5 Pekerjaan “Designer” Yang Anda Boleh Lakukan Dengan Minat Melukis

Setiap orang mempunyai cita-cita dan impian yang ingin dilakukan. Dan setiap orang mempunyai hobi dan minat masing-masing. Mesti best kan kalau kita dapat merealisasikan cita-cita atau pekerjaan yang mempunyai kaitan dengan hobi dan minat kita? Kerja pun tak rasa macam kerja, rasa best bila melakukannya.

Anda ada bakat melukis? Jom tengok lima pekerjaan yang bersesuaian dengan anda yang minat melukis atau mempunyai daya kreativiti yang tinggi.

Pekerjaan 1: Pereka Dalaman

Kepada anda yang minat melukis, menjadi pereka dalaman atau lebih tepat dikenali sebagai “interior designer” dapat mengembangkan minat anda dan dalam pada masa yang sama anda boleh mereka kedudukan perabot yang bersesuaian dengan keluasan ruang.

Pereka dalaman memerlukan kreativiti yang tinggi untuk anda lakarkan kedudukan perabot sambil mengutamakan kekemasan ruang tersebut. Ruang yang kecil dan sempit mampu kelihatan luas, dengan sentuhan pereka dalaman yang hebat.

Pekerjaan 2: Pereka Fesyen

Pereka fesyen atau pakaian juga memerlukan seni minat melukis yang mendalam. Ini kerana, apabila anda boleh melukis anda sebenarnya merangsang kreativiti anda untuk mereka sesuatu fesyen yang sesuai dengan budaya dan kesopanan.

Bahkan anda juga boleh mereka corak atau motif yang sesuai dengan fesyen, musim dan sebagainya.

Pekerjaan 3: Kraftangan

Kraftangan juga memerlukan kesenian yang tinggi bersama dengan bakat melukis. Misalnya, seni mencatan batik memerlukan daya kreativiti yang tinggi. Mala melukis di atas kasut kosong merupakan budaya terkini di kalangan anak muda mahupun mereka yang meminati benda yang unik.

Ada orang yang menawarkan khidmat melukis atas kasut kosong dan mereka akan melukis dan mewarna mengikut motif dan corak yang dikehendaki oleh pelanggan. Bila keluar berjalan-jalan tu, memang nampak lain daripada orang lain.

Pekerjaan 4: Pelukis

Ini boleh dijadikan sebagai pekerjaan sampingan atau pekerjaan nombor dua anda. Tukarkan minat dan hobi anda kepada pekerjaan dan percayalah anda akan mendapat kepuasan berganda kerana anda melakukan pekerjaan yang bersesuai dengan minat anda.

Bahkan, anda boleh menjadikan lukisan anda sebagai satu bahan untuk dipamerkan di muzium peribadi atau di Galeri Seksyen 7, Shah Alam.

Pekerjaan 5: Pereka Grafik

Untuk introvert yang sangat kreatif dan visual, reka bentuk grafik bebas boleh menjadi cara yang baik untuk menjana pendapatan. Pereka grafik bekerja dengan perniagaan dan individu untuk membuat logo, laman web dan bahan pemasaran. Kerja ini memerlukan kita memahami prinsip reka bentuk, serta mengetahui cara menggunakan perisian (seperti Adobe Photoshop, Illustrator dan InDesign) untuk melakukan kerja tersebut.

Pereka grafik sering bekerja dengan agensi pengiklanan, syarikat penerbitan, majalah, syarikat, pengeluar produk dan individu. Atau nak jadi pereka grafik freelance pun boleh.

Jangan Takut Untuk Berubah Dan Mengikut Cita-Cita

Bagi yang merasakan kerjaya sekarang membosankan, mungkin sudah tiba masanya untuk anda berani untuk berubah. Jemput baca:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.