10 Pekerjaan Dengan Gaji Paling Tinggi Di Dunia

Tipulah kalau kita tak nak gaji tinggi, tambah-tambah bagi mereka yang sudah bekerja lama. Fresh graduate pun teringin nak kerja dengan permulaan gaji yang tinggi, apatah lagi kita yang sudah lama bekerja.

Sebilangan besar pekerjaan dengan gaji tinggi memerlukan sijil Ijazah dan Diploma terlebih dahulu. Namun, tidak semuanya perlukan pelajaran dan kelayakan.

Jom kami senaraikan 10 pekerjaan dengan gaji paling tinggi di dunia, kot korang nak berubah angin.

1. Seniman

Pekerjaan sebagai seniman selalu diimpikan oleh ramai orang yang berjiwa seni. Ramai anak muda bercita-cita untuk menjadi artis mahupun penghibur.  Kerjaya artis terkenal dengan penghasilan karya yang luar biasa mampu menarik mereka yang suka berkarya untuk menjadi seniman.

Lebih kurang seperti pelakon dan penyanyi juga. Bagi satu pertunjukan sahaja, artis yang sedang meningkat naik boleh menjana sehingga puluhan ribu ringgit. Itu belum masuk income dari YouTube, Facebook dan sebagainya.

2. Juruterbang

Juruterbang adalah pekerjaan gaji tinggi di dunia yang sering jadi impian anak-anak kecil. Maklumlah memang nampak mengujakan bila dapat bawa kapal terbang. Gaji bagi seorang juruterbang boleh mencecah sehingga USD132,000 dalam masa setahun.

3. Ahli Farmasi

Seorang ahli farmasi bertugas menulis dan mengeluarkan preskripsi juga gajinya agak tinggi dan lumayan. Kerja ini memerlukan pengesahan ketepatan jumlah dos yang diberikan oleh doktor.

Selain itu, ahli farmasi juga bertujuan untuk memberi nasihat kepada pesakit mengenai ubat yang mereka ambil. Tahukah anda, Ahli farmasi yang mempunyai banyak pengalaman juga memperolehi gaji sebanyak USD116,500 setahun.

4. Pengurus Pemasaran

Pengurus pemasaran adalah salah satu kerjaya pilihan bagi pelajar siswazah ekonomi, terutamanya dalam bidang pengurusan. Gaji tertinggi pengurus pemasaran adalah USD113,000 setahun.

Dengan gaji yang tinggi, seorang pengurus pemasaran diperlukan untuk memastikan penjualan produk di syarikat tempat mereka bekerja sentiasa meningkat. Pengurus pemasaran juga diminta untuk merancang strategi pemasaran yang tepat bagi menarik minat para pembeli seramai yang boleh.

5. Juru Solek Artis

Wanita mahupun lelaki yang gemar membuat solekan dengan alat solek, kerjaya juru solek artis boleh menjadi alternatif yang menjanjikan pendapatan tinggi buat mereka.

Dunia hiburan sering memerlukan juru solek artis biarpun zaman berganti zaman. Sehingga juru solek artis juga boleh menjadi terkenal dan viral jika solekannya mendapat tempat di hati para peminat. Jika anda pakar dalam solekan, apa kata anda menceburi bidang ini.

6. Akauntan

Akauntan adalah pekerjaan yang bagus bagi mereka yang amat suka dengan nombor. Dengan julat gaji yang lumayan setiap bulan menjadikan pekerjaan ini amat bernilai untuk anda.

Syarat untuk menjadi seorang akauntan adalah anda perlu mengikuti pengajian berkaitan akaun di sekolah atau kolej sebelum bekerja.

7. Pakar Media Sosial

Pekerjaan dengan gaji paling tinggi di dunia ini mungkin merupakan salah satu pekerjaan paling terkenal pada masa kini. Setiap syarikat dan perniagaan harus mempunyai pakar media sosial bagi memastikan perniagaan mereka terkenal dan berjaya dalam dunia digital.

Pekerjaan ini juga boleh dilakukan dari rumah sahaja melalui komputer riba yang terhubung dengan internet. Ada juga yang harus bekerja di syarikat. 

8. Pengawal Trafik Udara

Apabila tiba di lapangan terbang, kita mungkin akan melihat menara tinggi berhampiran landasan. Di situlah pengawal trafik udara ini berada dan ditugaskan untuk mengawal aktiviti penerbangan.

Walaupun terdengar sederhana, pekerjaan ini memerlukan banyak tanggungjawab dengan tumpuan yang sangat tinggi.  Namun siapa sangka, ia sebenarnya merupakan pekerjaan dengan gaji paling tinggi di dunia.

9. Peguam

Berminat dengan undang-undang? Tidak diragui lagi, pekerjaan sebagai peguam adalah kerjaya pilihan anda. Pekerjaan gaji tinggi ini sangat digemari oleh individu dan syarikat. Namun, ia juga merupakan kerjaya yang sungguh mencabar.

Peranan peguam adalah untuk membantu menyelesaikan isu berdasarkan undang-undang demi kepentingan keadilan. Pendapatan tertinggi seorang peguam biasanya mencecah USD135,000 setiap tahun.

10. Pakar Bedah

Sekiranya anda mencari pekerjaan dengan gaji tertinggi di dunia dalam bidang perubatan, maka jawapannya adalah pakar bedah. Bidang perubatan selalu membayar harga yang tinggi untuk mereka yang terlibat dalam pembedahan.

Pakar bedah mendapat gaji tertinggi dalam kalangan profesional lain dalam bidang perubatan.  Untuk mendapatkan gaji yang tinggi, pakar bedah memerlukan pengalaman yang lama. Gaji tertinggi mereka boleh mencecah sehingga USD180,000 setahun.

Kesimpulannya, usaha adalah tangga kejayaan untuk anda mendapatkan pekerjaan gaji tinggi yang anda impikan.  Bukan calang-calang orang boleh terlibat dengan kerjaya ini. Semoga entri ini bermanfaat buat anda dalam menentukan kerjaya idaman anda.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA