Rangkuman Pergerakan Saham Wall Street, Asia Dan Malaysia Sepanjang Minggu Ini (13-17 Julai 2020)

Pasaran Wall Street ditutup bercampur-campur pada Jumaat (17 Julai 2020) dengan indeks S&P 500 membuat kenaikan 0.28% di mana terdapat prospek rangsangan fiskal yang memberi harapan kepada pelabur di Amerika Syarikat (AS).

Walaupun jumlah kes Covid-19 di negara itu terus merekodkan jumlah kes yang tinggi tetapi ia dikaburi dengan kemungkinan lebih banyak rangsangan fiskal oleh kerajaan.

Sepanjang minggu ini, indeks S&P 500 dan Dow Jones Industrial Average (DJIA) mencatatkan kenaikan masing-masing sebanyak 1.2% dan 2.3%. Apa yang memangkin kenaikan ini adalah keyakinan terhadap penghasilan vaksin koronavirus dan harapan terhadap pemulihan ekonomi walaupun kes jangkitan terus meningkat.

Untuk rekod Amerika Syarikat sekali lagi mencatat kes tertinggi dengan 77,000 kes baru Covid-19 pada Khamis (16 Julai 2020).

Indeks komposit Nasdaq yang terdiri lebih daripada 2,500 saham jatuh 1.1% dalam kesemua lima sesi dagangan minggu ini.

Indeks bagi syarikat-syarikat kecil di Amerika Syarikat, Russel 2000 merekodkan kenaikan 0.5% pada Jumaat. Syarikat-syarikat bermodal kecil (small-cap) di AS dijangka mencatatkan kejatuhan pendapatan hampir 90% berbanding tahun lalu.

Kita bakal mendapat maklumat lebih lanjut dalam laporan pendapatan yang akan dibentangkan dalam beberapa minggu akan datang. Syarikat modal-pertengahan (mid-cap) dan modal-besar (big-cap) pula hanya dijangka merekodkan penurunan yang jauh lebih rendah, masing-masing dengan 67% dan 44%.

Saham-saham small-cap biasanya dijadikan petunjuk kepada sentimen pelabur dan biasanya ia akan menjadi syarikat-syarikat yang pertama sekali pulih dalam fasa pemulihan ekonomi.

Dari segi sentimen pasaran, indeks volatility Cboe yang dijadikan ‘petunjuk ketakutan’ berakhir di paras 25.68 iaitu paras terendah sejak 5 Jun yang lalu.

Pasaran Asia : Saham China Jatuh Mendadak

Pasaran saham terbesar Asia, China pula mencatatkan prestasi yang sebaliknya dengan kejatuhan indeks saham terburuk sejak empat bulan lalu.

Indeks CSI 300 yang terdiri daripada 300 syarikat terbesar dalam Bursa Saham Shanghai dan Bursa Saham Shenzhen menjunam 4.4% sepanjang minggu ini walaupun merekodkan lonjakan 7.6% pada minggu lalu.

Kejatuhan ini berlaku apabila pelabur-pelabur mengurangkan pembelian mereka akibat daripada kebimbangan pengetatan dasar selepas negara itu merekodkan pertumbuhan ekonomi di luar jangkaan. Penganalisa pasaran berpendapat pelonggaran dasar akan menjadi lebih perlahan terutamanya dari bank pusat China.

China merekodkan pertumbuhan ekonomi (GDP) lebih tinggi iaitu 3.2% berbanding jangkaan 2.2% dan bacaan kali ini juga jauh lebih tinggi berbanding kemelesetan sebanyak -6.8% yang dicatat pada suku pertama.

Dalam penutupan pasaran minggu ini, indeks-indeks utama Asia ditutup lebih tinggi berbanding sesi dagangan Khamis (16 Julai 2020). Indeks Hang Seng di Hong Kong naik 0.59% walaupun dengan kes koronavirus yang tinggi dicatatkan pada Khamis.

Indeks komposit Shanghai pula naik 0.37% dengan indeks CSI 300 turut mencatat kenaikan 0.63%.

Indeks Nikkei pula jatuh 0.24% dan Kospi di Korea Selatan naik 0.62%.

Pasaran Malaysia: KLCI Didagangkan Tidak Menentu

Pasaran ekuiti di Malaysia pada minggu ini bergerak dengan tidak menentu di mana FBM KLCI hanya mencatatkan kenaikan pada hari pertama (13 Julai) dan terakhir (17 Julai) dagangan. Indeks KLCI merekodkan kejatuhan tiga hari berturut-turut bermula hari Selasa hingga Khamis

KLCI bermula dengan meyakinkan pada hari Selasa apabila mencapai paras tertinggi pada 1,617 mata dan mula jatuh selepas itu yang mana dianggap penilaian pelabur terlalu tinggi daripada yang sepatutnya. Hal ini sebenarnya disebabkan fokus pelabur kepada kaunter-kaunter sarung tangan getah Top Glove dan Hartalega.

Walaubagaimanapun berita baik dalam penghasilan vaksin di Amerika Syarikat mengubah persepsi pelabur terhadap permintaan sarung tangan getah dan mengurangkan citarasa mereka terhadap kaunter-kaunter berkenaan.

Penilaian negatif itu dapat dilihat kepada kejatuhan KLCI pada hari Selasa dan Rabu sehingga menyebabkan indeks ditutup pada 1,585 mata.

Saham-saham sarung tangan terus bergerak volatile (turun-naik) pada Khamis sehinggalah Bursa Malaysia menamatkan sesi dagangan hari itu pada pukul 3.30 petang tanpa sebarang sebab yang jelas. Ia menimbulkan persoalan apabila berita sekatan terhadap Top Glove oleh Jabatan Kastam Amerika Syarikat juga tersebar pada ketika itu.

Akhirnya Bursa Malaysia mengumumkan KLCI ditutup pada 1,565 mata pada Khamis dengan penurunan mendadak oleh saham Top Glove.

Walaubagaimanapun, KLCI melantun semula (rebound) pada sesi dagangan Jumaat dengan kenaikan semula saham Top Glove di mana pasaran berpendapat sekatan oleh AS tidak memberi kesan yang signifikan kepada syarikat itu.

KLCI seterusnya ditutup lebih tinggi pada 1,596 mata dengan turnover pada minggu ini sahaja berjumlah 45.33 billion saham. Lonjakan semula pada Jumaat sekaligus mengakhiri dagangan KLCI pada minggu ini dengan keuntungan sebanyak 0.3%.

Sumber rujukan:

  • https://www.reuters.com/
  • https://www.investing.com/
  • https://www.bloomberg.com/asia
  • https://www.thestar.com.my/business/
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tarif Trump Boleh Jejaskan Pertumbuhan Perdagangan Global Sehingga 10 Peratus

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) — Kemungkinan berlaku pengurangan jumlah perdagangan global sebanyak 7.0 hingga 10 peratus dalam jangka masa sederhana hingga panjang sekali gus menandakan penurunan ketara jika cadangan tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dilaksanakan.

Profesor di Stern School of Business, New York University (NYU), Steven A. Altman berkata senario itu boleh berlaku jika AS dan negara lain bertindak balas dalam bentuk tarif ke atas eksport AS.

Beliau juga mempertimbangkan kemungkinan kesan terhadap perdagangan global jika Trump meneruskan peningkatan tarif yang dicadangkan semasa kempen pilihan rayanya, termasuk pengenaan tarif 60 peratus ke atas semua import AS dari China, dan 10 peratus bagi import dari negara lain di seluruh dunia.

“Tarif ini berkemungkinan memperlahan pertumbuhan perdagangan global dengan ketara, walaupun tidak akan menjejaskan sepenuhnya,” katanya semasa taklimat media webinar mengenai pelancaran laporan DHL Trade Atlas hari ini.

Edisi 2025 itu menyediakan laporan mendalam mengenai landskap aliran import dan eksport global.

Laporan yang diterbitkan dengan kerjasama Stern School of Business, NYU itu meliputi hampir 200 negara, meneliti trend pertumbuhan perdagangan, peralihan dari segi geografi, campuran produk yang didagangkan dan perubahan menyeluruh dalam persekitaran perniagaan.

Altman berkata tanpa pelaksanaan sepenuhnya tarif yang dicadangkan Trump, perdagangan global dijangka berkembang kira-kira 16 peratus menjelang 2029, berbanding tahap unjuran 2024.

“Walaupun di bawah anggaran paling pesimistik iaitu pengurangan jumlah perdagangan sebanyak 10 peratus menjelang 2029, pertumbuhan perdagangan yang positif masih akan berlaku dalam tempoh lima tahun akan datang, walaupun jauh lebih rendah daripada senario asas itu,” katanya.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.