4 Kesilapan ‘Estate Planning’ Yang Sering Dilakukan

Ramai di kalangan kita yang masih lagi mengambil mudah tentang pembahagian harta di Malaysia. Bagi yang beragama Islam, kita boleh melakukan pembahagian harta tanah ini mengikut hibah dan wasiat.

Tetapi bayangkan kalau kita tidak mempuyai anak lelaki dan hanya mempunyai anak perempuan. Saudara lelaki kita masih berhak untuk mendapatkan bahagian daripada pembahagian harta ini.

Kalau dapat saudara yang jenis tamakkan harta, bagaimana agaknya nasib anak dan isteri sekiranya kita pergi dahulu?

Sebab itulah penting untuk kita melakukan perancangan yang sewajarnya semasa masih hidup.

Jauhkan diri daripada 4 kesilapan di bawah bagi menjamin keselesaan keluarga yang bakal kita tinggalkan nanti.

1. Tak Ada Duit Berjuta-juta

Kebanyakan orang merasakan bahawa hibah atau wasiat ini hanya untuk oleh golongan berada sahaja. Sebenarnya, tidak kira berapa banyak pun aset yang kita ada, memang sangat-sangat digalakkan untuk membuat hibah atau wasiat.

Selagi mana kita mempunyai rumah, dana persaraan, kereta, tanah atau apa sahaja, aset ini akan diberi dan diagihkan mengikut kehendak kita.

2. Muda Lagi, Relaks Dulu

Mati tak mengenal usia. Jadi sementara masih muda inilah, seeloknya kita mencari rezeki bersungguh-sungguh.

Dan sewaktu masa muda inilah kita perlu membuat perancangan kewangan yang baik demi masa depan kita, keluarga dan insan tersayang.

Jika kita membuat pembahagian aset-aset ini semasa masih hidup, sekurang-kurangnya kita tidak perlu risau dengan masa depan anak-anak sekiranya kita tiada nanti.

Sekurang-kurangnya mereka mempunyai sedikit wang untuk meneruskan kehidupan tanpa kita di sisi.

3. Dah Pernah Buat Sebelum Ini

Jika kita pernah membuat hibah atau wasiat sebelum ini, tahniah kami ucapkan. Tetapi kita tetap perlu update tentang soal ini. Terutamanya jika kita jenis yang memang suka mengumpul aset dan melabur.

Kita perlu peka dan bersedia untuk mengubahsuai dengan keadaan dan situasi semasa. Sekurang-kurangnya ia akan memudahkan urusan keluarga untuk menguruskannya nanti kerana semua dokumen adalah lengkap dan yang terkini.

4. Mahal Sangatlah

Ramai yang beranggapan nak buat hibah atau wasiat ini perlu mengeluarkan duit yang banyak. Dalam contoh wasiat, nak kena gunakan khidmat peguam dan sebagainya.

Tetapi sebenarnya kos yang diperlukan untuk membuat wasiat tidaklah semahal mana. Masih dalam kategori mampu lagi.

Bagi hibah pula, dah banyak syarikat Takaful yang menyediakan perkhidmatan ini. Selagi kita membayar sumbangan setiap bulan, selagi itu kita akan mendapat manfaatnya.

Tetapi sekiranya kita ditakdirkan meninggal dunia tanpa mempunyai sebarang hibah atau wasiat, segala aset dan hartanah akan dibekukan pula. Kesian pula kepada anak-anak dan pasangan kita terpaksa melalui proses yang mungkin mengambil masa berbulan atau bertahun lamanya untuk ‘mencairkannya’.

Sumber Rujukan: https://www.imoney.my/articles/online-will-malaysia

Jemput baca juga:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kenapa CIMB Pertimbang Bawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa Saham Indonesia?

Pada 21 Oktober 2026, beberapa laporan media kewangan menyatakan CIMB Group Holdings Bhd, kumpulan perbankan dari Malaysia, sedang menilai kemungkinan membawa anak syarikatnya, PT Bank CIMB Niaga Tbk, keluar daripada Bursa Saham Indonesia atau Indonesia Stock Exchange (IDX).

Bagaimanapun, pada 22 Oktober 2026, CIMB Group mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa pihaknya mempunyai rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga. Kumpulan itu menegaskan bahawa tiada keputusan dibuat dan tiada cadangan rasmi dikemukakan berhubung perkara tersebut.

Walaupun begitu, laporan awal berkenaan memberikan gambaran tentang cabaran yang dihadapi syarikat tersenarai apabila perlu memenuhi peraturan pasaran saham dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

1. Peraturan Free Float Semakin Ketat

Antara faktor utama yang mencetuskan spekulasi tersebut ialah perubahan peraturan Bursa Saham Indonesia berkaitan free float, iaitu peratusan saham syarikat yang tersedia untuk dagangan pelabur awam.

CIMB Group dilaporkan memiliki kira-kira 91.4% saham CIMB Niaga. Pegangan yang besar ini menyebabkan bahagian saham yang tersedia untuk dagangan awam menjadi terhad.

Berdasarkan peraturan baharu yang dilaporkan, CIMB Niaga perlu meningkatkan pegangan saham awamnya kepada sekurang-kurangnya 12.5% menjelang Mac 2027 dan 15% menjelang Mac 2028.

Bagi memenuhi keperluan ini, CIMB mempunyai beberapa pilihan, termasuk menjual sebahagian saham kepada pelabur strategik atau menerbitkan saham tambahan kepada pelabur awam.

Namun, setiap pilihan mempunyai implikasi tersendiri terhadap struktur pemilikan, penilaian saham dan kepentingan pemegang saham sedia ada.

2. Saham CIMB Niaga Dianggap Belum Mencerminkan Nilai Sebenar

Faktor kedua ialah penilaian saham atau valuation.

Menurut laporan analisis yang diterbitkan pada 21 Oktober, CIMB melihat saham CIMB Niaga sebagai undervalued, iaitu harga pasaran yang dianggap lebih rendah daripada nilai asas perniagaannya.

CIMB Niaga bukan sekadar sebuah bank yang beroperasi di Indonesia. Bank ini mempunyai perniagaan dalam perbankan korporat, pengurusan kekayaan, perbankan Islam dan perkhidmatan kepada pelanggan berpendapatan tinggi.

Pada 30 Jun 2026, CIMB Niaga dilaporkan mempunyai jumlah aset sekitar 382 trilion rupiah.

Jika harga saham tidak mencerminkan potensi perniagaan tersebut, penjualan pegangan kepada pelabur baharu mungkin tidak menghasilkan nilai yang dianggap memadai oleh pemegang saham induknya.

Dalam keadaan sedemikian, pemilik syarikat mungkin menilai sama ada lebih baik mengekalkan pemilikan jangka panjang berbanding menjual saham pada penilaian pasaran semasa.

3. Pasaran Saham Indonesia Berdepan Ketidaktentuan

Keadaan pasaran turut mempengaruhi pilihan yang tersedia kepada CIMB.

Kebimbangan mengenai ketelusan pasaran dan kemungkinan perubahan klasifikasi pasaran Indonesia oleh MSCI telah menjejaskan sentimen pelabur terhadap saham Indonesia.

Dalam keadaan pasaran yang lemah, usaha menjual sebahagian besar saham kepada pelabur awam melalui penawaran saham sekunder atau re-IPO mungkin menjadi kurang menarik.

CIMB juga perlu mempertimbangkan sama ada pelabur sanggup membeli saham pada penilaian yang memenuhi jangkaan kumpulan tersebut.

Oleh itu, penswastaan muncul sebagai salah satu pilihan yang dibincangkan oleh penganalisis dalam laporan awal berkenaan.

4. Apakah Maksud Membawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa?

Jika sesebuah syarikat dinyahsenaraikan atau delisted, sahamnya tidak lagi didagangkan di bursa saham berkenaan.

Sekiranya proses itu melibatkan penswastaan, syarikat induk lazimnya membeli sebahagian atau semua saham yang dipegang oleh pemegang saham minoriti, tertakluk pada struktur transaksi dan kelulusan yang diperlukan.

Bagi CIMB, langkah sedemikian secara teori boleh memberikan lebih banyak fleksibiliti dalam mengurus modal, menentukan strategi perniagaan dan merancang pertumbuhan CIMB Niaga tanpa tekanan pasaran saham awam yang sama.

Bagaimanapun, penyahsenaraian tidak semestinya bermaksud bank tersebut akan ditutup atau menghentikan operasinya. CIMB Niaga boleh terus beroperasi sebagai bank di Indonesia walaupun tidak lagi tersenarai di bursa.

5. Berapa Kos Untuk Membeli Keluar Pemegang Saham Minoriti?

Laporan media pada 21 Oktober memetik anggaran penganalisis bahawa pembelian keluar pemegang saham minoriti boleh menelan belanja sekitar RM800 juta, bergantung pada harga tawaran dan struktur transaksi.

Angka ini merupakan anggaran analisis, bukannya jumlah yang telah dipersetujui atau diumumkan secara rasmi oleh CIMB Group.

Kos sebenar akan bergantung pada harga saham ketika transaksi dilaksanakan, premium yang ditawarkan kepada pemegang saham minoriti serta sama ada semua pemegang saham minoriti perlu menjual pegangan mereka.

Selain itu, struktur tertentu mungkin membolehkan sebahagian pelabur institusi mengekalkan pegangan dalam entiti yang tidak lagi tersenarai, tertakluk pada peraturan dan kelulusan berkaitan.

Kesimpulan

Laporan mengenai kemungkinan penyahsenaraian CIMB Niaga memperlihatkan bagaimana perubahan peraturan pasaran, penilaian saham dan keadaan pasaran modal boleh mempengaruhi strategi sesebuah kumpulan perbankan.

Walau bagaimanapun, CIMB Group pada 22 Oktober 2026 menafikan laporan mengenai kemungkinan membawa CIMB Niaga keluar daripada Bursa Saham Indonesia. Kumpulan itu menjelaskan bahawa tiada keputusan atau cadangan rasmi dibuat berhubung perkara tersebut.

CIMB turut menegaskan bahawa CIMB Niaga kekal sebagai sebahagian penting daripada rangkaian perbankan serantaunya dan kumpulan itu komited untuk meneruskan operasi di Indonesia serta mematuhi semua keperluan kawal selia yang berkenaan.


Sumber rujukan

  1. The Star — CIMB Group steps up efforts to pursue potential delisting of CIMB Niaga (21 Oktober 2026).
  2. The Edge Malaysia — CIMB weighs taking Indonesian unit private as potential secondary offering loses appeal — analysts (21 Oktober 2026).
  3. The Business Times — Malaysia’s CIMB explores taking Indonesian arm private amid market volatility (21 Oktober 2026).
  4. CIMB Group Holdings Bhd — kenyataan rasmi bertarikh 22 Oktober 2026 yang menafikan rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga.