Tahniah, Malaysia Ada 11 Orang Dalam Senarai Forbes 30 Under 30 Asia

Siapa kata kita tak boleh menempa kejayaan sejak usia muda? Memang sukar, tetapi ianya bukanlah mustahil. Maklumlah, ketika usia muda inilah ramai di kalangan kita yang lalai dan banyak menghabiskan masa dengan berfoya-foya dan membuat perkara yang tidak berfaedah.

Ayuh kita salute mereka yang berada dalam senarai Forbes 30 Under 30 Asia ini:

1. Aaron Patel (Umur 27 Tahun)

CEO, iHandal Energy Solutions

Aaron Patel merupakan pengasas bersama iHandal Energy, sebuah syarikat kejuruteraan dan kontrak yang khusus kepada meningkatkan kecekapan tenaga bangunan komersial dan perindustrian.

2 & 3. CoinGecko

Pengasas Bersama, CoinGecko

Pada tahun 2014, Bobby Ong dan TM Lee telah menubuhkan CoinGecko, sebuah platform mata wang kripto yang menjejak statistik berkenaan harga, volume, sosial dan pembangun.

4 & 5. INFLUASIA

Pengasas Bersama, INFLUASIA

Chris Khristie dan Michelle Tan merupakan pengasas bersama kumpulan media digital INFLUASIA berbilang bahasa, dengan platform World of Buzz, Lobak Merah, dan NOODOU.

6. Jin Xi Cheong (Umur 26 Tahun)

Pengasas, Poladrone

Jin Xi Cheong menubuhkan Poladrone pada tahun 2016 dengan bertujuan untuk mengembangkan kegunaan teknologi dron dalam industri komersial.

7. Joolin Chuah (Umur 27 Tahun)

Associate, Insignia Ventures Partners

Joolin Chuah bertanggungjawab dalam 10 pelaburan pada tahun 2018, termasuklah startup seperti igloohome, CoHive and Sayurbox.

8. Kendrick Wong (Umur 26 Tahun)

CEO, Omnilytics

Kendrick Wong pernah membangunkan dan menjual dua syarikat sebelum ini. Kini dengan syarikat ketiga Omnilytics yang ditubuhkan pada tahun 2014, ia merupakan platform analitikal fesyen yang menawarkan kepakaran real-time market intelligence data yang meliputi 75,000 jenama seluruh dunia.

9. Melvin Poh (Umur 27 Tahun)

Pengasas, The Asian Entrepreneur

Melvin Poh merupakan pengasas The Asian Entrepreneur, sebuah platform media dengan pembaca aktif di 13 buah negara.

10. Sarah Chen (Umur 29 Tahun)

Pengasas Bersama, The Billion Dollar Fund for Women

Sarah Chen adalah pelabur dan pengasas bersama The Billion Dollar Fund for Women, yang berazam untuk mengeluarkan dana $1 bilion dolar bagi membantu syarikat-syarikat kepunyaan usahawan wanita.

11. Wen Shin Chia (Umur 27 Tahun)

Pengasas, Green Yards

Wen Shin Chia adalah pengasas Green Yards, sebuah syarikat hijau yang menghasilkan sabun dan lilin daripada minyak masak yang dikitar semula.

Sumber: Forbes

Untuk tengok senarai yang lepas, boleh rujuk 11 Rakyat Malaysia Yang Tersenarai Dalam Forbes 30 Bawah 30 Asia.

Ambil tahu juga 3 Syarikat Malaysia Tersenarai Dalam ‘Forbes Asia’s 200 Best Under A Billion 2018’.

 

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Intel Corp Lantik Tan Lip Bu Sebagai CEO, Berpengalaman Luas Dalam Industri Cip


KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) — Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.

Beliau seorang pemimpin teknologi yang berjaya dan berpengalaman luas dalam industri semikonduktor.

Intel dalam satu kenyataan berkata Tan mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Eksekutif interim daripada David Zinsner dan Michelle (MJ) Johnston Holthaus.

Beliau juga akan menyertai semula ahli lembaga pengarah Intel selepas meletak jawatan pada Ogos, 2024.

“Tan adalah pelabur teknologi pada tempoh yang lama dan seorang eksekutif yang dihormati dengan lebih 20 tahun pengalaman dalam semikonduktor dan perisian dan mempunyai hubungan baik merentas ekosistem Intel,” kata kenyataan itu.

Beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Cadence Design Systems dari 2009 hingga 2021 dan mengetuai penciptaan semula syarikat dan memacu transformasi budaya yang tertumpu pada inovasi yang mengutamakan pelanggan.

Tan berada dalam lembaga pengarah Cadence selama 19 tahun bermula dari pelantikannya pada 2004 melalui perkhidmatannya sebagai pengerusi eksekutif dari 2021 hingga 2023 selepas memegang jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif, katanya.

Pengerusi Bebas Lembaga Pengarah Intel, Frank D. Yeary berkata Tan adalah peneraju luar biasa yang mempunyai kepakaran industri teknologi, perhubungan baik merentas ekosistem produk dan faundri serta rekod prestasi cemerlang dalam mencipta nilai pemegang saham adalah kriteria yang Intel perlukan untuk CEO seterusnya.

“Tan telah memperoleh reputasi sebagai seorang inovator yang mengutamakan pelanggan dalam segala perkara dilakukannya, menyampaikan penyelesaian berbeza untuk menguasai pasaran dan membina budaya berprestasi tinggi untuk mencapai kejayaan.

“Seperti kebanyakan di seluruh industri, saya telah bekerja rapat dengan Tan pada masa lalu dan telah melihat secara langsung bagaimana perhatian utamanya kepada pelanggan mendorong inovasi dan kejayaan,” kata Yeary.

Menurut kenyataan itu, Tan juga merupakan rakan kongsi pengurusan pengasas Walden Catalyst Ventures dan pengerusi Walden International dan mempunyai pengalaman menganggotai lembaga pengarah syarikat awam yang signifikan dan kini berkhidmat dalam lembaga pengarah Credo Technology Group dan Schneider Electric.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik dari Nanyang Technological University, Singapura, Ijazah Sarjana Sains Kejuruteraan Nuklear dari Massachusetts Institute of Technology serta Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of San Francisco.

Pada 2022, beliau menerima Anugerah Robert N. Noyce, penghormatan tertinggi Persatuan Industri Semikonduktor, katanya.

Dalam memo diedarkan kepada kakitangan Intel, Tan berkata beliau yakin mampu menambah baik perniagaan syarikat tersebut.

“Ia bukan perkara mudah…tetapi saya percaya syarikat ini mempunyai kebolehan untuk menang. Intel memainkan peranan penting dalam ekosistem teknologi, di Amerika Syarikat dan seluruh dunia.

“Intel adalah sebuah syarikat yang telah lama saya kagumi. Sejak usia kecil lagi, saya terpesona dengan kuasa sains, teknologi dan kejuruteraan…dan inovasi Intel telah berjaya mencatatkan pelbagai pencapaian dan memberi sumbangan besar kepada dunia,” katanya dalam satu kenyataan berasingan.

— BERNAMA