Kisah Elon Musk, Orang Kedua Terkaya Dunia

Elon Musk adalah usahawan jutawan yang bertanggungjawab mengasaskan pelbagai syarikat gergasi seperti Tesla, SolarCity, SpaceX, dan PayPal. Usahawan jutawan Elon Musk ini memang cukup berjaya dan terkenal di seluruh dunia.

Pasti ramai yang tertanya-tanya apa yang dilakukan oleh mereka yang berjaya dan apakah rahsia kejayaan mereka bukan?

Latar Belakang Elon Musk

Elon Musk dilahirkan di Afrika Selatan pada tahun 1971. Ayahnya merupakan seorang jurutera manakala ibunya merupakan pakar pemakanan.

Elon Musk menghabiskan sebahagian besar waktunya dengan membaca buku-buku Isaac Asimov yang banyak memberi inspirasi kepada hidupnya.

Permulaan kerjaya awal Elon Musk, beliau telah membuka sebuah syarikat internet yang disertai bersama oleh abang dan rakannya. Sebelum mendapat pelabur dana yang besar, beliau terpaksa bersusah payah untuk bangkit kerana menghadapi masalah kewangan.

Menjual Syarikat Dan Melabur

Selepas memperoleh pelabur dan syarikat penerbitan, akhirnya beliau telah menjual syarikat tersebut kepada Compaq dengan harga USD307 juta.

Setelah menjual syarikat tersebut, Elon Musk memperolehi keuntungan USD22 juta dan terus melaburkan sebahagian besar wang ke dalam syarikat perkhidmatan kewangan yang didirikannya bernama X.com.

Nasibnya bertambah baik sejurus memulakan usaha baru ini ketika syarikatnya bergabung dengan syarikat PayPal. Tiga tahun selepas penggabungannya dengan PayPal, beliau menjual syarikatnya kepada eBay dengan harga USD1.5 bilion.

Mengasaskan Tesla Dan SpaceX

Dengan kejayaannya itu, beliau telah membuka lagi syarikat permotoran Tesla dan juga angkasa lepas SpaceX yang sememangnya mendapat sambutan yang baik.

Tesla kini merupakan salah sebuah syarikat paling berharga di dunia bernilai USD650 bilion dan SpaceX pula bernilai USD74 bilion.

Lihatlah betapa hebatnya Elon Musk mengambil risiko yang nampaknya kini telah membuahkan hasil.

Beliau juga sering menyatakan bahawa beliau melakukan sesuatu bukan kerana wang. Tetapi untuk merealisasikan impian yang dimilikinya dan memastikan ianya berjaya seperti apa yang diharapkan.

Kesimpulannya, kebanyakan orang mungkin akan lari dari cabaran dan kesukaran, namun Elon Musk akan tetap dengan pendiriannya dan tetap mempelajari mengenai cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Beliau rela mencurahkan wang, darah, keringat dan air matanya demi memastikan syarikatnya berjaya. Semoga kisah kejayaan Elon Musk ini dapat memberikan inspirasi buat anda.

Sumber: The Strive

Mungkin kita tak mampu nak jadi sehebat Elon Musk dalam membangunkan syarikat, tetapi kita boleh beli saham syarikat beliau.

Mulakan Pelaburan Saham di Wall Street

Dengan USD 250 (RM1,050), anda boleh membeli saham-saham patuh syariah PALING UNTUNG untuk suku pertama 2021 di US seperti:

  1. KOSS (USD 18.80): kenaikan 462%
  2. ICGN (USD 9.63): kenaikan 341%
  3. EYES (USD 7.42): kenaikan 282%
  4. LODE (USD 3.83): kenaikan 227%
  5. MVIS (USD 17.97): kenaikan 165%

Di Wall Street, tiada HAD keuntungan mahupun kerugian ye.

Saham BTBT naik sehingga 5382% pada awal 2021, saham BEEM naik mencecah 2161% pada penghujung 2020.

Cuma kena lah ingat  High Risk, High Return. Jangan sampai terciduk pula.

Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang mudah difahami. Tak kira anda pelabur newbie atau lama, e-book ini memang sesuai.

Panduan melabur saham global:

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke luar negara?

Rugi korang yang tak mulakan langkah pertama beli saham-saham global seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi.

Takut saham tu mahal? Eh, banyak lagi saham-saham yang murah dan patuh syariah.

Waktu jual beli saham dibuka sekitar 9.30/10.30 malam. Boleh buat analisis, beli saham dan buat profit tanpa perlu ganggu waktu kerja.

Miliki e-book step by step untuk melabur saham di US. Dalam e-book ini, anda akan belajar:

1. 3 indeks yang ada di Wall Street
2. Cara pilih saham-saham yang berkualiti
3. Cara pilih saham mengikut kriteria
4. Teknik yang berkesan untuk beli saham US
5. Cara menentukan saham patuh syariah atau tidak
6. Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham US
7. Dua screener percuma

Miliki e-book ini sekarang -> Dari Malaysia Ke Wall Street

Previous ArticleNext Article

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.