Ramai Terkejut CEO Tiktok Resign Sebab Ini

Tiktok sememangnya sebuah aplikasi yang terkenal pada masa kini. Tetapi, adakah anda tahu tentang CEO pemilik TikTok yang mengumumkan peletakan jawatannya?

Berita yang telah tersebar hangat di laman media sosial baru-baru ini telah menggemparkan ramai penggemar TikTok.

Gambar: Forbes

Sepanjang pandemik yang melanda dunia, ramai pihak yang telah menggunakan media sosial untuk membaca, memuat naik aktiviti atau melakukan pekerjaan dek kerana terbatasnya pergerakan. Manakala sebahagian daripada pihak juga telah beralih kepada aplikasi video pendek terkenal iaitu TikTok sejak akhir-akhir ini. 

Aplikasi TikTok kini dianggap menyeronokkan bagi anda yang gemar kepada hiburan namun kini juga dipenuhi dengan konten yang berunsur ilmu pengetahuan. Bagus bukan?

Semenjak itu, TikTok telah menjadi tumpuan di seantero dunia sehinggakan dianggap sebagai ancaman oleh Donald Trump semasa pentadbirannya sebagai Presiden Amerika Syarikat sebelum ini. Untuk pengetahuan anda, orang yang bertanggungjawab melakukan semua ini ialah Zhang Yiming. Bagi anda yang membaca artikel ini, jom kita kenali siapakah Zhang Yiming.

Gambar: Visual China Group (Getty Images; Ruobing Su/Business Insider)

Siapa Zhang Yiming?

Zhang Yiming adalah merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ByteDance; syarikat yang memiliki TikTok. Beliau merupakan orang ke 30 terkaya di dunia dengan nilai bersih yang dianggarkan berjumlah USD 44 bilion. Nilai tersebut dikatakan semakin bertambah sebanyak USD 28 billion berbanding Mac 2019 yang lalu.

Bila difikirkan, CEO TikTok ini mempunyai aset dan kekayaan yang sangat banyak. Namun, Zhang baru sahaja mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ByteDance, syarikat induk TikTok yang telah mengejutkan semua pihak. Jadi, apa sebab beliau resign dari jawatannya?

Kenapa Letak Jawatan?

Difahamkan, ia adalah kerana Zhang Yiming ingin menghabiskan lebih banyak masa untuk dirinya, membaca buku dan termenung. Walaupun kenyataan ini sedikit tidak masuk akal tetapi ia telah dikongsikan oleh pekerja Zhang Yiming sendiri. Antara isi kandungan surat yang dihantar kepada pekerjanya adalah: 

“Sebenarnya, saya kurang kemahiran untuk menjadi pengurus yang ideal. Begitu juga, saya tidak begitu bersosial, lebih suka aktiviti bersendirian seperti dalam talian, membaca, mendengar muzik dan memikirkan apa boleh jadi”.

Zhang Yiming meletak jawatan untuk memberi tumpuan kepada kehidupan dan strategi jangka panjangnya kelak. Sementara itu, Liang Rubo, pengasas bersama dan Ketua Sumber Manusia ByteDance akan mengambil alih sebagai CEO baharu ByteDance selepas ini. Semasa memegang jawatan sebagai CEO, Zhang Yiming telah menghadapi banyak tekanan dan juga dugaan.

Kiri: Zhang Yimin. Kanan:Liang Rubo. Gambar: ByteDance

Tekanan Dan Keinginan

Tekanan dan dugaan tersebut bukan sahaja daripada kerajaan China, tetapi ia juga daripada negara asing yang mempunyai undang-undang penapisan kandungan yang sangat ketat. Antara tekanan yang dihadapi beliau adalah apabila Donald Trump pernah mengancam untuk menutup Tiktok dan semua perkhidmatannya di Amerika Syarikat. Di India pula, Tiktok telah diharamkan atas sebab keselamatan negara.

Gambar: BusinessInsider

Selain itu, Zhang Yiming juga beranggapan bahawa beliau bukanlah orang yang sesuai untuk menerajui syarikat terbabit. Dalam suratnya kepada pekerja TikTok beliau turut menyatakan bahawa beliau mahu TikTok terus berkembang dengan kepimpinan baharu dan idea yang lebih segar. Selain YouTube, TikTok yang dimiliki oleh syarikat ByteDance ini juga merupakan salah satu media sosial yang mempunyai bilangan pengguna paling ramai pada masa kini.

Maka tidak hairanlah, kejayaan aplikasi TikTok hari ini telah menyebabkan pengasasnya, Zhang Yiming tersenarai dan menjadi antara individu terkaya di dunia selepas memiliki nilai kekayaan USD 60 bilion. Nilai kekayaan itu sekaligus meletakkan beliau ‘duduk sebaris’ dengan seorang lagi billionaire China iaitu Pony Ma. Pony Ma adalah jutawan terkenal dari Tencent Holdings dan merupakan pemilik syarikat minuman tempatan, Zhong Shanshan.

Kejayaan TikTok juga telah menyumbang kepada peningkatan saham syarikat ByteDance sejak akhir-akhir ini. Berdasarkan laporan, nilai saham syarikat ByteDance dalam pasaran telah dianggarkan lebih daripada USD 250 bilion. Untuk pengetahuan anda, satu perempat daripada jumlah saham tersebut adalah milik Zhang Yiming. 

Sejak tahun lalu, ByteDance juga telah mencatatkan beberapa pulangan selepas TikTok melakukan servis baharu termasuklah promosi e-dagang dan juga permainan video maya. Bak kata Ma Rui dari Synaptic Ventures,

“Zhang Yiming sangat terkenal dengan pemikiran jangka panjangnya dan tidak mudah berputus asa. Beliau juga merancang untuk membina perniagaan global”.

Untuk rekod kontroversi TikTok, bekas presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pernah mahu mengharamkan akses kepada aplikasi TikTok di negaranya. Donald Trump memberi alasan bahawa ia adalah salah satu ‘alat perisikan’ bagi negara China. Malah, ByteDance selaku pembangun aplikasi ini telah menerima tekanan yang kuat daripada negara India dan juga termasuk negaranya sendiri iaitu China.

Kesimpulannya, untuk berjaya bukan perkara yang sangat mudah dan dalam hal ini, terbukti CEO TikTok ini juga mendapat kritikan dan bermacam-macam dugaan. Oleh itu, bagi anda yang ingin berjaya, teruskan berusaha. Ingatlah, bukan senang untuk berjaya dan sangat senang untuk gagal.

CEO TikTok Terkini, Shou Zi Chew

Gambar: Bryan van der Beek/Bloomberg/Getty Images

Rujukan

  1. www.wsj.com
  2. www.forbes.com

Kami pun ada di TikTok! Dah tengok video ini?

https://vt.tiktok.com/ZS8gBAjDC

Jemput follow akaun Tik Tok rasmi Majalah Labur! Klik: www.tiktok.com/@majalahlabur


Previous ArticleNext Article

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.