya, Pelabur Dari Silicon Valley Yang Terkenal Menggunakan Kaedah SPAC Dalam Pasaran Saham

Sejak kebelakangan ini,kebanyakan syarikat di Amerika Syarikat yang ingin mengapungkan saham mereka menggunakan kaedah yang dikenali sebagai SPAC. Proses ini mendapat tempat dikalangan para pelabur.Disebabkan krisis pandemik yang melanda dunia pada ketika ini, kaedah SPAC telah menjadi pilihan para pelabur disebabkan beberapa faktor seperti sangat mudah mengapungkan saham tanpa perlu mengadakan roadshow untuk menyakinkan para pelabur.

Antara pelabur di Wall Street yang mengemari kaedah ini adalah Bill Ackman yang berjaya mengumpul sebanyak USD 4 billion untuk membeli syarikat melalui kaedah SPAC. Selain Bill Ackman yang terkenal di Wall Street, seorang bekas eksekutif Facebook yang merupakan orang penting dalam fasa perkembangan syarikat tersebut turut gemar melakukan kaedah SPAC. Beliau adalah Chamath Palihapitiya.

Baca: Apa Itu Special Purpose Acquisition Company (SPAC)?

Siapa Chamath Palihapitiya

Kredit Gambar:Bloomberg 

Chamath Palihapitiya merupakan seorang anak imigran yang berasal dari Sri Lanka. Ketika berlakunya perang saudara di negara tersebut, ibu bapanya telah berhijrah ke Kanada untuk mencari kehidupan yang baru disana. Kehidupan sebagai imigran di negara baru begitu sukar bagi keluarga Chamath Palihapitiya.

Ketika permulaan kehidupan mereka di Kanada, bapanya kadang kala berkerja dan kadang kala tidak bekerja manakala ibunya bekerja sebagai pembantu restoran. Disebabkan perkara tersebut, Chamath Palihapitiya bertekad untuk mengubah kehidupan keluarganya dengan lebih baik.

Dia kemudiannya berjaya menamatkan pengajian di Universiti  Waterloo pada tahun 1999. Kerja pertama yang dilakukanya selepas tamat pengajiannya itu adalah sebagai trader di syarikat pelaburan BMO Nesbitt Burns. Selepas setahun berada di sana, beliau merasakan kerja di syarikat tersebut tidak bertepatan dengan keiginannya.

Beliau kemudian berpindah ke Silicon Valley pada awal millennium kerana disitu pada waktu tersebut merupakan kemuncak perkembangan internet. Beliau yang berjaya menjadi Vice President untuk AOL Messenger yang ketika itu merupakan syarikat terkenal dalam dunia internet ketika usianya mencecah 26 tahun.

Selepas itu beliau menyertai Facebook pada tahun 2005 di mana pada ketika itu Facebook baru sahaja bermula dan beliau merupakan salah seorang yang sangat penting dalam pembangunan Facebook. Beliau ditugaskan untuk mengembangkan database Facebook dan menjadi penasihat penting pada syarikat tersebut.

Kredit Gambar: Medium

Walaupun menjadi eksekutif yang penting terhadap Facebook, pada ketika itu juga beliau telah mula melabur dalam beberapa syarikat start up di Silicon Valley. Beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Facebook pada tahun 2011 dan membina sendiri syarikat venture capital yang dikenali sebagai Social Capital. Beliau mengambil keputusan tersebut kerana ingin membuat sesuatu yang lebih bermakna dalam kehidupannya.

Walaupun telah banyak syarikat Venture Capital yang terdapat di Silicon Valley, syarikat yang dibangunkan oleh Chamath Palihapitiya ini berbeza berbanding dengan Venture Capital yang lain kerana beliau memfokuskan kepada syarikat teknologi yang dikatakan akan berkembang pada masa depan.

Chamath Palihapitiya Popular Dalam Kalangan Pelabur Era Milenial

Selain Elon Musk yang sering menggunakan Twitter untuk berkomunikasi dengan pengikutnya, Chamath Palihapitiya juga merupakan billionaire yang bertaraf selebriti. Berbanding dengan venture capitalist yang lain, Chamath Palihapitiya sering mendedahkan pembelian syarikat awam kepada umum melalui Twitter peribadinya.

Beliau membuat analisis mengenai saham yang dibeli kepada pengikutnya. Perkara ini menyebabkan para pengikutnya mengikuti perkembangan yang dilakukan oleh Chamath Palihapitiya dengan lebih dekat.

Syarikat Yang Dimiliki Secara SPAC

Antara syarikat yang dimiliki secara SPAC yang terkenal adalah Virgin Galactic yang merupakan syarikat penerbangan ke angkasa yang diasaskan oleh billionaire terkenal di England, Richard Branson. Beliau kemudian menjual sebahagian syarikat ini pada tahun ini dan mendapat keuntungan sebanyak $213 juta.

Selain Virgin Galactic, antara pembelian SPAC yang penuh kontroversi yang dilakukan oleh Chamath Palihapitiya adalah melibatkan Clover Health.

Kredit Gambar: CNBC

Kontroversi ini timbul apabila syarikat yang dibeli oleh Chamath Palihapitiya ini melalui SPAC dikatakan mempunyai masalah dalaman disebabkan berlaku short selling kepada saham syarikat ini yang mana pihak SEC membuat siasatan yang menyeluruh mengenai peristiwa tersebut. Siasatan ini dijalankan bagi mengelak wang pelaburan pelabur disalah guna oleh Chamath Palihapitiya dan tiada bukti kukuh yang melibatkan Chamath Palihapitiya bagi kesalahan terbabit.

Oleh kerana kebanyakan SPAC yang dilakkan oleh Chamath Palihapitiya berjaya berada di landasan yang betul iaitu dapat memberi keuntungan yang luar biasa kepada pelabur mereka, beliau telah digelar sebagai King of SPAC di Amerika Syarikat. Disebabkan perkara tersebut, Chamath Palihapitiya menjadi rujukan golongan millennial dalam pelaburan pada alaf baru ini. Beliau kini mempunyai kekayaan sebanyak $1.1 billion

Sumber Rujukan:

Bloomberg Quicktake

Belum Terlambat, Masih Sempat Untuk Belajar

Ingat, pasaran saham tidak kalis rugi. Harga saham akan bergerak. Naik, turun atau duk situ saja. Namun begitu, pelaburan saham telah lama terbukti menjadi salah satu instrumen pelaburan yang paling menguntungkan. Paling penting, gunakan modal dari duit lebihan sahaja supaya tidak serabut dan kusut bila rugi.

Nak melabur saham tapi tak tahu caranya?

Dah mula melabur tapi asyik rugi?

Nak tahu cara cari saham yang boleh dibeli?

Nak tahu analisis teknikal untuk ‘entry’?

Banyak ilmu pelaburan saham turut dikongsikan secara percuma di TheKapital. Jika anda ingin mendapatkan ilmu-ilmu eksklusif berdasarkan kepada tajuk-tajuk yang lebih mendalam, dapatkan ilmu tersebut di sini >> Produk TheKapital

Previous ArticleNext Article

5 Rutin Harian Yang Membantu Pelabur Membuat Keputusan Lebih Bijak

Ramai orang melihat hasil yang diperoleh oleh pelabur atau pedagang saham yang berjaya, tetapi tidak ramai yang melihat apa yang mereka lakukan setiap hari.

Ada yang menganggap kejayaan mereka datang kerana pandai memilih saham atau mempunyai “orang dalam” yang berkongsi maklumat. Hakikatnya, kebanyakan pelabur yang konsisten memperoleh keuntungan mempunyai satu persamaan, iaitu mereka mengamalkan rutin harian yang tersusun.

Mereka tidak membuat keputusan secara terburu-buru atau membeli saham hanya kerana melihat harga sedang meningkat. Sebaliknya, setiap keputusan dibuat selepas menilai keadaan pasaran, membaca laporan syarikat dan mengikuti perkembangan semasa.

Rutin ini mungkin kelihatan ringkas, tetapi apabila diamalkan secara konsisten, ia membantu pelabur membuat keputusan yang lebih rasional dan mengurangkan risiko membuat kesilapan akibat emosi.

Mengapa Rutin Harian Penting?

Pasaran saham berubah setiap hari. Harga saham dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti keputusan kewangan syarikat, berita korporat, keadaan ekonomi, kadar faedah, harga komoditi dan sentimen global.

Jika pelabur hanya membuka aplikasi dagangan untuk melihat harga saham tanpa memahami apa yang berlaku di sebaliknya, mereka mudah membuat keputusan berdasarkan panik atau FOMO.

Rutin harian membantu pelabur untuk:

  • memahami keadaan pasaran sebelum berdagang,
  • mengenal pasti peluang lebih awal,
  • mengurus risiko dengan lebih baik,
  • dan mengelakkan keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa.

1. Semak Laporan Kewangan Syarikat

Selepas Bursa Malaysia ditutup, antara perkara pertama yang dilakukan oleh ramai pelabur ialah menyemak laporan kewangan syarikat yang baru diumumkan.

Semua syarikat tersenarai diwajibkan mengeluarkan laporan kewangan setiap suku tahun. Daripada laporan ini, pelabur boleh melihat sama ada prestasi syarikat semakin baik atau sebaliknya.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

  • pertumbuhan hasil (revenue),
  • keuntungan bersih,
  • margin keuntungan,
  • aliran tunai,
  • dan kedudukan hutang syarikat.

Contoh Situasi

Sebuah syarikat teknologi mencatatkan peningkatan keuntungan sebanyak 35% berbanding suku tahun sebelumnya.

Keputusan ini mungkin menarik perhatian pelabur institusi dan seterusnya meningkatkan minat terhadap saham syarikat tersebut.

Namun, pelabur yang membaca laporan lebih awal mempunyai masa untuk membuat penilaian sebelum pasaran dibuka pada keesokan harinya.

2. Pantau Pengumuman Dividen

Selain prestasi kewangan, ramai pelabur turut memberi perhatian kepada pengumuman dividen. Dividen merupakan sebahagian daripada keuntungan syarikat yang diagihkan kepada pemegang saham.

Dalam pengumuman dividen, terdapat beberapa tarikh penting seperti:

  • Ex-Date – tarikh terakhir untuk membeli saham bagi melayakkan diri menerima dividen.
  • Entitlement Date – tarikh syarikat menentukan senarai pemegang saham yang layak menerima dividen.

Contoh

Jika sebuah syarikat mengumumkan dividen sebanyak 5 sen sesaham, pelabur yang memiliki 10,000 unit saham berpotensi menerima dividen sebanyak:

10,000 × RM0.05 = RM500

Walaupun dividen bukan satu-satunya sebab membeli saham, ia boleh menjadi petunjuk bahawa syarikat mempunyai kedudukan kewangan yang baik.

3. Ikuti Pengumuman Bonus Issue dan Rights Issue

Selain dividen, syarikat juga kadangkala mengumumkan:

  • Bonus Issue
  • Rights Issue

Bonus Issue bermaksud syarikat memberikan saham tambahan kepada pemegang saham tanpa bayaran berdasarkan nisbah tertentu. Sebagai contoh, bonus 1:2 bermaksud bagi setiap dua saham yang dimiliki, pelabur akan menerima satu saham tambahan.

Rights Issue pula memberi peluang kepada pemegang saham sedia ada membeli saham baharu pada harga yang telah ditetapkan. Walaupun kedua-dua tindakan korporat ini tidak semestinya menjadikan saham lebih menarik, ia tetap penting untuk difahami kerana boleh memberi kesan kepada jumlah pegangan dan strategi pelaburan.

4. Ikuti Berita Korporat dan Pasaran

Pelabur yang berpengalaman tidak hanya melihat nombor. Mereka juga membaca berita. Berita korporat boleh memberi gambaran awal tentang perkara yang mungkin mempengaruhi harga saham.

Antaranya ialah:

  • kontrak baharu,
  • pengambilalihan syarikat,
  • perubahan pengurusan,
  • projek kerajaan,
  • perubahan dasar,
  • dan perkembangan ekonomi global.

Sebagai contoh, jika sebuah syarikat memperoleh kontrak bernilai ratusan juta ringgit, berita tersebut boleh meningkatkan keyakinan pelabur terhadap prospek syarikat.

Namun begitu, pelabur juga perlu berhati-hati kerana tidak semua berita akan memberi kesan jangka panjang terhadap harga saham.

5. Fahami Sentimen Pasaran Global

Bursa Malaysia tidak bergerak secara bersendirian. Prestasi pasaran luar negara turut mempengaruhi sentimen pelabur tempatan.

Sebab itu ramai pelabur akan melihat:

  • prestasi indeks utama Amerika Syarikat,
  • pergerakan pasaran Asia,
  • harga minyak mentah,
  • harga emas,
  • dan perkembangan geopolitik.

Jika kebanyakan pasaran global ditutup rendah akibat kebimbangan ekonomi, sentimen negatif tersebut mungkin turut memberi kesan kepada Bursa Malaysia pada keesokan harinya.

Namun begitu, ini bukan bermaksud semua saham akan jatuh. Ada kalanya saham yang mempunyai asas perniagaan kukuh masih mampu bertahan walaupun pasaran keseluruhan lemah.

Jangan Terlalu Taksub Mengejar Saham Yang Sedang Melonjak

Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh pelabur baharu ialah membeli saham hanya kerana melihat kenaikan harga yang mendadak. Mereka takut terlepas peluang atau lebih dikenali sebagai Fear of Missing Out (FOMO).

Hakikatnya, saham yang naik terlalu cepat juga berpotensi mengalami pembetulan harga yang pantas. Sebab itu pelabur yang berpengalaman lebih mengutamakan pengurusan risiko. Mereka tidak terlalu tamak dan sentiasa mempunyai pelan untuk mengambil keuntungan apabila sasaran telah dicapai.

Seperti kata pelabur terkenal Warren Buffett:

“Be fearful when others are greedy, and be greedy when others are fearful.”

Prinsip ini mengingatkan kita supaya tidak mudah dipengaruhi emosi pasaran.

Contoh Rutin Harian Seorang Pelabur

Bayangkan Hafiz bekerja sepenuh masa sebagai jurutera. Beliau tidak mempunyai masa untuk melihat harga saham sepanjang hari.

Namun setiap malam selepas pulang bekerja, beliau memperuntukkan kira-kira 30 minit untuk:

  • membaca laporan kewangan yang baru diumumkan,
  • menyemak pengumuman dividen atau bonus,
  • membaca berita korporat,
  • melihat prestasi pasaran global,
  • dan mengemas kini senarai saham yang sedang dipantau.

Apabila pasaran dibuka keesokan harinya, beliau sudah mempunyai pelan tindakan. Ini jauh lebih baik daripada membeli saham secara spontan hanya kerana melihat harga sedang meningkat.

Rutin Yang Konsisten Lebih Penting Daripada Ramalan Yang Tepat

Ramai orang menghabiskan masa mencari “saham yang pasti naik”. Sedangkan pelabur yang berjaya lebih banyak menghabiskan masa membina disiplin.

Mereka memahami bahawa tiada siapa mampu meramal pasaran dengan tepat setiap masa. Apa yang boleh dikawal ialah proses membuat keputusan.

Semakin konsisten rutin yang diamalkan, semakin banyak maklumat yang dimiliki dan semakin baik keputusan yang boleh dibuat.

Kesimpulan

Kejayaan dalam pelaburan saham bukan hanya bergantung kepada kebolehan memilih saham yang berpotensi memberikan pulangan tinggi. Sebaliknya, ia bermula dengan disiplin membina rutin harian yang membantu pelabur memahami keadaan pasaran sebelum membuat sebarang keputusan.

Menyemak laporan kewangan, mengikuti pengumuman dividen dan tindakan korporat, membaca berita pasaran serta memantau sentimen global mungkin kelihatan seperti rutin yang kecil. Namun apabila dilakukan secara konsisten, semua ini membantu pelabur membuat keputusan yang lebih berasaskan fakta dan bukannya emosi.

Akhir sekali, ingatlah bahawa pelaburan bukan tentang siapa yang paling pantas membeli saham, tetapi siapa yang paling bersedia apabila peluang muncul. Dengan rutin yang betul, anda bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan dalam membuat keputusan, malah berpeluang menjadi pelabur yang lebih berdisiplin dan konsisten dalam jangka panjang.