Amazon, Syarikat Bernilai Trilion Dolar Yang Tak Bayar Satu Sen Cukai Kepada Kerajaan

Biar betul?? Mungkin itu perkataan yang terlintas di benak kepala kita bila membaca tajuk artikel ini.

Bagaimana syarikat yang pernah bernilai 1 trilion dollar mampu untuk mengelak daripada membayar cukai kepada kerajaan persekutuan Amerika Syarikat selama 2 tahun berturut-turut walaupun mereka memperolehi keuntungan kasar sebanyak $93.731 bilion tahun lepas?

Pendekatan yang digunapakai oleh Jeff Bezos merupakan tindakan yang menguntungkan Syarikat Amazon pada jangka masa panjang

Strategi yang digunakan oleh Jeff Bezof mengelak daripada syarikat daripada membayar cukai kepada Kerajaan Amerika Syarikat adalah dengan kelebihan yang diberikan oleh kerajaan Amerika Syarikat itu sendiri kepada syarikat korporat di sana.

Dengan dasar cukai yang diperkenalkan oleh negara Amerika Syarikat itu, menyebabkan Amazon layak untuk mendapatkan kelebihan untuk tidak membayar cukai kepada kerajaan persekutuan.

Polisi cukai yang diperkenalkan oleh Donald Trump yang mesra kepada syarikat korporat memberi kelebihan yang besar kepada syarikat Amazon

Pertama, ianya adalah disebabkan oleh dasar yang diperkenalkan oleh Donald Trump pada tahun 2017 yang mana telah memotong cukai untuk syarikat korporat dari 35% kepada hanya 21%. Dasar ini dibuat bagi menggalakkan syarikat korporat dari Amerika Syarikat mencipta peluang pekerjaan kepada rakyat negara mereka sendiri.

Seperti yang diketahui umum, Donald Trump mengamalkan sikap yang mendahului kepentingan rakyat Amerika Syarikat sendiri daripada orang luar. Beliau yang pernah memaksa penggiat industri untuk membuka kilang di Amerika Syarikat berbanding dengan membuka kilang industri di luar negara seperti China atau Mexico. Dengan pengurangan cukai ini, syarikat Amazon dapat mengurangkan lagi kadar cukai yang perlu dibayar oleh syarikatnya kepada kerajaan persekutuan.

Pusat pangkalan data Amazon merupakan salah satu projek yang melibatkan R&D Amazon  antara tertinggi yang memberi pulangan lumayan kepada pendapatan syarikat tersebut

Kedua, adalah dengan membangunkan projek penyelidikan dan pembangunan atau lebih dikenali sebagai R&D. Amazon banyak melaburkan keuntungan yang diperolehi mereka dalam perniagaan untuk tujuan penyelidikan. Pada tahun 2017 sahaja, Amazon merupakan syarikat paling besar dalam pelaburan R &D melibatkan kos sebanyak $22.6 bilion.

Selain daripada itu, Amazon turut membangunkan teknologi robotik dan data sistem mereka bagi tujuan yang sama. Menurut undang-undang perniagaan Syarikat Amerika, mana-mana syarikat yang melakukan banyak R&D dapat mengurangkan kadar pembayaran cukai.

Dengan pembagunan infrastruktur dan gudang peyimpanan barang, syarikat Amazon dapat mengelak daripada membayar cukai

Ketiga, adalah dengan pembangunan infrastruktur dan gedung peyimpanan untuk perniagaan mereka. Amazon yang kini bersaing dengan pesat dengan Walmart, telah memperbanyakkan gedung fizikal mereka di seluruh Amerika Syarikat. Ini bertujuan untuk memudahkan proses penghantaran barang kepada pelanggan mereka dan menjimatkan kos dan masa penghantaran terutama kepada ahli Prime Member. Dengan penambahan infrastruktur ini, syarikat ini dapat mengurangkan kadar cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan persekutuan.

Pemberian saham kepada pekerja Syarikat Amazon merupakan salah satu teknik yang diguna paka bagi menstabilkan harga saham syarikat

Keempat, adalah dengan membuat Stock Compensation (pemberian saham syarikat kepada pekerja). Syarikat Amazon memang terkenal dengan memberi sejumlah saham untuk pekerja tetap mereka. Dengan pemberian saham kepada pekerja syarikat sendiri, ia dilihat sebagai memberi jaminan masa depan pekerja mereka selepas mereka bersara nanti.

Dengan kata yang lain, ini dapat memberi jaminan kewangan bagi pekerja pada masa akan datang. Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat sangat menggalakan syarikat korporat yang besar supaya memberi saham kepada pekerja sebagai bekalan hari tua.

Sebagai balasan untuk keempat-empat perkaya yang dilakukan Amazon, kerajaan persekutuan Amerika Syarikat telah mengurangkan kadar pembayaran cukai kepada kerajaan perseketuan. Saham Amazon adalah di antara saham kategori Blue Chip. Pekerja yang mempunyai saham Amazon dapat menjual saham tersebut sekiranya memerlukan wang tunai segera.

Amazon pula tidak menggunakan teknik pembelian kembali saham di pasaran terbuka bagi menaikkan harga saham mereka. Hanya sejumlah kecil syarikat di Amerika Syarikat yang menggunakan kaedah ini untuk menstabilkan harga saham mereka.

Tapi bukan Amazon satu-satunya syarikat gergasi yang terlepas daripada membayar cukai, syarikat gergasi media internet iaitu Netflix pun sama.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA