5 Kesilapan Menyimpan Yang Akhirnya Merugikan

Tabiat menyimpan sewajarnya dipupuk dan diamalkan sejak dari kecil lagi, sebelum kita mula bekerja. Sebaliknya jika baru hendak mula apabila dapat gaji pertama, agak sukar untuk memulakannya.

Mengikut statistik, 75% rakyat Malaysia tidak mampu menyimpan walau hanya RM1,000.

Tahniah bagi yang dah ada kesedaran untuk menyimpan, tapi pastikan anda tidak membuat kesilapan yang akhirnya akan merugikan.

1. Tidak Ada Sasaran

Semasa menyimpan wang, penting untuk kita tahu berapa simpanan yang kita perlu ada. Dan berapa pula duit gaji yang perlu disimpan setiap bulan.

Sebaiknya kita simpan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji bulanan yang kita terima. Kalau gaji RM3,000, asingkan RM300 setiap bulan.

Seterusnya, kita disarankan untuk mempunyai simpanan kecemasan sebanyak 3-6 bulan daripada gaji kita. Kalau gaji RM3,000, pastikan kita mempunyai sekurang-kurangnya RM9,000.

2. Perbelanjaan Besar Untuk Perkara Yang Tidak Penting

Perbelanjaan yang besar untuk perkara yang sia-sia sebenarnya tidak membawa kebaikan untuk jangka masa panjang. Perbelanjaan untuk telefon pintar baru, upgrade kereta dan sebagainya akan mendatangkan kerugian; kerana ianya akan menyusut nilai.

Oleh itu, ubahlah gaya hidup dan kurangkan jumlah yang dibelanjakan terhadap perkara yang tidak penting.

3. Tertarik Dengan Barang Murah

Kebanyakan daripada kita percaya bahawa membeli produk harga yang murah adalah cara terbaik untuk menjimatkan wang. Barang murah tak semestinya berkualiti yang akhirnya menyebabkan kita perlu belanja dengan lebih kerap.

Contohnya membeli tali pinggang berharga RM400 dan dapat pakai selama 5 tahun adalah lebih berbaloi daripada yang berharga RM80 tetapi hanya sempat bertahan 5-6 bulan saja.

Lebih baik keluarkan bajet tambahan untuk dapatkan kualiti yang lebih bagus dan lebih tahan lama.

Tapi sekiranya barang murah dan berkualiti, itu adalah yang terbaik.

4. Tidak Menjejaki Perbelanjaan

Ianya merupakan kesilapan yang dilakukan ramai orang. Apabila kita tak tahu ke mana wang dibelanjakan, kita pun tak tahu di mana kita tersilap dan di mana ianya boleh dikurangnya.

Pastikan kita rekod setiap wang yang keluar masuk. Barulah kita tahu sama ada kita terlebih belanja atau pun tidak.

5. Simpan Tetapi Tak Melabur

Ada yang suka sangat menyimpan, walaupun simpan di bawah bantal. Akhirnya nilai wang tersebut terhakis dimamah inflasi.

KIta perlu sedar wang yang disimpan hanya bertambah sekiranya kita menambahnya.

Pastikan kita juga melabur untuk kembangkan duit yang ada. Untuk melabur, tidak perlu menunggu sehingga mempunyai duit yang banyak. Jumlah yang kecil boleh dikembangkan dengan syarat berdisiplin dan melabur secara konsisten untuk tempoh yang panjang.

Kalau boleh, asingkan 10% untuk simpanan dan 10% untuk melabur. Barulah duit untuk dipakai ketika kecemasan ada, duit untuk persaraan pun ada.

Sumber Rujukan: Money Glare

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Jimat Berlebihan Boleh Melumpuhkan Ekonomi Negara

Dalam ilmu kewangan, kita sering ditekankan dengan pesanan supaya menyimpan wang untuk kegunaan masa hadapan. Pesanan itu tidak salah sama sekali. Namun, dari sudut ekonomi makro, wujud satu fenomena yang dipanggil sebagai ‘Paradox of Thrift’. Jika semua orang, terutamanya mereka yang masih mempunyai pendapatan stabil memutuskan untuk berhenti berbelanja secara drastik, ekonomi tidak akan menjadi lebih kukuh. Sebaliknya, ia akan menjadi lumpuh!

Suntikan tunai daripada perbelanjaan anda sebenarnya adalah minyak pelincir yang menggerakkan enjin ekonomi negara. Jika pendapatan anda tidak terjejas, berikut adalah tiga perkara yang anda perlu teruskan demi kelangsungan ekonomi komuniti.

1. Terus Makan Di Restoran Seperti Biasa

Apabila anda melangkah masuk ke dalam restoran dan memesan sepinggan nasi atau secawan sirap limau, wang tersebut tidak hanya terhenti di tangan pemilik kedai. Ia sebenarnya memulakan satu rantaian ekonomi yang sangat luas.

Sebagai contoh, bayangkan anda membayar RM20 untuk makan tengah hari. Wang itu akan digunakan oleh pemilik restoran untuk membayar bil elektrik kedai, sewa premis dan yang paling penting adalah gaji para pekerja. Pekerja tersebut pula akan menggunakan gaji mereka untuk membeli barangan keperluan harian di pasar raya. Selain itu, pemilik restoran juga perlu membayar pembekal ayam, sayur dan beras di pasar borong.

Jika anda dan ramai lagi orang lain berhenti makan di situ, rantaian ini akan putus. Pembekal sayur akan kehilangan pembeli dan pekerja restoran mungkin kehilangan pekerjaan. Ekonomi adalah satu kitaran yang saling berkait.

2. Terus Membeli Di Gerai Tepi Jalan

Peniaga marhaen atau peniaga kecil biasanya tidak mempunyai simpanan tunai yang besar seperti syarikat korporat. Mereka sangat bergantung kepada aliran tunai harian untuk meneruskan hidup.

Ambil contoh seorang peniaga goreng pisang di simpang jalan. Pelanggan utama mereka mungkin terdiri daripada pekerja pejabat di kawasan sekitar yang masih mempunyai gaji tetap. Jika semua pelanggan ini memutuskan untuk berhenti membeli kerana terlalu panik, jualan peniaga tersebut akan jatuh menjunam.

Kesannya, peniaga kecil ini tidak lagi mampu untuk membeli bahan mentah daripada pembekal lain atau membayar keperluan sekolah anak-anak mereka. Apabila peniaga kecil tidak mempunyai kuasa beli, ekonomi di peringkat akar umbi akan mula mati secara perlahan lahan.

3. Terus Gunakan Perkhidmatan Penghantaran Makanan

Mungkin ada yang berasa bersalah untuk memesan makanan melalui aplikasi seperti Grab atau Foodpanda kerana dianggap membazir kos penghantaran. Namun, sedarilah bahawa dalam situasi ekonomi yang mencabar, sektor ekonomi gig adalah penyelamat utama bagi mereka yang telah kehilangan pekerjaan tetap.

Misalnya, anda memesan makanan secara segera kerana tidak sempat memasak atau ada urusan penting. Wang yang anda belanjakan itu bukan sahaja memberi keuntungan kepada vendor makanan, tetapi ia memberikan pendapatan langsung kepada rider yang menghantarnya.

Bagi anda, caj penghantaran mungkin sekadar beberapa ringgit sahaja. Tetapi bagi seorang rider, itulah modal untuk mereka mengisi minyak motosikal dan menyediakan makanan di atas meja untuk keluarga mereka. Dengan terus membuat pesanan, anda sedang memastikan ekosistem logistik ini terus bernafas.

Berjimat Biar Bertempat

Kita perlu bijak membezakan antara amalan berjimat dengan tindakan berhenti berbelanja. Berjimat bermaksud anda mengurangkan pembelian barangan mewah yang tidak perlu seperti gajet terbaharu atau barangan berjenama.

Memang benar, mengurangkan pembelian gajet atau barangan mewah mungkin menjejaskan pekerja di sektor tersebut. Namun, dalam fasa menghadapi krisis, keutamaan kita adalah pada keperluan asas dan ekonomi tempatan.

Wang yang dibelanjakan di gerai nasi lemak atau restoran tempatan berpusing lebih cepat dalam komuniti setempat berbanding pembelian barangan import yang keuntungannya akan mengalir ke luar negara. Pekerja kedai gajet mungkin terkesan, namun kerosakan ekonomi adalah jauh lebih parah jika peniaga makanan dan pembekal bahan mentah (nadi utama rakyat) yang tumbang dahulu.

Jika anda masih mempunyai slip gaji yang stabil dan aliran tunai yang sihat, jadilah wira ekonomi yang tidak didendang. Teruskan menyokong peniaga marhaen di sekeliling anda.