10 Cara Orang Cina Berniaga Yang Boleh Kita Contohi

“Kenapa orang Cina pandai bisnes? Apa-apa bisnes pun, mesti orang Cina kaya-raya dan berjaya.”

Kedai telefon, restoran, bidang IT, sales dan marketing, kedai perabot, tekstil dan pakaian serta banyak lagi perniagaan yang melonjak naik adalah orang Cina. Sehingga orang Melayu juga berminat mengetahui rahsia kejayaan perniagaan orang Cina dalam perniagaan.

Kebanyakan daripada mereka mula berniaga dari zero ketika tiada apa-apa, sehinggalah mereka berjaya. 

Jom ketahui dan kenalpasti 10 cara orang Cina berniaga yang boleh kita jadikan contoh.

1. Kerja Keras Dan Lebih Kuat

Dalam Islam sendiri pun ada cakap, ‘Man Jadda Wajada’ yang bermaksud, siapa yang berusaha bersungguh-sungguh, dia pasti akan dapat. Kata tokoh konglomerat Korea Selatan, Kim Woo Choong pula, “Sekiranya kerajinan kita sama dengan orang-orang barat, kita masih tidak dapat untuk menyainginya.  Jika ingin lebih berjaya daripada mereka, kita tidak mempunyai pilihan lain kecuali berkerja lebih kuat daripada mereka”.

Orang Cina memegang prinsip bekerja keras dan bekerja kuat. Sebab itulah ramai orang Cina yang rajin berusaha.

Jarang kita nampak orang Cina yang meminta-minta dan tidak bekerja.

2. Berjimat-Cermat, Elak Duit Keluar

Perasan tak, kebanyakan orang Cina akan menggunakan duit bisnes untuk rolling modal sahaja. Jarang pula kita dengar mereka gunakan untuk enjoy begitu saja.

Malah, semua duit masuk dan keluar dicatatkan dengan jelas.

3. Menjaga Hubungan Dengan Pelanggan

Hari ini kita beli kereta dengan mereka, 9 tahun kemudian hubungan silaturrahim masih lagi baik dan sering bertanya khabar atau bagi ucapan Selamat Hari Raya.

Cara orang Cina berniaga bukanlah memikirkan duit semata-mata, tetapi juga hubungan di antara pelanggan yang bertukar menjadi kenalan dan kawan.

4. Upselling

Mereka juga akan menawarkan diskaun dan potongan harga jika kita pernah membeli barang di kedai mereka sebelum ini.  Bagi mereka, ia tetap dapat menambahkan keuntungan perniagaan.

“Lu angkat ini beg. Wa bagi you harga baik punya sebab itu hari you sudah angkat ini tali pinggang.”

5. Pantas Bertindak

Cara orang Cina berniaga amat pantas.  Mereka menggunakan prinsip ‘Siapa cepat, dia dapat’. Sebelum orang lain buat, mereka akan buat dahulu.

Sebelum pelanggan fikir begitu, mereka akan beri penyelesaian dahulu. Itu membuatkan perniagaan mereka semakin maju dan terus maju.

6. Pengalaman

Bagi orang Cina, perniagaan dengan hanya berbekalkan ilmu sahaja sememangnya tidak cukup. Pengalaman sangat penting untuk berjaya.

Oleh sebab itu, ramai anak muda cina mula berniaga selepas tamat sekolah untuk mendapatkan pengalaman dan belajar akan selok belok perniagaan. Mereka bukannya mencari ilmu semata-mata, tetapi mencari pengalaman yang sangat berharga untuk kegunaan masa depan.

7. Konsep Rezeki

Kaum Cina percaya bahawa rezeki datang jika mereka rajin berusaha seawal pagi. Mereka akan memulakan kerja pada awal pagi dan memegang konsep, ‘Memberi akan membuatkan mereka dapat lebih banyak’.

Sama seperti konsep sedekah, mereka juga berfikiran sekiranya mereka berbuat baik, mereka akan diberikan rezeki yang lebih banyak.

Rebut Saham Akhirat Dengan Infaq Dan Waqaf Bagi Pembinaan Bangunan Tahfiz Al Quran Al Ansar

8. Sentiasa Berfikiran Positif

Untuk pengetahuan anda, orang Cina yang berniaga kebanyakannya memiliki sikap positif. Mereka juga takkan bercakap perkara yang buruk sebelum mula meniaga.

9. Kreatif

Cara orang Cina berniaga yang ramai tidak tahu adalah mereka amat kreatif dalam memikirkan perkara yang tidak ramai orang buat. Sebagai contoh, mereka mengusahakan perniagaan yang mendapat permintaan tinggi yang orang lain tak terfikir pun nak buat.

Ini bermakna, mereka akan mengkaji terlebih dahulu apa masalah orang ramai yang boleh mereka beri penyelesaian.

Mereka juga suka berpakat jadikan sesuatu lokasi tersebut menjadi specialised area dan akan menarik lebih banyak pelanggan. Biasa nampak kedai tayar berderet-deret dalam kawasan yang sama?

10. Menjadi Bos Kepada Diri Sendiri

Biarpun bekerja dengan orang lain, mereka akan fikirkan perniagaan itu adalah perniagaan mereka sendiri. Merekalah pekerja dan mereka jugalah bos.

Dengan mindset sebegitu, mereka akan berfikir dan bertindak sebagai seorang bos dan berusaha untuk membawa kejayaan yang tinggi kepada syarikat dan perniagaan.

Dan lagi satu kalau kita perasan, mereka sering berniaga secara berjemaah. Kedai sebelah jual nasi ayam, kedai mereka pun jual nasi ayam. Kedai sebelah jual telefon, mereka pun jual telefon.

Dan mereka juga tiada masalah untuk beri bisnes kepada kedai sebelah. Sebagai contoh model telefon yang mereka miliki ‘out of stock’ tetapi pelanggan nak beli juga, mereka akan ‘pinjam’ kedai sebelah punya telefon, asalkan barangan terjual dan pelanggan pun berpuas hati.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.