Kisah Permulaan 7-Eleven Hampir 100 Tahun Yang Lalu

7-Eleven sangat terkenal di seluruh Malaysia sebagai sebuah francais yang maju, tetapi tak ramai yang tahu bagaimana ia telah tercipta pada awalnya. Kisah permulaan 7-Eleven ini mungkin boleh dijadikan inspirasi buat anda yang ingin berjaya dan membina network.

Sejarah 7-Eleven

7-Eleven adalah rangkaian kedai serbaneka Jepun-Amerika dengan ibu pejabatnya terletak di Dallas, Texas. Ia ditubuhkan pada tahun 1927 sebagai kedai blok ais di Dallas dengan nama Kedai Tote’m (Tote’m Store) pada tahun 1928 sehinggalah tahun 1946.

Namun kemudiannya, 70% syarikat itu telah diambil alih oleh konglomerat Jepun, Ito-Yokado pada tahun 1991, dan ianya telah disusun semula.

Pada tahun 2005, ia telah menjadi anak syarikat Seven-Eleven Japan Co. Ltd. Kini ianya berpusat di Tokyo Seven & I Holdings Co. Ltd. 7-Eleven dan beroperasi di 17 buah negara.

Setakat Jun 2019, mereka mempunyai cawangan sebanyak 68,236 buah kedai.

Kisah 7-Eleven Tercipta

Kedai yang kita kenali dengan nama 7-Eleven ini pada asalnya telah ditubuhkan pada tahun 1927 dengan nama Tote’m Store. Pada mulanya, kedai ini menjual blok ais. Blok ais tersebut digunakan bagi pemeliharaan makanan di rumah yang tidak mempunyai peti sejuk.

Selepas itu, ia telah bergabung dengan Syarikat Southland Ice yang terletak di Dallas. Tidak dapat dipastikan sama ada sebelum atau pun selepas penggabungan, salah satu kedai di sana juga mula menjual barang-barang makanan.

Pada tahun 1931, Joe C. Thompson, Sr. telah dilantik menjadi presiden Syarikat Southland Ice. Semasa Era Kemelesetan Ekonomi pada tahun tersebut, syarikat itu telah jatuh muflis. Namun tidak lama selepas itu, mereka muncul dengan idea baru iaitu lebih menekankan kepada konsep makanan dan minuman.

Nama 7-Eleven Mula Digunakan

Pada tahun 1946, kedai-kedai mereka telah membuat rebranding dan diberi nama 7-Eleven. Nama tersebut dipilih berdasarkan waktu operasi mereka yang berlanjutan dari jam 7:00 pagi hinggalah jam 11:00 malam setiap hari.

Perkembangan 7-Eleven Dalam Konsep Francais

Sekitar tahun 1950-an, kedai 7-Eleven mula berkembang di luar Texas dan mereka mula membuka kedai 7-Eleven di kawasan pantai timur Amerika pula.

Anak lelaki Joseph Thompson telah menjadi presiden syarikat tersebut pada tahun 1961. Perniagaan mereka semakin bagus dan terus berkembang dengan pesatnya.

Tahukah anda, bermula pada tahun 1963 pula, beberapa cawangan 7-Eleven dibuka 24 jam sehari dan pada tahun berikutnya, syarikat ini mula membuka francaisnya kepada orang ramai?

Syarikat Southland Ice telah melesenkan perniagaan 7-Eleven kepada Jepun pada tahun 1973. Setahun selepas itu, terdapat 5,000 kedai 7-Eleven di seluruh dunia.

Syarikat tersebut semakin berkembang dalam penjualan makanan, minuman dan sebagainya sehinggalah ke hari ini. Kini, 7-Eleven bukanlah hanya menjual blok ais seperti zaman dahulu, tetapi telah menjual bahan makanan, barang runcit dan bermacam-macam lagi.

Yang bestnya, kedai 7-Eleven ini dibuka berhampiran dengan kita dan jarang sekali ditutup.

Sumber RujukanBritannica

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Peniagawati Mengumumkan Majlis Minum Petang DiRaja 2026 Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-45

KUALA LUMPUR, 26 November Persatuan Wanita Bumiputera Dalam Perniagaan dan Profesyen Malaysia (Peniagawati), persatuan usahawan wanita Bumiputera premier di Malaysia, hari ini mengadakan sidang media di Pavilion Peniagawati, Dewan 3, Aras 1, MITEC Kuala Lumpur bagi memperkenalkan acara Majlis Minum Petang DiRaja 2026 sempena ulang tahun ke-45 persatuan.

Majlis berprestij ini akan dihadiri oleh dua Tetamu Kehormat DYMM Tuanku Zara Salim, Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, dan DYMM Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu. Majlis Minum Petang DiRaja dijangka menghimpunkan kira-kira 400 tetamu, termasuk ahli, rakan kerjasama, dan tetamu kehormat.

Sejak 1980, Peniagawati menjadi tulang belakang kepada pembangunan usahawan wanita Bumiputera. Ulang tahun ke-45 ini menandakan komitmen baharu untuk memperkasakan wanita melalui program pembangunan kapasiti denagan adanya lima zon Chapter baru, rangkaian strategik, dan pengukuhan organisasi di bawah kepimpinan Presiden Dato’ Hjh Emmy Suraya Hussein.

Peniagawati turut mengumumkan pelancaran lima zon Chapter-Utara, Selatan, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak serta kemas kini kepada Perlembagaan Peniagawati bagi memperkukuh tadbir urus, operasi Chapter, dan sokongan kepada ahli.

Antara acara utama ialah pengumuman Logo Rasmi Ulang Tahun Ke-45 yang dipilih daripada penyertaan seluruh negara, membawa simbolik kepada perpaduan, kemajuan dan semangat wanita Peniagawati.
Maklumat lanjut mengenai Majlis Minum Petang DiRaja 2026 termasuk tiket dan penajaan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.