5 Sebab Kita Digalakkan Simpan Emas

Sering kita lihat ramai yang giat menjual beli emas dan aktif menyimpan emas setiap bulan. Selain daripada mempunyai simpanan dalam bank, ramai yang dah ada kesedaran untuk menukar sebahagian daripada simpanan daripada bentuk wang kepada bentuk emas pula.

Sebenarnya agama Islam juga ada menganjurkan kita untuk menyimpan emas berbanding wang. Mari kita lihat apa kelebihan simpan emas berbanding wang ini.

1. Emas Sebagai Simpanan Sebenar

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”

(Surah At-Taubah Ayat 34)

Dalam Al-Quran sendiri ada menyebut emas dan perak sebagai medium simpanan.

2. Harga Emas Tidak Berubah

Sejak zaman Rasulullah SAW lagi, harga emas tetap sama sehingga ke hari ini. Jika pada zaman tersebut seekor kambing berharga 1 dinar wang emas, maka sekarang ini pun harganya juga bersamaan dengan 1 dinar wang emas.

Manakala untuk wang yang bernilai RM1 pula, 10 tahun lepas masih boleh beli sebungkus nasi lemak, secawan teh tarik, atau 3 keping kuih. Tapi hari ini apa yang kita boleh beli dengan duit RM1?

3. Aset Yang Mampu Dimiliki

Kredit Gambar: Teratak Emas

Emas merupakan aset fizikal yang mempunyai harga yang berpatutan. Anda memerlukan modal yang besar untuk membeli aset hartanah.

Tidak seperti emas, kita dapat membelinya dengan berat serendah 1 gram dan ada juga yang serendah 0.5 gram. Jadi, tidak kiralah berapa banyak pun wang anda miliki, anda boleh memiliki emas dengan harga mampu milik.

Ia merupakan aset yang mampu dimiliki dan lebih bernilai untuk disimpan berbanding wang.

4. Emas Laku Di Seluruh Dunia

Apabila kita menyimpan emas, emas tersebut laku walau di mana saja kita berada. Sekiranya emas tersebut dibawa ke Amerika Syarikat, Eropah, dan Australia sekalipun; ianya tetap bernilai dan boleh dijual.

5. Boleh Dijadikan Perniagaan

Emas juga boleh dijadikan sebagai sumber perniagaan namun ia haruslah selaras dengan hukum syarak. Memandangkan emas adalah barang ribawi, maka banyak syarat-syarat yang perlu dipatuhi agar ianya tak menjadi haram.

Selain daripada kelebihan di atas, banyak lagi kelebihan emas berbanding wang. Emas juga boleh dijadikan sebagai mas kahwin, untuk kegunaan infaq dan juga untuk bersedekah.

Tapi kena ingat, hanya emas tulen sahaja yang mempunyai nilai.

Sumber Rujukan: Salam

Jom mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold hari ini juga.

This image has an empty alt attribute; its file name is kab-gold-uncang-emas-800-700x990.jpg

Dengan minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM68.50 (berdasarkan harga emas RM274 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

This image has an empty alt attribute; its file name is kab-gold1-700x390.jpg

Daftar secara percuma di KAB Gold sekarang.

Previous ArticleNext Article

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.