Harga Saham Saudi Aramco Naik 10% Menghampiri Nilai $2 Trilion

Harga saham Saudi Aramco yang baru saja IPO semalam, telah naik 10% dan menyaksikan nilai syarikat mencecah $1.88 Trilion US Dolar. Siapa yang jual beli saham syarikat ini sudah pastinya terdiri daripada orang kaya.

IPO ini telah berjaya menjana $25.6 bilion US Dolar kepada syarikat, menjadikannya IPO yang paling tinggi nilainya di seluruh dunia.

Dengan nilai trilion dolar tersebut, ia telah berjaya mengatasi Apple selaku syarikat terbesar dunia yang tersenarai.

Sebelum ini, kami juga ada siarkan Saudi Aramco Bakal Menjadi Syarikat Paling Mahal Dalam Sejarah IPO Dunia, Ini 8 Sebab Anda Tak Perlu Melabur Ke Dalamnya.

Dah Buka Akaun CDS Ke Belum?

Sebelum nak menceburkan diri dalam pelaburan saham yang bernilai trilion atau bilion atau pun berjuta dolar, dah ada akaun CDS ke belum? Ini kerana sebelum kita boleh beli atau jual sesuatu saham, kena ada dulu akaun CDS ni.

Jemput baca Cara Buka Akaun CDS. Kosnya RM10 sahaja.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Perdagangan Edaran Malaysia Dijangka Cecah 6.1 Peratus Tahun Ini — Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) — Pertumbuhan perdagangan edaran Malaysia diunjur pada 6.1 peratus dalam 2026 berbanding 5.6 peratus pada 2025 susulan prestasi lebih kukuh tahun ini yang mengatasi jangkaan awal.

Prestasi itu dipacu oleh usaha seperti pengumpulan stok borong, peningkatan harga berkaitan petroleum serta pemulihan dalam jualan kenderaan motor, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Bank pelaburan itu menyatakan pertumbuhan perdagangan edaran turut meningkat kepada 9.4 peratus daripada 7.5 peratus bagi tempoh Januari-Mac.

“Ini merujuk kepada permintaan awal di tengah-tengah kebimbangan terhadap peningkatan tekanan kos serta ketidaktentuan bekalan.

“Bagaimanapun, prestasi sektor runcit yang lebih sederhana mungkin menandakan momentum asas perbelanjaan pengguna yang mulai kembali normal selepas disokong oleh peningkatan perbelanjaan sempena musim perayaan sebelum ini,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Bank pelaburan itu memaklumkan lonjakan harga tenaga, ketegangan geopolitik yang ketara serta gangguan rantaian bekalan yang berlanjutan, berpotensi memberi tekanan ke atas aktiviti penggunaan serta perniagaan dalam separuh kedua 2026.

“Pengukuhan pada masa ini berkemungkinan bersifat sementara dan mungkin tidak lagi mampan dalam bulan-bulan akan datang” katanya.

Selain itu, Kenanga IB mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada kadar 4.5 peratus bagi 2026 berbanding pertumbuhan 5.2 peratus pada 2025, sekali gus mencerminkan prospek ekonomi yang berhati-hati namun masih kekal optimis.

Petunjuk bulanan termasuk prestasi perdagangan pengedaran lebih kukuh serta pertumbuhan pengeluaran perindustrian pada April yang mengatasi jangkaan menunjukkan aktiviti ekonomi domestik kekal berdaya tahan pada suku kedua 2026.

“Pemulihan dalam aktiviti motor dan jualan borong hanya menunjukkan sokongan peningkatan kepada pertumbuhan jangka masa terdekat, terutama dalam sektor berkaitan perkhidmatan.

“Sehubungan itu, kami mengekalkan unjuran bahawa momentum pertumbuhan akan mengukuh dalam suku kedua sebelum menyederhana dalam separuh kedua jika ketegangan geopolitik terus wujud dan menjejaskan rantaian bekalan.”

— BERNAMA