Kenali QL Resources, Pengeluar Telur Di Bursa Malaysia

Siapa sangka syarikat yang mengeluarkan telur juga boleh disenaraikan di pasaran saham Malaysia, malah begitu popular sekali syarikat bernama QL Resources Berhad ini.

Rakyat Malaysia memang suka sangat makan ayam dan telur ayam, jom kita berkenalan dengan mereka.

Kenali Siapa QL Resources

QL Resources adalah sebuah syarikat pengeluar telur di Bursa Malaysia yang merupakan saham patuh syariah.

Maklumat Syarikat:

QL Resources Berhad
16A, Jalan Astaka U8/83,
Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Ditubuhkan pada tahun 1987, Dr Chia Song Kun adalah Pengerusi Syarikat QL Resources. Dengan modal pasaran sekitar RM14 bilion, QL Resources fokus kepada 3 sektor berbeza iaitu penghasilan hasil laut, penternakan dan juga kelapa sawit.

3 Sektor Perniagaan QL Resources

Kredit Gambar: QL

i) Ladang Ternakan Bersepadu, termasuklah ladang ternakan dan perdagangan makanan

ii) Pembuatan Produk Marin, termasuklah pemprosesan surimi iaitu pes makanan proses, produk berasaskan ikan serta penangkapan ikan laut dalam.

iii) Aktiviti Minyak Sawit, termasuklah pengilangan minyak kelapa sawit di Sabah, perladangan serta perintis tenaga bersih berasaskan biojisim sawit.

Walaupun terlibat dalam 3 sektor yang berbeza, mereka cukup terkenal dengan sektor pengeluaran telur ayam di mana QL Resources mampu mengeluarkan sebanyak 5.5 juta biji telur ayam setiap hari.

Dengan tambahan kapasiti pengeluaran sebanyak 30%, mereka baru saja membina ladang baru di Raub, Pahang.

Telur QL Resources Di Pasaran

Telur QL Eggs adalah datangnya dari ladang yang patuh amalan keselamatan haiwan dan makanan. Mereka amat menitikberat terhadap kesihatan ayam dan telur yang dihasilkan sangat berkualiti tinggi dan berkhasiat.

Ianya semulajadi, sifar warna sintetik dan lengkap dengan makanan probiotik dan dipasarkan di seluruh Malaysia dan Indonesia.

Terdapat 3 jenis telur yang dipasarkan oleh QL Resources. Pergi ke mana-mana pasaraya, mesti jumpa telur keluaran mereka.

Kredit Gambar: QL

1. QL Deli Fresh

QL Deli Fresh adalah telur ayam yang mempunyai 40% lebih sedikit kolestrol daripada telur biasa dan ia tidak mempunyai warna sintetik. QL Deli Fresh ini adalah hasil dari ayam sihat dengan probiotik makanan terbaik serta pemprosesan kebersihan yang canggih.

2. QL Omega

QL Omega adalah telur hasil dari omega-3 dan diperkaya dengan DHA, ianya bebas daripada warna sintetik dan memiliki kolestrol 50% lebih rendah daripada telur biasa. Ia sangat berkualiti daripada segi nutrisi dan zat.

3. QL Sakura

QL Sakura adalah telur yang dihasilkan menggunakan teknologi makanan tambahan probiotik Lactobacillus Jepun yang telah dipatenkan. Teknologi ini berfungsi menguatkan ketahanan dan kekebalan tubuh ayam dari sebarang jangkitan.

Operasi QL Resources (Kualiti Dan Keselamatan)

QL Resources telah memenuhi standard kualiti terbaik. Operasi pembuatan makanannya juga telah disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan mematuhi peraturan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

Antara sijil yang diperoleh oleh QL Resources adalah seperti berikut.

  • Hazard Analytics dan Critical Control Point (HACCP)
  • Certification System Safety 22000 (FSSC 22000)
  • Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP)
  • Amalan Pembuatan Baik (GMP)
  • Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)
  • Veterinary Health Mark (VHM).

QL Resources beroperasi daripada 12 pusat di Malaysia iaitu 9 di Semenanjung Malaysia dan 3 di Sabah dan Sarawak. Selain daripada itu, terdapat 4 pusat di Indonesia iaitu di Jakarta, Bandung, Surabaya, Kalimantan dan 1 di Vietnam iaitu berhampiran bandar Ho Chi Minh.

Pemilik Francais Family Mart

Kredit Gambar: Family Mart

Biasa kita tengok Family Mart ada di mana-mana dan sentiasa penuh? Kalau nak tahu, QL Resources adalah merupakan Master Francais kepada FamilyMart Co. Ltd.

Kiranya syarikat ini diversify dan terlalu bergantung kepada perniagaan telur semata-mata.

Perolehan QL Resources Terkini – 2021

Jika dilihat daripada segi perolehan sepanjang tempoh 10 tahun yang lalu, perolehan QL Resources telah meningkat daripada RM1.48 bilion pada tahun 2010 kepada RM4.16 bilion pada tahun 2020.

Menurut sumber The Kapital, keuntungan bersih syarikat telah meningkat daripada RM106.9 juta pada tahun 2010 kepada RM239.4 juta pada tahun 2020.

Sumber: The Kapital

Sumber: Bursa Marketplace

Harga saham semasa QL Resources adalah di sekitar paras RM6. Sekiranya ingin melabur ke dalam saham ini, modal yang diperlukan untuk 100 unit adalah seperti berikut.

RM6 x 100 unit = RM600 (tidak termasuk kos-kos lain)

Sumber Rujukan:

Belajar dan Terus Belajar!

Ada banyak video YouTube dan ebook yang ajar teknik-teknik asas untuk buat duit di pasaran saham.

Buku pun banyak boleh dibeli secara online. 

Alhamdulillah buku Malaysia Melabur Saham telah terbit. Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat dalam pelaburan saham tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Buku Malaysia Melabur Saham

Kenapa Kena Beli Buku Ini?

  • Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.
  • Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
  • Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
  • Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.
  • Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.
This image has an empty alt attribute; its file name is 210115-MMS-Isi-Kandungan-1200x800-ONPAY-700x467.jpg
This image has an empty alt attribute; its file name is 210106-MMS-Isi-Kandungan-1200x800-ONPAYpg3-2-700x467.png

Testimoni

“Buku ini memang sangat membantu bagi mereka yang nak mulakan langkah pertama dalam pelaburan saham”- TUAN HAJI MOHD ASRI AHMAD (MSTA,CFTe), Master Trainer Asri Ahmad Academy, Bursa Marketplace Social Influencer of the Year 2018

“Dalam dunia pelaburan saham ni banyak cabangnya, dengan membaca buku ini anda tahu nak mula”- TUAN HAJI ZAINAL ARIFFIN OSMAN (MSTA, CFTe, IFTA, UKSTA, MATA), Certified Technical Analyst, Senior Vice President Inter-Pacific Securities

“Dengan membaca buku ini, ianya dapat membantu kita agar tak tersalah langkah dalam melabur saham”- TUAN NAZARRY ROSLI (CCFT, CFP, MSTA, CFTe), Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI)

Buku Malaysia Melabur Saham kini dibuka untuk jualan. Tempah sekarang sebab masih ada harga istimewa -> Buku Malaysia Melabur Saham

Terima kasih lagi sekali kepada semua followers kami, semoga kita menjadi pelabur yang kaya dan berjaya.

Previous ArticleNext Article

Minat Nak Jadi Remisier? Begini Caranya

Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.

Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.

Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.

Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu

Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).

Siapakah Securities Commission (SC)?

Sumber gambar: The Malaysian Reserve

Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.

Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.

Aktiviti Yang Memerlukan Lesen Di Malaysia

Sumber: Licensing Handbook mukasurat 10 – fail PDF

Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.

Ada Syarat Nak Jadi Remisier?

Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.

Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
  2. Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
  3. Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
  4. Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.

Untuk mengetahui kombinasi modul peperiksaan yang diperlukan, anda boleh merujuk kepada panduan modul peperiksaan CMSRL mengikut aktiviti.

Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan pelesenan boleh dirujuk dalam Licensing Handbook Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:

  • Modul 6 dan Modul 7
  • Modul 6 dan Modul 18
  • Modul 7 dan Modul 17
  • Modul 17 dan Modul 18

Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.

Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus

Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?

Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)

Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.

Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula

Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.

Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.

Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.

Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.

Yuran Peperiksaan

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.

Sumber rasmi: SIDC – The SC Licensing Examinations

Senang Ke Nak Lulus?

Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.

Sumber: Kadar kelulusan mengikut modul, 2015–2024

Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja

Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.

Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!

Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier

1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?

Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?

Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.

3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?

Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.

4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?

Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.

5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?

Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.