Sejarah Syarikat Bata Yang Jarang Diketahui Umum

Bila sebut nama Bata, sudah pasti ramai yang memiliki kasut ini sejak dari kecil dan menggunakannya di zaman persekolahan. Ada di antara kita yang menyangka kasut keluaran Bata itu adalah buatan Malaysia kerana ianya dikenali di Malaysia sebelum negara kita merdeka lagi.

Apa pun sangkaan tersebut adalah tidak benar kerana Bata bukanlah kasut buatan Malaysia sebaliknya berasal dari Eropah.

Orang yang bertanggunjawab dalam penghasilan kasut ini adalah Tomáš Baťa yang merupakan rakyat Czechoslovakia. Dia yang dibesarkan didalam keluarga yang mempunyai darah seni penghasilan kasut kerana ibu bapanya merupakan penjual kasut.

Walaupun begitu, dia tidak berminat untuk meneruskan legasi perniagaan keluarganya. Dia bersama dengan adiknya telah menubuhkan sebuah syarikat dengan menggunakan wang pinjaman daripada ibunya pada tahun 1894.

Syarikat kasut pertamanya itu diberi nama sebagai Baťovky. Antara keunikan kasut yang dikeluarkan oleh Tomáš Baťa adalah kasut mereka ini dibuat dari fabrik berbanding dengan kulit.

Seperti kita tahu, kebanyakan kasut pada era tersebut dihasilkan daripada kulit dan Tomáš Baťa membuat inovasi yang terawal menggunakan fabrik. Hasilnya, kasut yang dihasilkan oleh Tomáš Baťa ini dapat dijual dengan harga yang murah.

Kerjasama di antara adik – beradik Bata berakhir apabila adik lelakinya mati akibat penyakit Tuberculosis manakala adik perempuannya telah berkahwin dengan lelaki pilihannya.

Sejak dari itu, urusan perniagaan kasut syarikat Bata ini telah diuruskan oleh dirinya sendiri. Dia telah merubah jenama kasutnya ini kepada jenama Bata sempena dengan namanya.

Tomáš Baťa

Oleh sebab kasut yang dihasilkan oleh Bata ini murah dan berkualiti, dalam tempoh yang singkat sahaja kasut Bata mula menjadi pilihan penduduk Eropah ketika itu.

Selepas perang tamat, Tomáš Baťa telah mengalami kesukaran kerana bahan mentah untuk menghasilkan kasut sukar diperolehi. Walaupun begitu, ia tidak menjadi alasan untuk menghalang Tomáš Baťa dari terus berusaha untuk memajukan perniagaannya.

Pada era 1920-an, Tomáš Baťa telah mempelbagaikan perniagaan syarikatnya antara sumbangan besar Syarikat Bata dalam konsep meletak harga yang mana harga diakhiri oleh 9 (999 berbanding 1000).

Konsep ini telah membuat psikologi pembeli nampak murah dan akhirnya telah menjadi ikutan kepada para pengusaha yang lain. Tomáš Baťa meninggal pada tahun 1932 apabila kapal terbang yang dinaikinya telah terhempas dan perniagaan syarikat kasutnya itu telah diwarisi oleh anaknya, Thomas J. Bata.

Thomas J. Bata juga merupakan seorang ahli pernagaan yang sangat berkaliber sama seperti bapanya. Antara kehebatan yang dimiliki oleh Thomas J. Bata dan juga bapanya adalah menjaga hak kebajikan para pekerja mereka.

Syarikat Bata terkenal dalam menjaga kebajikan pekerja mereka. Syarikat ini telah menyediakan pelbagai kemudahan yang terbaik untuk keselesaan pekerja mereka seperti rumah, hospital dan kompleks sukan.

Pada era inilah perniagaan Bata mula berkembang dengan pesat dengan pembukaan pelbagai kilang kasut mereka di beberapa negara Eropah seperti Belanda, Perancis dan juga Jerman.

Ketika Perang Dunia Kedua mula tercetus, Thomas J. Bata telah membawa keluarganya berhijrah ke Kanada. Selepas perang dunia kedua tamat, Czechoslovakia telah jatuh ke tangan pihak komunis.

Semua kilang dan harta benda milik keluarga Bata diambil oleh pihak komunis. Thomas J. Bata yang kemudianya  membuka perniagaan Bata mereka di Kanada.

Perniagaan Bata semakin berkembang selepas Perang Dunia Kedua dan terus memfokuskan penghasilan kasut berkualiti pada harga yang berpatutan.

Walaupun jenama Bata ini tidak sepopular jenama kasut yang lain seperti Nike dan Adidas, kehadiran jenama kasut ini di dalam pasaran masih lagi dapat memberi saingan yang sengit.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Jual Air Teh Pun Boleh Jadi Jutawan 

Kalau anda fikir untuk menjadi jutawan perlu mencipta aplikasi seperti Mark Zuckerberg atau membina kereta terbang seperti Elon Musk, mungkin anda patut kenal dengan nama-nama ini terlebih dahulu: Zhang Hongchao dan Zhang Junjie.

Kedua-dua mereka bukan saintis, bukan jurutera teknologi. Tetapi mereka berjaya menjadi jutawan sebelum mencecah umur 30 tahun. Bukan kerana menjual tanah atau minyak. Sebaliknya hanya kerana menjual air teh. Ya, serius.

Chagee – Teh Premium dengan Sentuhan Moden

Chagee, yang kini semakin dikenali di Malaysia, berasal dari Yunnan, China. Diasaskan oleh Zhang Junjie pada tahun 2017, Chagee membawa konsep “teaspresso” iaitu gabungan kualiti teh tradisional dengan penyediaan bergaya kopi barista.

Pada 17 April 2025, Chagee berjaya melangkah ke pasaran antarabangsa apabila disenaraikan di Nasdaq. Melalui IPO tersebut, syarikat ini mengumpul AS$411 juta, dengan penilaian mencecah AS$6.2 bilion. Sahamnya melonjak 21% pada hari pertama dagangan.

Zhang Junjie, yang memiliki hampir 20% saham syarikat, kini bergelar bilionair pada usia 30 tahun. Ini membuktikan bahawa secawan teh boleh membawa seseorang ke tahap luar biasa.

Mixue – Strategi Bajet, Capaian Global

Berbeza dengan Chagee yang premium, Mixue memilih jalan berbeza: menawarkan produk berkualiti pada harga mampu milik. Diasaskan oleh Zhang Hongchao pada tahun 1997 di Zhengzhou, China, Mixue bermula dengan gerai kecil menjual ais krim dan minuman teh.

Kini, Mixue mengendalikan lebih daripada 45,000 cawangan di seluruh dunia.

Pada 3 Mac 2025, Mixue disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong, berjaya mengumpul sekitar AS$444 juta dalam IPO. Sahamnya melonjak 43% pada hari pertama, dan nilai pasaran syarikat kini menghampiri AS$10 bilion.

Kejayaan Mixue membuktikan bahawa dengan strategi harga yang tepat dan kualiti produk yang konsisten, pasaran global boleh dicapai walaupun bermula dari perniagaan kecil.

Malaysia: Siapa Bakal Mengikut Jejak?

Industri teh moden di Malaysia semakin berkembang. Jenama seperti Tealive, Chatime, Chagee, Daboba dan lain-lain sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup masyarakat tempatan.

Namun, sehingga kini belum ada satu pun jenama teh Malaysia yang melangkah ke pentas IPO atau berjaya menembusi pasaran global secara agresif.

Potensi itu ada. Pasaran pengguna sudah wujud. Yang diperlukan hanyalah keberanian untuk berkembang, strategi perniagaan yang betul, dan kemampuan untuk membina jenama bertaraf dunia.

Adakah Seorang Juatawan Sedang Bancuh Teh Ketika Ini? 

Adakah Malaysia akan terus menjadi sekadar pasaran pengguna untuk jenama luar, atau sudah tiba masanya seorang usahawan tempatan bangkit dan membawa jenama teh Malaysia ke peringkat antarabangsa?

Mungkin, jutawan teh tempatan seterusnya sedang membancuh secawan pertama mereka hari ini.

Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?

Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:

Eh, banyak lagi lah.

Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.

Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?

Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!