Kenali 7 Pelabur Wanita Yang Terkenal Dan Dikagumi

Bila disebut tentang pelabur hebat, nama-nama seperti Benjamin Grahan, Warren Buffett, George Soros, Ray Dalio, Stanley Druckenmiller dan ramai lagi menjadi buah mulut. Tetapi bagaimana pula dengan pelabur wanita?

Menurut sumber Utusan Online pada 10 Sept 2017, bilangan pelabur wanita hanyalah 10% jika dibandingkan dengan pelabur lelaki.  Hal ini kerana kurangnya pendedahan dan ilmu pengetahuan berkaitan saham dalam kalangan wanita. Namun, ia terpulang kepada sesebuah negara tersebut.

Banyak syarikat pelaburan atau organisasi luar kini menganjurkan program pendedahan berkaitan pelaburan kepada para wanita.  Minat dan usaha keras bakal menjadi tunggak kejayaan mereka yang bersungguh-sungguh.

Sebenarnya, terdapat beberapa pelabur wanita dunia ramai tak tahu.  Mereka  sangat berpengaruh dalam industri pelaburan dan sangat berjaya. Jom lihat 7 pelabur dunia wanita yang dikagumi ramai.

1.   Sallie Krawcheck 

Pelabur dunia wanita ini pernah menjadi CEO Citygroup unit Smith Barney dan penganalisa equiti di salah satu firma Wall Street.  Beliau juga adalah presiden unit pengurusan kekayaan Merryl Lynch yang untungnya 3.1 billion selama 2 tahun.

Pelabur berjaya ini juga telah melancarkan Ellevest iaitu Digital Investment Advisor untuk para wanita.

2.  Gail Kelly

Wanita berpendapatan paling tinggi di Australia dan pernah memegang jawatan CEO dibank utama Australia ini digelar wanita paling berkuasa ke-56 di dunia Forbes pada tahun 2014. 

Gail Kelly mempunyai pandangan yang jauh dan sering berjuang untuk membawa lebih ramai wanita menerajui dunia korporat.

3.  Lubna Olayan

Mengikut jejak langkah keluarganya, pelabur dunia wanita ini tersenarai dalam ‘65th Most Powerful Woman of 2016’. Beliau adalah peneraju Olayan Financing Company (OFC) yang dibina oleh ayahnya dengan pendapatan 7 billion.

Beliau dipandang sama hebat seperti pelabur lelaki yang lain. 

4.  Mary Callahan Erdoes

Beliau adalah satu-satunya graduan universiti wanita yang tamat belajar dalam major Matematik di universiti Georgetown.  Beliau adalah salah seorang Wall Street Maven dan juga CEO J.P Morgan Asset Management yang mempunyai 2 trillion dollar aset klien. 

Erdoes telah ditabalkan sebagai ‘Top 25 Powerful Woman in Wall Street’.

5.  Arlene Dickinson

Arlene Dickinson adalah seorang pelabur terkenal yang mempunyai banyak syarikat yang pelbagai industri.  Beliau juga terlibat dalam Dragon’s Den (Shark Tank Canada Version), malah turut tersenarai dalam ‘Canada’s Most Powerful Woman Top 10 Hall Of Fame’.

6.  Barbara Corcoran

Pelabur ini terkenal sebagai pakar hartanah dan merupakan panel pelabur di ABC’s Shark Tank.  Beliau telah melancarkan Barbara Corcoran Venture Partner dan sepanjang kerjayanya, beliau telah membuat pelaburan bagi lebih 30 syarikat. 

7.  Geraldine Weiss 

Geraldine Weiss telah meletakkan wanita dalam industri kewangan kerana pencapaiannya sebagai The Grand Dame of Dividens.  Beliau adalah wanita pertama yang memegang lesen dalam pelaburan di samping menjadi penerbit IQR selama 37 tahun.

Untuk pengetahuan anda, analisis pasaran saham beliau turut keluar di Forbes, Fortune, Wall Street Journal dan The New York Times. 

Nama pelabur wanita ini cukup dikenali ramai dalam kalangan pelabur, malah mereka dikagumi ramai.  Pencapaian wanita juga sama hebat, sama seperti pelabur lelaki lain yang hebat-hebat belaka.

KreditMarket Demon

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Berjaya Food Sekali Lagi Rugi, Kali Ini Sebanyak RM14.32 Juta

KUALA LUMPUR: Berjaya Food Bhd mencatatkan satu lagi kerugian pada suku yang baru berakhir apabila kos dan perbelanjaan terus melebihi pertumbuhan hasil yang kecil.

Kerugian bersih bagi pemegang francais rangkaian kopi Starbucks itu berjumlah RM14.32 juta bagi tempoh tiga bulan berakhir 31 Mac 2026, suku ke-10 berturut-turut syarikat berada dalam kerugian.

Namun begitu, kerugian lebih rendah berbanding RM37.19 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2025 hasil langkah kawalan kos dan penutupan kedai.

Hasil bagi suku dikaji meningkat 4.9 peratus tahun ke tahun kepada RM119.14 juta, sebahagian besarnya didorong oleh operasi luar negara.

Walau bagaimanapun, Berjaya Food Bhd kekal optimis terhadap prospeknya dengan menyatakan bahawa usaha-usaha terkini mula menunjukkan hasil.

“Kumpulan menjangkakan prestasi operasi dan kewangan akan terus kukuh, disokong oleh inisiatif pemasaran dan promosi yang berterusan, usaha rasionalisasi kedai yang sedang dijalankan, serta pendigitalan berterusan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan sama ada dalam talian mahupun di kedai,” katanya.

Berjaya Food kini giat mengembangkan operasi di luar negara sambil memperkukuh jenama lain dalam portfolionya termasuk Paris Baguette dan Krispy Kreme Doughnuts bagi mengekang kerugian berterusan.

Di pasaran tempatan pula, syarikat menutup cawangan Starbucks dan restoran Kenny Rogers Roasters yang tidak mencatatkan prestasi baik.

“Inisiatif yang dilaksanakan ini telah menunjukkan peningkatan dalam prestasi kumpulan dan dijangka terus memberikan sumbangan positif pada suku akan datang, disokong oleh penambahbaikan lanjut dalam kecekapan operasi,” katanya.

— Berita Harian