Huawei: Dulu Jual Suis, Sekarang Gergasi Telekomunikasi Dunia

Sebut sahaja jenama Huawei, pasti kita semua mengenali jenama tersebut kerana ia merupakan satu jenama yang sangat kontroversi buat masa kini.

Huawei yang merupakan sebuah jenama yang kian meningkat naik sejak lima tahun kebelakangan ini dari segi bilangan penjualan telefon sehingga mencabar pemain-pemain utama telefon dunia seperti Apple dan Samsung.

Tahukah anda bagaimana Huawei bermula?

Jom sama-sama kita baca kisah bagaimana pengasasnya iaitu Ren Zhengfei  yang bersusah-payah membangunkan syarikat ini bersama dengan rakannya sehingga telah mencatatkan pencapaian yang sangat luar biasa.

Lahir Di Zaman Perang

Ren Zhengfei  seorang bekas pesara tentera yang dilahirkan pada tahun 1944 dalam keluarga yang sangat miskin di daerah pedalaman China yang bernama Guizhou yang mana menempatkan masyarakat China yang sangat miskin. Beliau dikatakan bernasib baik kerana dilahirkan dalam keluarga yang mana  ibu bapanya adalah merupakan guru.

Bernasib baik yang dimaksudkan oleh Ren Zhengfei adalah keluarganya mampu memasak menggunakan secubit garam berbanding dengan keluarga yang lain yang tinggal di daerah yang sama, bukanya hidup dalam keadaan yang begitu mewah. Beliau merupakan satu-satu ahli keluarganya yang dapat melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.

Beliau yang memasuki Universiti pada tahun 1963 di dalam bidang kejuruteraan awam dan disinilah bermulanya hidupnya yang berhijrah dari kampung halaman. Beliau telah menamatkan pengajian di universiti dan menjadi seorang jurutera awam.

Pada tahun 1974 pada usia 30 tahun, beliau membuat keputusan untuk menyertai tentera Negara China yang pada masa itu merupakan fasa huru-hara kerana China berdepan dengan kekurangan bekalan makanan dan pakaian.

Setelah memasuki anggota tentera kebangsaan China, Ren Zhengfei ditugaskan untuk membangunkan sebuah kilang kimia untuk memproses tekstil  di bahagian timur laut di Daerah Liaoyang bagi menampung kekurangan bekalan yang berlaku di sana.

Kawasan tersebut merupakan sebuah daerah yang terpencil dan sangat sejuk yang mana kesejukannya itu boleh membuat air yang bertakung di dalam bekas boleh beku dalam masa beberapa minit sahaja. Beliau merupakan seorang yang genius di kalangan pekerja di situ dan digelar sebagai Ren-Tech.

Selepas tamat perkhidmatannya dalam pasukan tentera, beliau kemudiannya menyertai dunia pekerjaan yang sebenar. Di antara kerja yang dilakukan olehnya adalah sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat minyak.

Malang baginya kerana dia tidak mampu memberi apa yang diiginkan oleh syarikatnya itu dan dia dibuang dari kerja disebabkan industri yang diceburinya itu tidak sesuai dengan kemahiran yang dimilikinya.

Beliau kemudiannya menubuhkan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Huawei pada tahun 1987 ketika umurnya berusia 44 tahun dengan bermodalkan $3,000. Beliau juga telah mengajak ramai pelabur untuk melabur bersamanya tetapi semua pelabur tersebut tidak yakin dengan idea yang dikemukakan oleh  Ren.

Sama seperti syarikat gergasi China iaitu Alibaba, Huawei juga ditubuhkan di dalam sebuah apartmen yang kecil. Pada mulanya Huawei menjual suis dan syarikat ini menjadi orang tengah dalam penjualan suis tersebut. Suis itu diambil dari pembekal yang berpengkalan di Hong Kong.

Terbukti Huawei telah berjaya menjual suis tersebut secara komersil. Dengan kejayaan yang dimiliki, syarikat pengeluar telah bertindak memutuskan bekalan suis tersebut kerana mendakwa syarikat Huawei telah mendominasi pasaran.

Oleh kerana pihak pengilang telah menyekat perniagaan Huawei, mereka terpaksa menghasilkan suis mereka sendiri.

Menurut Ren lagi, syarikatnya terpaksa membuat penyelidikan mereka sendiri untuk menghasilkan suis bagi meneruskan perniagaan mereka. Pada masa tersebut mereka hanya berfikir untuk menghasilkan suis yang terbaik untuk pelanggan mereka. Berjaya atau tidak, itu soal yang lain.

Mereka akhirnya berjaya menghasilkan suis yang terbaik dan menjual suis tersebut di bawah harga pasaran, iaitu satu pertiga lebih murah daripada pesaing mereka yang lain. Itulah titik  permulaan yang dilakukan oleh Huawei untuk mengorak langkah kejayaan yang lebih besar.

Kini Syarikat Huawei lupakan syarikat gergasi di dalam penghasilan komponen yang berkaitan dengan telekomunikasi. Banyak negara di Eropah dan Amerika Syarikat menggunakan peralatan yang dihasilkan oleh Huawei dalam sistem telekomunikasi mereka.

Selain daripada berjaya dengan cemerlang di peringkat antarabangsa, syarikat ini juga terkenal dengan kontroversi yang melibatkan negara Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat telah menuduh Huawei mengintip rakyat negara tersebut dengan menggunakan teknologi yang dibangunkan oleh mereka. Walaupun tiada bukti yang kukuh untuk menyabitkan dakwaan tersebut, Amerika Syarikat tetap menuduh Huawei malah turut mempengaruhi sekutu mereka untuk memulaukan produk keluaran Huawei.

Kemuncak krisis ini adalah pada tahun lepas apabila Google terpaksa memutuskan kerjasama dengan Huawei atas desakan kerajaan Amerika Syarikat berhubungan dengan teknologi 5G.

Selain daripada Google, Syarikat Microsoft juga telah memutuskan segala hubungan perdagangan di antara mereka atas desakan kerajaan Amerika Syarikat yang diketuai oleh Presiden Donald Trump.

Ini telah memaksa syarikat Huawei untuk membangunkan perisian mereka sendiri dan tidak bergantung sepenuhnya kepada Google untuk pembagunan telefon pintar yang akan datang.

Kini syarikat Huawei adalah peneraju utama teknologi 5G. Walaupun telah disekat dari pelbagai arah oleh kerajaan Amerika Syarikat, Huawei tetap terus maju dengan teknologi yang dibangunkannya sendiri.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kita Bajet Insurans, Tapi Lupa Bajet Check-up

Hampir setiap ketua keluarga mempunyai bajet yang cukup terperinci untuk perlindungan kesihatan samada menerusi insurans atau takaful.

Di Majalah Labur, kami percaya ramai pembaca setia kami rata-rata bersetuju yang sejumlah 5% – 15% dari gaji bulanan adalah amaun yang cukup sihat untuk perlindungan kesihatan.

Akan tetapi, ada satu perkara yang sering tidak mempunyai bajet khusus: pemeriksaan kesihatan berkala.

Kita lebih mudah menyediakan RM200 untuk membaiki sesuatu selepas rosak berbanding memperuntukkan sejumlah wang untuk memastikan masalah itu dapat dikenal pasti lebih awal.

Baca : 5 Perkara Medical Card Boleh Bantu Yang Tak Ramai Orang Tahu!

Dalam kewangan peribadi, cara berfikir seperti ini mungkin kelihatan kecil. Tetapi apabila melibatkan kesihatan, penangguhan boleh membawa kepada keadaan yang memerlukan lebih banyak masa, rawatan dan perbelanjaan.

Sebab itu preventive healthcare wajar dilihat sebagai sebahagian daripada perancangan kewangan keluarga, bukan sekadar perbelanjaan tambahan.

Ada bajet insurans. Bagaimana dengan bajet kesihatan?

Insurans atau takaful penting untuk melindungi kewangan apabila berlaku keadaan yang memerlukan rawatan atau kemasukan ke hospital.

Tetapi perlindungan kewangan tidak semestinya bermaksud kita tidak perlu menyediakan bajet untuk penjagaan kesihatan rutin.

Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan untuk mengenal pasti faktor risiko, memberi nasihat pengurusan risiko dan membuat rujukan lanjut jika diperlukan.

pemeriksaan kesihatan

Pada asasnya, terdapat perbezaan antara:

“Saya mempunyai perlindungan jika sesuatu berlaku”

dengan

“Saya memperuntukkan wang untuk mengetahui keadaan kesihatan saya secara berkala.”

Kedua-duanya memainkan peranan yang berbeza dalam perancangan kewangan kesihatan.

Kesilapan ibu bapa : tunggu anak sakit baru bawa berjumpa doktor gigi

Perkara ini lebih mudah berlaku dalam kalangan ibu bapa. Anak tidak mengadu sakit, jadi pemeriksaan ditangguhkan. Gigi susu pula dianggap tidak begitu penting kerana akhirnya akan tanggal.

Apabila sakit mula berlaku, barulah ibu bapa mencari rawatan. Masalahnya, ketiadaan sakit tidak semestinya bermaksud tiada masalah.

Masalah ini yang cuba diketengahkan oleh Dr. A’tikah U’zed (Doktor Gigi di Klinik Pergigian Aesira) yang melihat ada keperluan untuk ibu bapa di Malaysia mengkhususkan wang untuk rawatan gigi anak mereka atau mereka sendiri!

pemeriksaan kesihatan gigi

Penegasan ini nampak ada intinya selepas kami melihat bahawa data National Oral Health Survey of Adults (NOHSA) 2020 menunjukkan ;

“Prevalens karies dalam kalangan rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas ialah 85.1%, manakala dalam kumpulan umur 15–19 tahun pun prevalensnya masih 51.7%. Dalam kalangan orang dewasa yang mempunyai gigi, 40.7% mempunyai keperluan rawatan restoratif, 28.9% keperluan cabutan dan 4.5% keperluan rawatan endodontik.”

Masalah gusi juga tidak semestinya bermula dengan kesakitan.

NOHSA 2020 mendapati hanya 5.1% populasi bergigi mempunyai periodontium yang sihat, sementara 38.2% mempunyai periodontitis. KKM turut menerangkan bahawa penyakit periodontal boleh tidak disedari kerana pada peringkat awal ia boleh berlaku tanpa sakit.

Ini menjadikan pemeriksaan berkala satu perkara yang relevan bukan sahaja kepada kesihatan, tetapi juga kepada cara keluarga merancang perbelanjaan.

Kos rawatan gigi sebenarnya boleh dilihat sebagai kos tahunan

BilRawatanAnggaran kosKekerapan /Perspektif
1Konsultasi & pemeriksaan gigiRM30–RM1006–12 bulan / mengikut risikoKos asas untuk mengetahui keadaan gigi sebelum membuat keputusan rawatan
2X-ray gigi kecil (periapikal/bitewing)RM30–RM80Jika diperlukan doktorMembantu melihat masalah yang tidak jelas melalui pemeriksaan biasa
3X-ray panoramic (OPG)RM80–RM200Jika diperlukanBiasanya untuk penilaian keseluruhan rahang, gigi bongsu atau perancangan tertentu
4Scaling & polishingRM80–RM250Mengikut keadaan gigi/gusiPenjagaan berkala yang boleh dimasukkan dalam bajet pergigian tahunan
5Rawatan fluoridaRM50–RM120Berdasarkan risiko, terutama kanak-kanakPreventive care yang boleh dirancang lebih awal
6Fissure sealant±RM50–RM100/gigiTerutama gigi tertentu kanak-kanakPerbelanjaan pencegahan yang dibuat berdasarkan penilaian doktor
7Tampalan gigiRM80–RM300/gigiApabila terdapat kariesContoh kos rawatan yang mungkin timbul selepas pemeriksaan
8Cabutan gigi biasaRM80–RM300/gigiJika gigi tidak dapat dikekalkan / perlu dicabutKos meningkat berbanding penjagaan rutin apabila masalah memerlukan prosedur
9Rawatan saluran akar (root canal)±RM600–RM2,000/gigiUntuk gigi dengan masalah pulpa tertentuContoh bagaimana rawatan boleh menjadi lebih kompleks dan memerlukan bajet lebih besar
10Pembedahan gigi bongsu±RM800–RM2,500/gigiJika impaksi/kerumitan memerlukan pembedahanContoh kos prosedur yang lebih besar dan sukar dirancang sebagai perbelanjaan rutin

Semak : Senarai Harga Rawatan Gigi Terkini

Daripada melihat pergigian sebagai:

“Berapa saya perlu bayar apabila gigi sakit?”

lebih baik keluarga melihatnya sebagai:

“Berapa bajet saya perlu sediakan setiap tahun untuk penjagaan gigi?”

Ini tidak bermaksud seseorang perlu menjalani rawatan setiap tahun.

Sebaliknya, bajet tersebut boleh merangkumi pemeriksaan, penjagaan pencegahan dan rawatan yang diperlukan berdasarkan penilaian doktor gigi.

Kekerapan pemeriksaan pula bukan satu angka yang wajib sama untuk semua orang. Sesetengah individu mungkin memerlukan pemeriksaan lebih kerap berdasarkan risiko karies, keadaan gusi, sejarah rawatan dan faktor kesihatan lain.

Matlamatnya ialah tidak menunggu sehingga keadaan menjadi kecemasan sebelum mula merancang.

Contohnya, gigi jarang bukan semata-mata soal kosmetik

Ambil contoh diastema, atau gigi jarang.

Menurut Dr. A’tikah U’zied, diastema ialah ruang antara dua gigi yang paling kerap dilihat pada gigi hadapan atas.

Ia boleh berkait dengan saiz gigi berbanding rahang, faktor struktur semula jadi atau tabiat tertentu. Antara perkara yang boleh diperhatikan ialah ruang yang jelas antara gigi atau ruang yang semakin melebar.

Tidak semua diastema memerlukan rawatan.

Baca : Mencari Medical Card Terbaik? Tipu Semua Tu. Fahamkan 5 Perkara Ini

Tetapi apabila ibu bapa atau individu menyedari perubahan pada kedudukan atau jarak gigi, pemeriksaan memberikan peluang untuk menentukan sama ada ia sekadar variasi normal atau sesuatu yang memerlukan pemantauan atau rawatan.

Inilah konsep financial planning yang sering terlepas pandang.

Pemeriksaan bukan bermaksud kita sudah bersetuju untuk menjalani rawatan.

Pemeriksaan bermaksud kita mendapatkan maklumat terlebih dahulu.

Dengan maklumat itu, keluarga boleh membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan, bila ia perlu dilakukan dan bagaimana perbelanjaannya boleh dirancang.

Jadi, enam bulan atau setahun sekali?

Jawapannya bergantung kepada individu.

Jadual pemeriksaan gigi sepatutnya mengambil kira keadaan gigi dan gusi, tahap risiko, umur, sejarah rawatan serta penilaian doktor gigi.

Bagi sesetengah orang, pemeriksaan enam bulan sekali mungkin sesuai. Bagi yang lain, doktor mungkin mencadangkan sela masa yang berbeza.

Yang penting ialah jangan menjadikan “tidak sakit” sebagai satu-satunya ukuran untuk menentukan sama ada pemeriksaan diperlukan.

Konsep yang sama digunakan dalam kesihatan secara umum. KKM menerangkan bahawa saringan kesihatan bertujuan membantu mengenal pasti faktor risiko dan penyakit lebih awal supaya pengurusan dapat dimulakan.

Bagaimana keluarga boleh masukkan kesihatan dalam financial planning?

Satu pendekatan mudah ialah membahagikan perancangan kepada beberapa lapisan:

Pertama, perlindungan.
Insurans atau takaful untuk risiko kesihatan yang besar, mengikut kemampuan dan keperluan keluarga.

Kedua, dana kecemasan.
Simpanan tunai untuk perbelanjaan kesihatan atau kecemasan yang tidak dirancang.

Ketiga, preventive healthcare.
Bajet tahunan untuk pemeriksaan dan saringan yang bersesuaian dengan umur serta faktor risiko.

Keempat, penjagaan rutin.
Termasuk pergigian dan keperluan kesihatan lain yang boleh dijangka.

Dengan cara ini, kesihatan tidak hanya muncul dalam bajet apabila sesuatu sudah berlaku.

Baca : Permintaan Sektor Penjagaan Kesihatan Diunjur Meningkat Bagi Jangka Panjang

Kesihatan juga perlukan bajet sebelum ia menjadi kecemasan

Financial planning yang baik bukan sekadar mempunyai wang apabila berlaku masalah.

Ia juga tentang mengetahui perbelanjaan yang boleh dijangka, menyediakan ruang untuk penjagaan berkala dan membuat keputusan berdasarkan maklumat sebelum keadaan menjadi mendesak.

pemeriksaan kesihatan

Pemeriksaan kesihatan tidak menjamin seseorang akan terlepas daripada penyakit atau rawatan mahal. Begitu juga pemeriksaan gigi tidak menjamin seseorang tidak akan memerlukan prosedur kompleks pada masa hadapan.

Namun, pemeriksaan memberikan sesuatu yang penting dalam perancangan kewangan:

maklumat lebih awal.

Dan maklumat lebih awal memberikan keluarga peluang untuk membuat keputusan dengan lebih tenang, sama ada perlu merawat sekarang, memantau dahulu atau menyediakan bajet untuk rawatan pada masa akan datang.

Jadi, apabila menyediakan bajet keluarga untuk tahun hadapan, jangan hanya tanya:

“Berapa saya perlu simpan kalau saya jatuh sakit?”

Tanya juga:

“Berapa yang saya sanggup peruntukkan untuk mengetahui keadaan kesihatan saya sebelum ia menjadi kecemasan?”

Kerana dalam pengurusan kewangan kesihatan, bil rawatan bukan satu-satunya kos yang perlu difikirkan.

Masa, ketidakselesaan, kehilangan produktiviti dan keputusan yang dibuat ketika keadaan sudah mendesak juga mempunyai nilai.

Preventive healthcare bukan tentang berbelanja sebanyak mungkin untuk kesihatan.

Ia tentang merancang supaya kesihatan tidak menjadi kejutan kewangan kepada keluarga.

Artikel ini bertujuan memberikan maklumat umum dan bukan pengganti nasihat doktor atau doktor gigi. Keperluan pemeriksaan, saringan dan rawatan berbeza mengikut keadaan individu.